3+1=

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

cinta sunbae

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Selasa, 10 November 2009

3+1=23

Pagi nyaman yang menenangkan jiwa turut menenangkan hati semua pelajar. Namun mungkin tidak pada seorang jejaka gilaian ramai yang turut digelar second prince. Kelas yang diduduki enam orang pelajar kaya masih seperti dulu. Hingar-bingar. Namun disebabkan sekarang ini merupakan musim hujan, perasaan berasa agak tenang dan damai. Mungkin kebanyakan daripada pelajar kelas itu berada dalam mood yang baik.

Naila melabuhkan punggung di kerusi. Shazia turut menarik kerusinya berhadapan dengan Naila. Walaupun Nazim berada di sebelahnya, namun lelaki itu langsung tidak dihiraukan. Naila mengeluh. Kerinduannya pada Faiqa mula memuncak. Ketidak hadiran Faiqa ke sekolah selama tiga hari mula mendatangkan kesunyian kepada mereka. Kelas mereka tidak lagi digemakan dengan suara gelak tawa Faiqa. Tiada lagi pertengkaran antara Faiqa dengan Faruq.

Sejak peristiwa minggu lepas, Faruq lebih memilih untuk berdiam diri dengan wajah yang tidak pernah diukir dengan senyuman. Hanya bercakap apabila diajukan soalan. Namun mereka tidak pernah berani untuk bertanyakan mengenai Faiqa kerana mereka tahu, pasti ketidak hadiran Faiqa ke sekolah dan perubahan sikap Faruq mempunyai kaitan yang rapat.

“ Faiqa tak datang lagi hari ni. Kenapa dah lama dia tak datang sekolah?” Naila hanya menyoal dirinya sendiri. Dia tahu tiada siapa yang dapat menjawab persoalan di hatinya sekarang. Mungkin Faruq juga tidak tahu. Shazia hanya membiarkan Naila menyoal dirinya sendiri. Dia turut mengeluh. Namun tumpuan Nazim hanya diberikan sepenuhnya pada pembacaan komiknya walaupun telinganya mendengar dengan teliti setiap berbicaraan yang dibualkan mereka berdua.

Naila bangun dari kerusinya secara tiba-tiba. Shazia yang masih berada di hadapan Naila terperanjat dengan reaksi mengejut Naila. Walau bagaimanapun tiada reaksi yang terlahir oleh Nazim dengan tindakan Naila. Naila melangkah ke meja Faruq. Shah dan Nabil hanya memandang serta menunggu butir-butir kata yang bakal keluar dari bibir Naila.

Wajah Faruq dipandang walaupun Faruq kemunculannya langsung tidak diendahkan. Malah wajah Naila juga langsung tidak dipandang.
“ Kau tahu kan kenapa Fai tak datang sekolah?” Naila menyoal. Namun Faruq langsung tidak mengendahkan soalan yang dikemukakan Naila. Kewujudan Naila seolah-olah tidak wujud di hadapannya.

“ Faruq. Aku tanya kau ni. Kenapa Fai tak datang sekolah?”

Faruq mengangkat kepala memandang Naila. Wajah Naila direnung tanpa senyuman yang meniti di bibir. Wajahnya kelihatan serius.

“ Kau tanya aku kenapa? Aku langsung tak nak ambil tahu pasal dia. Suka hati dia la dia nak datang sekolah ke tak. Bukan urusan aku.”

“ Bukan urusan kau, kau kata? Habis tu Fai tu siapa bagi kau? Kuli kau? Hamba kau? Macam tu?”

Wajah Naila mula kelihatan tegang. Pada asalnya dia ingin bercakap secara baik dengan Faruq. Namun sikap acuh tidak acuh Faruq membuatkan kesabaran Naila mula tercabar.

Faruq bangun dari kerusinya secara tiba-tiba. Walaupun Naila agak terkejut dengan tindakan Faruq, namun perasaan terkejutnya cuba dikawal dengan sebaik mungkin. Walaupun Faruq memandang Naila dengan pandangan menikam, namun Naila mampu membalas pandangan Faruq.

Faruq melangkah keluar dari keluar tanpa sepatah bicara untuk membalas kata-kata Naila sebentar tadi. Disebabkan situasinya sekarang ini, pasti kata-katanya akan melukakan hati Naila jika dikeluarkan.

Naila termangu seketika dengan tindakan Faruq. Namun hampir seminit berdiri di hadapan meja Faruq, Naila membuat keputusan untuk terus menyoal Faruq. Kakinya dilangkah untuk keluar dari kelas. Namun langkahannya terhenti apabila tangannya di tarik Nabil dari belakang.

“ Kau nak pergi mana?” Nabil menyoal walaupun dia tahu Naila ingin mengejar Faruq. Disebabkan tidak mahu Naila dilukai, dia terpaksa menghalang Naila.

“ Aku nak dapatkan kepastian dari Faruq. Mesti dia tahu kenapa Faiqa tak datang sekolah.”

“ Batalkan niat kau. Sekarang ni bukan masa yang sesuai untuk kau tanya dia.”

Nabil pantas menarik tangan Naila ke tempat asal. Tanpa banyak bicara, Naila hanya mengikut Nabil dari belakang. Kerusi plastik yang disediakan pihak sekolah ditarik. Atas suruhan Nabil, Naila melabuhkan punggung di situ. Nabil hanya berdiri di sebelah Naila.

Nazim hanya melihat peristiwa yang berlaku di hadapan matanya tanpa sebarang reaksi. Sungguh membosankan. Perhatiannya dikalih semula ke arah buku komik yang mungkin lebih menarik minatnya.


*****


Faiqa melabuhkan punggungnya di birai katil. Bagasinya yang tersadai di tepi dinding biliknya hanya dipandang tanpa riak. Kesemua barang-barangnya telah pun dikemas. Procedure perpindahannya juga telah pun diuruskan. Namun perpindahannya cuba dirahsiakan sebaik mungkin atas permintaannya sendiri. Dia tidak mahu sesiapa pun yang mengetahui keputusan yang telah pun dibuatnya. Namun mampukah dia memendam segala-galanya daripada pengetahuan Naila?

Faiqa melepaskan keluhan berat. Wajahnya ditekup dengan kedua-dua belah tangannya. Dia sudah tidak mampu untuk mengalirkan air mata lagi. Semangatnya cuba dicari semula untuk melupakan lelaki yang bermain di fikirannya sekarang. Walaupun bukan mudah untuk dia melupakan dalam masa yang singkat, tapi itu tidak mustahil.

Faiqa melangkah bangun dari birai katil. Meja kecil yang bersebelahan dengan kepala katilnya didekati. Laci tersebut dibuka. Sejurus itu, sekeping gambar dikeluarkan. Gambar dia dan Faruq yang menggamit kenangan dipandang dengan perasaan sayu. Dia harus melupakan segala yang di alaminya di Malaysia. Jadi wajar lah jika dia turut menghapuskan perkara yang dapat membuatkan dia mengingati kenangan silamnya.

Faiqa melangkah turun ke ruang tamu dengan sekeping gambar yang masih kukuh di tangannya. Kakinya dihayun melangkah ke luar rumah. Kelibat pemandunya Pak Rahman membuatkan gadis itu mendekati pemandunya.


*****


Angin kencang yang bertiup membuatkan rambut separas pinggang milik Faiqa melayang lembut. Pemandangan indah dihadapannya kini sedikit sebanyak dapat menenangkan jiwanya. Tumbuhan-tumbuhan kehijauan yang menyegarkan mata dapat dilihat dari bawah walaupun ketinggiannya turut menggerunkan bagi seseorang yang gayat dengan ketinggian.

Kini Faiqa sudah berada di puncak gunung. Dia cuba untuk mencari ketenangan dan sekali gus berusaha untuk melupakan kenangan pahit yang dialaminya. Gambar dipegangannya dipandang sekali lagi. Wajah Faruq turut dipandangnya dengan perasaan yang mendalam. Esok adalah hari untuk dia meninggalkan segala kenangan yang telah terbina selama 17 tahun. Kenangan manis bersama sahabat dan keluarga. Kenangan pahit yang dialami disebabkan cinta sebelah pihak.

Faiqa mengoyak gambar kenangannya kepada dua sebelum dijadikan cebisan yang lebih kecil. Tangannya dihulurkan ke depan. Angin kencang yang menyamankan mula meniup sehinggalah cebisan-cebisan gambar ditangannya turut melayang entah ke mana. Faiqa hanya memerhati ‘kematian’ kenangan antaranya dan Faruq yang telah pun dibawa angin petang. Air matanya mula berlinangan.

“ Kenapa aku yang perlu lalui semua ni??”

“ Kenapa!!!!!!!”

Suara Faiqa bergema. Namun jeritannya langsung tidak didengari sesiapa. Faiqa terduduk. Emosi yang tidak mampu dikawal membuatkan dia menangis teresak-esak. Pandangannya berpinar-pinar. Dirinya mula terasa seperti berada di awan-awangan. Tenaganya mula hilang. Seluruh badannya terasa lemah. Dalam sekelip mata saja, Faiqa rebah.


*****


Faiqa membuka matanya perlahan-lahan. Silau cahaya yang entah datang dari mana membuatkan dia terpaksa mengecilkan mata. Matanya yang terasa agak pedih terpaksa ditahan. Tangannya terasa dipegang seseorang. Tetapi dia tidak tahu siapanya yang di sisinya. Keadaan masih samar-samar di penglihatannya. Faiqa memejamkan matanya semula. Seketika kemudian, dia membuka matanya kembali. Wajah Naila jelas terpampang di hadapannya.

Wajah Naila yang masih mengandungi sisa-sisa air mata membuatkan hatinya berasa sayu. Bibirnya sengaja diukir dengan senyuman untuk meredakan kerisauan yang bersarang di hati Naila. Tangannya masih lagi erat di genggaman Naila.

“ Kenapa dengan kau Faiqa? Kau langsung tak makan. Dah hampir seminggu. Nasib baik Pak Rahman bagi tahu aku. Kalau tak, siapa yang nak jaga kau? Papa kau pulak sibuk dengan kerja dia.”

Faiqa lantas bangun dari pembaringannya setelah Naila selesai berbicara. Tubuh Naila dipeluk walaupun Naila terkejut dengan tindakan Faiqa. Namun seketika kemudian, pelukan Faiqa dibalas. Dia tahu pasti gadis di hadapannya kini sedang dilanda masalah. Tetapi dia tidak mahu memaksa Faiqa untuk menceritakan segala-galanya. Biar lah itu semua dengan kerelaan Faiqa sendiri.

Naila sedikit cemas apabila kedengaran esak tangis Faiqa walaupun Faiqa masih di pelukannya. Naila hanya mampu menenagkan Faiqa. Rambut Faiqa diusap lembut tanpa bersuara.

“ Naila. Aku…Aku takkan tinggal kat sini lagi.”

Naila lantas menolak lembut tubuh Faiqa dari dakapannya. Wajah Faiqa dipandang dengan serius. Namun Faiqa hanya menundukkan wajahnya tanpa mahu membalas pandangan Naila.

“ Apa maksud kau Fai?”

“ Aku.. Aku akan menetap kat Australia.”

Kenyataan yang diungkapkan Faiqa sebentar tadi amat mengejutkan Naila. Mengapa Faiqa tiba-tiba membuat keputusan sebegini rupa. Keputusan yang benar-benar mengejutkan dirinya.

“ Kenapa tiba-tiba kau buat keputusan macam ni Fai? Kau tak pernah pun bagi tahu aku. Faruq. Sebab dia yang membuatkan kau buat keputusan macam ni?” Naila menyoal serius.

Faiqa hanya menundukkan wajahnya. Benar. Hatinya sudah tidak mampu untuk menyimpan semua rahsia ini dari pengetahuan Naila. Selama ini juga Naila mengetahui bahawa dia menyukai Faruq. Namun disebabkan permintaannya, Naila merahsiakan perkara ini dari pengetahuan semua orang.

“ Bukan sebab dia saja Nai. Aku kena ambil alih syarikat papa aku nanti.”

“ Itu semua alasan saja Fai. Aku tahu apa yang ada dalam hati kau. Fai, jangan la tinggalkan aku macam tu. Lagipun tahun ni kita kena ambik SPM.”

Naila cuba memujuk. Tangan kanan Faiqa digenggam erat. Walaupun dia tahu Faiqa tidak akan sekali-kali mengubah keputusannya. Mungkin hanya Faruq saja yang mampu untuk berbuat demikian.

Kata-kata Naila langsung tidak dibalas sebaliknya dia hanya tersenyum kelat. Naila mengeluh. Dia sudah tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Sebaliknya hanya mampu untuk merestui keputusan yang telah dibuat Faiqa.

“ Bila kau bertolak?”

“ Esok.”

“ What??”

Kali ini Naila benar-benar terkejut. Mengapa begitu cepat untuk Faiqa meninggalkan dirinya? Wajah Faiqa dipandang tepat. Sejak tadi, Faiqa langsung tidak mengangkat wajahnya mahupun membalas pandangan Naila. Sekali lagi Faiqa hanya terdiam. Air matanya mula mengalir perlahan. Terasa tangannya digenggam erat.

“ Kalau itu keputusan kau, aku tak mampu nak ubah. Aku cuma harap kau mampu jaga diri bila dah ada kat sana.”

Faiqa hanya mengangguk. Kepalanya diangkat memandang wajah Naila yang kelihatan tenang walaupun jauh di sudut hati, kesedihan yang berkuasa.

“ Janji dengan aku Nai. Jangan bagi tahu Faruq.”

“ Tapi…”

“ Please Nai. Tolong aku kali ni.”

Faiqa merayu. Namun Naila hanya terdiam untuk seketika. Wajah Faiqa yang kelihatan bersungguh-sungguh di pandang. Perasaan serba salah mula menerpa di hati. Namun akhirnya Naila mengangguk walaupun dia benar-benar berat hati untuk berjanji dengan Faiqa. Faiqa hanya tersenyum. Bukan senyuman bahagia tetapi senyuman derita.


*****


Hujan renyai-renyai yang berterusan membuatkan langit kelihatan gelap. Malah, angin yang sentiasa bertiup membuatkan tiada kepanasan yang terasa. Suasana pagi yang masih terasa amat menenangkan jiwa ditambah lagi dengan kedamaian di kelas yang tidak lagi hingar-bingar seperti sebelumnya. Kebanyakan pelajar lebih berminat untuk mencuci mata di persekitaran sekolah daripada berkurung di dalam kelas.

Naila hanya berdiam diri semenjak dari tadi. Sesekali jam ditangannya dilihat. Shazia yang setia berada di sisinya kelihatan hairan dengan sikap Naila.

“ Naila. Kenapa dengan kau sebenarnya? Aku tengok macam ada something wrong.”

Shazia mengerutkan dahinya. Namun Naila hanya mampu berdiam diri. Mungkin juga dia patut memberitahu Shazia perkara yang disimpannya selama ini.

“ Faiqa flight pagi ni. Dia akan menetap kat Australia.”

Naila bersuara. Ayat yang keluar dari bibir Naila benar-benar mengejutkan Shazia. Akhirnya Naila menceritakan segala-galanya kepada Shazia.

Shazia terdiam sebentar. Namun secara tiba-tiba, Shazia melangkah laju ke arah Faruq. Nazim, Nabil dan Shah yang melepak di sebelah Faruq hanya bertindak sebagai pemerhati. Begitu juga Naila walaupun dia agak terkejut dengan tindakan Shazia. Dia sudah dapat mengagak apa yang bakal dilakukan Shazia sebentar lagi. Namun dia tidak mahu menghalang.

“ Kau suka Faiqa atau tak?”

Shazia menyoal. Namun Faruq hanya berdiam diri. Soalan seperti itu lah yang membuatkan dia mengingati Faiqa dan merindui gadis itu.

“ Aku tanya kau ni Far! Kau tak dengar atau kau pura-pura tak dengar??”

Shazia meninggikan suaranya. Keadaan mula semakin tegang apabila Faruq berdiri dari kerusinya dengan pandangan yang tajam tepat ke wajah Shazia. Naila pantas menghampiri Shazia. Bahu Shazia disentuh lembut.

“ Sudah la Shaz.”

“ Aku takkan berhenti Nai. Selagi dia tak jawab soalan aku! Dasar lelaki pengecut!”

“ Aku suka dia atau tak, tak ada kena-mengena dengan kau!”

Faruq memalingkan tubuhnya dari terus berhadapan dengan Shazia. Kakinya mula ingin menapak keluar dari kelas.

“ Fai akan tinggalkan Malaysia.”

Tutur kata yang agak perlahan yang keluar dari bibir Shazia membuatkan langkahan Faruq tiba-tiba terhenti. Kakinya diarah kembali ke tempat duduknya. Walaupun dia benar-benar terkejut dengan kata-kata Shazia namun perasaan terperanjatnya cuba disembunyikan dari pancaindera sesiapa.

“ So? Apa kena-mengena dengan aku?”

Shazia tergelak sinis. Bibirnya diketap geram. Sikap Faruq mula membuatkan emosinya menjadi raja di hati. Faruq seolah-olah langsung tidak mahu mengambil tahu pemergian Faiqa.

Faruq mengalih pandangannya ke arah lain. Hatinya seolah-olah dirobek. Namun mengapa perlu dia menghalang Faiqa? Faiqa bukan miliknya malah Faiqa langsung tidak mencintainya. Biarlah pemergian Faiqa disambut dengan perasaan tenang. Walaupun kini Faiqa yang menjadi permaisuri di hatinya namun mungkin hanya di hati semata-mata.

------------------------------
mirsya said: assalamualaikum. annyeong hasaeyo. minta maaf ye sbb lama tak upload. bru lepas exam. hope u all can comment my new en3 ye. annyeong!

5 ulasan:

Kiara berkata...

best,,
cpt2 smbung ye,,
ngee~ =)

keSENGALan teserlah.. berkata...

waaaaa..
sedih plak..
faruq,,g la kejar...
huhu...
smbung2..

fzm2 berkata...

eeeuuuuwww..
cpt2 laaa
kejr faiqa..
haish..

epy elina berkata...

hohoho...
bengap la faruq 2...
fairuq cpt la kejar faiqa...
best2x...

TAN-te berkata...

warghh!!! cpt2 sambung!!! siot je perangai si faruq tu!!!