3+1=

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

cinta sunbae

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Jumaat, 22 Januari 2010

cinta sunbae 8

“ Kamu tak dibenarkan masuk ke sini!”

Ketinggian suara yang digunakan oleh seorang lelaki yang agak separuh umur mengejutkan dia. Wajah lelaki itu dipandang sekilas sebelum pandangannya beralih pada seorang lelaki yang kemas berpakaian. Namun kekacakan yang mungkin diakui seluruh gadis langsung tidak menarik perhatiannya. Sebaliknya dia sedang memerah ingatannya untuk mengingati siapakah lelaki itu. Sungguh. Wajah itu seperti pernah dilihatnya.

“ Berikan dia autograf saya.”

Hanya empat patah kata yang dikeluarkan lelaki itu. Setelah itu kakinya melangkah laju meninggalkan Isya dalam keadaan yang masih tercengang. Sebaliknya dalam masa beberapa saat sahaja seorang perempuan yang dari luarannya boleh dikatakan seperti jurusolek menghulurkan sekeping autograf padanya. Dalam keadaan yang masih kosong fikirannya, huluran gadis itu disambut. Autograf yang juga merupakan sekeping foto dipandang.

“ Ah! Dia.”

Ingatan tentang lelaki itu kembali. Barulah dia tahu kini siapa lelaki yang berdiri di hadapannya kini. Autograf yang berada di tangannya dipandang lama.

“ Mental ke apa dia ni? Aku tak minta pun sampah ni!” Sekeping autograf yang berada di tangannya kini dikoyok-koyok. Dalam masa beberapa saat saja, autograf tersebut sudah pun berada di dalam tong sampah. Dia melangkah perlahan ke arah lain. Sementara menunggu Syakirah menyelesaikan urusannya, lebih baik dia meninjau keadaan sekeliling dahulu.

Deringan telefon bimbit yang agak kuat dari dalam kocek seluarnya membuatkan dia sedikit terkejut. Tanpa membuang masa, kocek seluarnya diseluk. Panggilan telefon dari Syakirah diangkat.

“ Hello.”

“ Hello Sya! Kau pergi mana ni? Kan aku dah kata, jangan berganjak dari situ!”

“ Relaks la. Aku ada depan SASA sekarang.”

“ Kau turun sini sekarang. Jangan la merayau!”

“ Kau uruskan la semuanya dulu. Bila dah selesai, baru kau call aku. Ok?”

“ Tak ok. Kau join la sekali. Kau dah janji kan?”

“ Huh! Iyala. Kau tunggu situ. Aku datang sekarang.” Talian pantas dimatikan. Mahu tidak mahu dia terpaksa turun ke bawah semula. Pasti jumlah manusia yang berada di bawah semakin meningkat. Apatah lagi lelaki idola yang dipuja-puja oleh mereka sudah tiba ke destinasi. Dia mengeluh halus. Janji tetap janji.

*****

Tubuhnya dihempas kasar di atas katil. Siling billiknya dipandang tanpa makna. Nafas dihembus kasar. Perasaan menyesal, cemburu, marah, tertekan, rindu semuanya menerpa diri pada waktu dan hari yang sama. Peristiwa tadi mula kembali di layar ingatan.

“ Aku Aiman. Tunang Isya.”

“ Tunang?”

“ Ya. Aku tunang dia.”

Lamunannya dileraikan dengan sendiri. Timbul pelbagai persoalan di fikirannya. Benarkah lelaki yang digelar Aiman itu tunangnya? Tapi kenapa dia langsung tidak mengetahui semua itu? Jika benar mereka adalah tunang, kenapa langsung tidak dihebohkan? Pasti ramai yang akan tahu perkara ini. Tapi tiada siapa pun yang menyebut tentang perkara ini. Ataupun mereka bertunang semasa cuti sekolah yang lalu?

“ Ahh!!” Jeritan kuat jelas kedengaran. Kepalanya dicengkam. Semakin bertambah persoalan yang muncul di fikirannya, semakin berserabut kepala dibuatnya. Memang semua ini salahnya. Mengapa baru sekarang dia menyesali perkara yang sudah pun berlalu? Selama ini dia mengkhianati seorang gadis yang benar-benar jujur pada dirinya. Seorang gadis yang benar-benar mencintai dirinya dengan ikhlas. Bukan disebabkan rupa parasnya. Namun kejujuran bukan dibalas dengan kejujuran. Sebaliknya dibalas dengan kecurangan.

Gadis itu diduakan. Semuanya berlaku ketika mereka di Tingkatan 3. Dua tahun yang lepas. Dia menerima gadis itu sebagai teman wanitanya. Tapi hubungan mereka sebagai pasangan kekasih hanya mampu bertahan selama 2 minggu. Disebabkan kesilapannya. Semasa dia menerima Isya sebagai teman wanitanya, dia sudah pun mempunyai seorang teman wanita. Permainannya berakhir apabila salah seorang dari rakan kelasnya, Fazlina mendapat tahu perkara sebenar.

Mahu tidak mahu dia terpaksa berterus terang walaupun dia tahu peluang untuk dia berbaik semula bersama Isya mungkin hanya mampu mencapai 0.01%. Walaupun begitu dia lebih memilih untuk berterus-terang pada Isya sendiri daripada perkara itu diterima dari mulut orang lain. Seperti jangkaannya, Isya hanya berlalu pergi. Tanpa sepatah kata. Tanpa tangisan di hadapannya. Itulah kali pertama dia benar-benar dihantui perasaan bersalah pada seorang gadis. Seorang gadis yang benar-benar suci dan naif. Tapi mengapa dia tergamak menghampakan dan mempermainkan perasaan gadis itu?

Pada hari yang sama dia mengakhiri permainannya, hampir sepuluh panggilan telefon dan tiga mesej tidak diangkat dan tidak berbalas. Hanya satu yang dia tahu. Gadis itu menitiskan air mata kerananya. Walaupun bukan dihadapannya, tapi dia tahu semua itu dari Fazlina. Hari yang sama gadis itu menelefon Fazlina. Segala yang dibincangkan bersama Isya semuanya disampaikan kepadanya. Bayangkan gadis itu sudah tidak mampu berkata apa-apa disebabkan air mata yang tidak mahu berhenti mengalir.

Adakah dia mencintai Isya? Ataupun ia hanya simpati yang dicurahkan pada gadis naif itu? Entahlah. Dia sendiri keliru dengan perasaannya sendiri. Bagaimana penderitaan dan kesedihan Isya, dia langsung tidak tahu. Tetapi dia bukanlah manusia yang kejam. Dia masih mempunyai perasaan. Pada masa mereka tidak lagi bergelar pasangan kekasih, hatinya remuk. Sebarang panggilan masuk langsung tidak dilayan. Dia lebih suka menyendiri buat masa itu. Akhirnya keputusan dibuat. Dia hanya membiarkan gadis itu pergi. Langsung tidak memujuk mahupun menegur. Malah semasa berselisih di sekolah, mereka seperti tidak mengenali antara satu sama lain.

Tetapi kenapa sekarang ini perasaannya berbelah bahagi? Seolah-olah satu beban yang mula menindih di hati. Beban yang sukar untuk dibuang buat masa ini. Dia tahu jawapannya. Beban itu akan dapat disingkirkan jika persoalannya terjawab. Entah bilakah persoalannya akan terjawab, dia sendiri tidak tahu. Biarkan saja. Apa yang mampu dia lakukan? Bertanya sendiri pada gadis itu? Tidak mungkin. Isya pasti membencinya kini. Ah! Biarkan masa menentukan segala-galanya.

*****

Kakinya diurut-urut. Panjang barisan sudah pun susut kepada 20 orang. Dia masih tercegat di tepi pentas yang disediakan khas untuk kelab peminat dan sesi autograf. Kegembiraan yang jelas terpancar di wajah Syakirah hanya dibalas dengan keluhan. Tetapi jauh di dasar hatinya, dia turut berasa senang dapat melihat keceriaan di wajah sahabatnya.

“ Lama lagi ke? Dah pukul 11 malam ni. Dah la aku kena balik dengan bas. Yang dia tu pun, dengar kata lebih bergiat aktif di Korea dengan Jepun. Asal balik Malaysia pula? Duduk kat sana diam-diam sudah la. Tak balik sini pun aku tak kisah. Tak pasal-pasal menyusahkan aku.”

Leteran panjang mula kedengaran. Tetapi tiada sesiapa pun yang menghiraukan leterannya. Tubuhnya mula berasa letih. Demi Syakirah, mahu tidak mahu dia terpaksa bertahan. Hampir 15 minit dia menunggu, barulah kesesakan beransur reda. Syakirah melangkah menghampiri Isya dengan sengihan lebar dibibirnya. Sebaliknya Isya hanya memandang dengan pandangan tajam. Tangan Isya dipaut. Kedua-duanya melangkah meninggalkan perkarangan Mall.

“ Kau betul tak nak autograf dia?” Isya disoal.

“ Sejak aku lahir dan Insya-ALLAH sampai mati aku tak nak autograf dia. Kalau kau berani tunjuk autograf dia depan aku, jangan tanya kalau tiba-tiba saja autograf dia tu masuk dalam longkang.”

Sepantas kilat autograf yang berada pada pegangannya dimasukkan ke dalam beg galas miliknya. Dia tahu kata-kata Isya lebih bersifat serius kali ini. Tapi adakah Isya marah padanya?

“ Sya, sorry lah. Aku bukan sengaja nak kau tunggu lama-lama macam ni. Dah orang ramai sangat. Kau janganlah marahkan aku.” Suara nada memujuk kedengaran.

“ Aku bukan marah dengan kau. Kirah. Aku risau sekarang ni. Abang, kakak dengan mak aku tak tahu pun mana aku pergi. Sekarang ni dah pukul 11.15 malam. Sementara aku nak sampai rumah, mesti dah pukul 11.30 malam. Kau tahu tak, ini kali pertama aku balik lewat. Tak pasal-pasal aku kena lempang dengan abang aku nanti.”

“ Abang Am?”

“ Kau ni kalau rindukan dia, bagi tahu sajalah!”

“ Ni yang aku tak suka ni. Asal aku sebut saja Abang Am, mulalah kau tuduh macam-macam.”

“ Takkan kau tak tahu. Abang Am tak pernah pun berkasar dengan aku. Along aku yang aku takutkan. Macam mana kalau dia marah nanti?”

Syakirah terdiam. Apa yang patut dia lakukan? Arah laluan ke rumahnya dan rumah Isya berbeza. Jika dia singgah di rumah Isya dahulu, bagaimana dia mahu pulang ke rumah nanti? Bas dari rumah Isya pula tidak menuju ke arah rumahnya.

“ Tak apa. Kau balik dengan perasaan tenang dulu. Aku cuba cari jalan supaya Abang Akram tahu situasi kau.”

“ Kau nak buat apa pula ni?”

“ Kan aku kata kau balik dulu! Aku tak ada idea lagi sekarang ni. Kalau kau tak ada, barulah aku boleh fikir.”

“ Macam nak halau aku je.”

“ Bukanlah. Sya! Bas tu! Lekas la! Nanti bas tu tinggal kau!”

Tanpa sempat mengucapkan ucapan selamat tinggal, dia berlari-lari anak meninggalkan Syakirah. Punggungnya dilabuhkan di kerusi. Lewat malam sebegini hanya kelihatan seorang dua yang berada di dalam bas. Pandangannya dilontar ke luar. Gelap. Hanya dengan bantuan beberapa tiang lampu jalan yang mampu menerangkan keadaan sekeliling.

Dalam keadaan sunyi sebeginilah, peristiwa di Mall petang tadi bermain kembali di fikiran. Melalui reaksi wajahnya kini, semua orang mampu mengetahui bahawa dia masih mencintai lelaki itu? Apa keistimewaan dia sehingga hampir 3 tahun cinta masih teguh di hati? Sedangkan ramai lagi lelaki yang lebih baik dari lelaki itu. Entahlah. Dia sendiri tidak tahu apakah keistimewaan manusia yang bergelar Fitri itu. Mungkin kerana ini cinta pertamanya. Bak kata orang, cinta pertama sukar untuk dilupakan. Pernah dengar? Orang pernah berkata bahawa mencintai orang sangat mudah tetapi melupakan seseorang mengambil masa yang lama.

Namun dia bukan seperti itu. Dia tidak mudah untuk mencintai seseorang. Malah bukan mudah untuk dia melupakan seseorang yang dicintainya dalam masa yang singkat. Kalau itu berlaku padanya, itu hanya pembohongan. Pembohongan yang dilakukan untuk melepaskan diri dari terus dihurungi perasaan tertekan. Memang bukan mudah untuk melupakan lelaki itu. Jika dia tahu dia terpaksa menitiskan air mata semata-mata untuk melupakan lelaki itu, sudah pasti dia tidak akan bersekolah di situ.

Keluhan kecil dilepaskan. Dia semakin kecewa. Apatah lagi apabila dia sudah pun berhadapan dengan teman wanita Fitri. Dia tahu, hakikat sebenar bahawa Fitri seorang lelaki yang kaki perempuan. Tapi apakan daya. Cinta tidak mampu untuk dicegah. Jika dia mampu untuk mengawal perasaan dan hatinya sendiri, sudah pasti dia menghalang hatinya dari merindui dan mencintai lelaki buaya darat seperti itu. Tapi hatinya langsung tidak mendengar setiap arahannya. Sebaliknya lelaki itu masih dicintai walaupun sudah tidak sekuat dan sedalam dulu.

Jika dia mampu untuk bertanya semua manusia yang hidup di muka bumi ini, hanya satu soalan yang akan keluar dari bibirnya. Mengapa cinta pertama sukar untuk dilupakan berbanding cinta kedua, cinta ketiga, cinta keempat dan seterusnya? Adakah soalannya akan mendapat jawapan? Ataupun hanya dibiarkan begitu sahaja? Tanpa jawapan, tanpa cadangan.

1 ulasan:

penulis berkata...

Assalamualaikum..kalau ada apa-apa yg nk komen,silakan.Insyaallah saya akan balas setiap komen yg diberi..actually sy nak promote blog kedua sy..http://hitomiarishima.blogspot.com/
Ada lagi..saya nak promote satu drama korea..tajuknya you're beautiful..boleh lihat di mysoju..