3+1=

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

cinta sunbae

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Rabu, 21 Oktober 2009

3+1=17

Naila terduduk di kerusinya. Fikirannya benar-benar bercelaru sekarang ini. Dia tahu pasti ada sesuatu yang dirahsiakan papanya. Tetapi buat sementara ini dia masih tidak tahu punca Cikgu Yahya membencinya. Persoalan itu pasti akan terurai sebentar lagi. Hanya dia perlu mendesak papanya supaya memberitahu di sebalik kenyataan sebenar.

Faiqa menarik kerusinya ke sebelah Naila. Manakala Shazia pula mengalih kerusinya ke belakang menghadap Naila.

“Naila, kau ok?” Faiqa bersuara. Tangan Naila digenggam. Manakala empat lagi sahabatnya hanya bertindak sebagai pemerhati. Begitu juga Nazim.

Naila hanya tersenyum kelat. Sepatah suara pun tidak keluar dari bibirnya. Naila menarik nafas dua tiga kali. Nafasnya dhobis kuat. Ketenangan cuba dicari. Dia tidak mahu disebabkan perkara ini mood dia dan sahabatnya hilang.

“Hah!” Naila mengeluh. Pipinya ditampar perlahan berulang-ulang kali. Cuba mencari keceriaan dalam diri.

“Kau kenapa Naila?” Faiqa mula takut dengan kelakuan Naila. Semua mata memandang Naila.

Naila mengalih tubuhnya ke belakang. Nazim yang duduk di sebelahnya langsung tidak diendahkan. Naila memandang Nabil yang masih duduk di kerusi sambil menyilangkan kedua-dua belah tangannya.

“Bil, practice hari ni jadi kan?” Naila bersuara.

“Mesti la. Jangan ingat kau boleh ponteng pulak.” Nabil membalas. Naila mengetap bibir tanda geram. Matanya tajam menjeling Nabil.

“Kau patutnya kata kat Shah. Bukannya aku!” Naila meninggikan suara sedikit.

“Asal nama aku naik sekali ni?” Shah tercengang. Matanya silih berganti memandang Naila dan Nabil. Naila mengalih ke depan semula. Nazim tersenyum.

“Yang awak senyum-senyum ni kenapa? Lawak sangat?” Naila menyergah Nazim.

“La. Yang awak terasa sangat ni kenapa? Bila masa pulak saya senyum? Awak tak nampak ke muka saya tengah serius ni?” Nazim menayang muka serius depan Naila. Sekali lagi Naila merengus geram.

“Sudah sudah la korang ni. Suka sangat kacau Naila. Dah la dia tengah bad mood sekarang.” Shazia mencelah. Situasi sebegini lah yang akan membuatkan mereka bermasam muka nanti. Terutama Naila dengan Nabil.

“Awak kenal Naila ke?” Faiqa menyoal Nazim. Wajah Nazim sedikit terperanjat dengan soalan Faiqa.

“Tak. Saya tak kenal dia pun. Mungkin pernah terserempak kat tepi jalan kot.” Nazim berdalih. Naila memandang Nazim. Matanya membulat.

“What?? Tepi jalan?” Naila ketawa sinis. Hatinya sudah benar-benar membara. Kalau diikutkan hati mahu saja dihempuk kepala Nazim ke dinding.

Nabil meraba sesuatu di bawah meja. Botol air mineral yang sudah kosong di capai. Nabil memejamkan mata kanannya. Botol air ditangannya dibaling laju ke arah tujuannya. Puk!!

“Aishh!” Naila pegang belakang kepalanya. Serta-merta kepalanya dikalih ke belakang.

“Asal dengan kau haa!!” Naila menengking. Kepalanya masih terasa sakit. Faiqa dan Shazia tersenyum. Mereka semua memandang ke arah Nabil.

Nabil pula masih dengan gaya selamba. Tangannya disilang ke dada.

“Dia buat-buat tak kenal kau, kau jangan pulak buat-buat tak kenal dia jugak.” Nabil bersuara.

“Kau sibuk apa? Suka hati aku la!” Naila mengalih semula pandangannya ke hadapan.

“Shaz, tolong ambik kejap botol air tu.” Naila meminta tolong. Shazia segera bangun. Botol air yang dibaling Nabil tadi segera dicapai lalu dihulurkan pada Naila.

“Thanks.” Naila mengukir senyum. Botol air tersebut dipegangnya.

“Korang dua memang dah kenal ke sebelum ni?” Shazia menyoal Naila. Pandangannya silih berganti antara Naila dan Nazim.

Naila dan Nazim saling berpandangan. Kemudian Naila mengalih semula pandangannya pada Shazia. Naila mengangguk.

“So betul la korang dah kenal? Asal kau langsung tak bagi tahu aku Nai?” Faiqa seakan terkejut. Wajahnya jelas kelihatan teruja.

“Yang kau macam orang excited sangat ni kenapa?” Giliran Naila menyoal Faiqa. Nazim pula lebih minat melayani suasana dengan komik miliknya. Nabil hanya memerhati gelagat mereka dari belakang. Begitu juga dengan Faruq. Shah pula sama seperti Nazim. Cuma komik yang dibaca mereka saja yang berlainan.

Naila mencapai botol air miliknya di bawah meja. Air miliknya diteguk.

“Kau tak bagi tahu aku pun kau kenal lelaki hensem macam ni!” Suara Faiqa seakan-akan merajuk.

PURR!! Air yang diteguk Naila tadi habis terkeluar. Meja Naila habis dibasahi air semburannya. Naila terbatuk.

“Apa ni Naila!” Shazia memandang Naila. Nasib baik dia tidak menjadi mangsa semburan Naila.

“Kau kata apa Fai? Hensem?” Naila seakan terkejut. Sekali lagi Naila terbatuk-batuk. Nazim memandang Naila sekilas.

Shazia menyiku tangan Faiqa.

“what?” Wajah Shazia yang berhadapan dengan dipandang. Shazia memberi isyarat tangan supaya Faiqa mendekatinya. Faiqa bergerak ke hadapan sedikit. Shazia mendekatkan bibirnya ke telinga Faiqa.

“Aku rasa kan. Nabil hensem lagi dari Nazim.” Shazia berbisik. Jarak mereka dijauhkan kembali.

“Mamat kat belakang tu bukan taste aku la.” Faiqa menjawab.

“Dah. Korang ni jangan nak melalut yang bukan-bukan pulak.” Naila cuba menghentikan perbualan mereka berdua.

Naila mencapai kembali botol air kosong yang dibaling Nabil sebentar tadi. Tubuhnya dikalih ke belakang. Matanya tepat memandang Nabil.

“Nabil! Nah! Ambik balik botol air kau!” Naila sedikit meninggikan suara supaya Nabil mendengari suaranya. Naila membaling botol air tersebut ke arah Nabil.

“Wey! Kejap! Kejap!” Nabil sedikit cemas apabila tanpa bersedia terlebih awal untuk menyambut botol tersebut, Naila sudah membaling ke arahnya. PUK!!

Nabil memegang dahinya. penutup botol tepat-tepat mengenai dahinya. Dahi Nabil mula kelihatan merah. Nabil berdiri dengan kasar.

“Perempuan ni kan!” Niatnya untuk ke meja Naila dihalang Faruq.

“Relaks la wei! Naila tengah bad mood tu. Lagipun kau jugak yang mula-mula cari pasal dengan dia.” Faruq menarik Nabil duduk semula ke tempatnya. Naila pula berkelakuan seperti tiada apa yang berlaku.

“Kau nak salahkan aku lah ni?” Nabil masih tidak berpuas hati.

“Memang salah kau pun. Sudah la.” Faruq cuba menenangkan Nabil. Nabil masih lagi memegang dahinya. Terasa seperti benjol yang muncul di dahinya.

“Shaz!” Faiqa angkat kening pada Shazia.

“Apa?”

“Aku bawak majalah minggu ni punya. Nak tengok?” Faiqa tersengih pada Shazia sambil angkat kening.

“Kau ni kan. Asal tak bagi tahu awal-awal?” Shazia pantas menarik semula kerusinya ke tempat asal. Begitu juga Faiqa.

“ Tak sangka. Kat sekolah pun awak ganas jugak.” Nazim bersuara. Suaranya yang agak perlahan menyukarkan orang lain untuk mendengari apa yang dicakapkannya.

Naila terkejut. Matanya bulat memandang tajam ke arah Nazim di sebelah. Nazim langsung tidak memandang wajah Naila. Matanya lebih menjurus ke arah komik di tangannya.

“ Awak pun nak cari gaduh dengan saya jugak ke!” Naila meninggikan suara.

“Saya pun tak ada mood nak gaduh dengan awak.” Nazim masih tidak memandang Naila. Helaian muka surat diselak.

Naila mengalih semula pandangannya ke hadapan. Dia benar-benar letih. Letih untuk berpura-pura ceria. Letih untuk berpura-pura yang dia masih ada mood untuk bertekak dengan Nabil. Dan letih untuk membohongi perasaannya sendiri.

Naila menyeluk kocek bajunya. Sekeping gambar dari dompetnya dikeluarkan. Naila meneliti lama gambar di tangannya. Kerinduan pada arwah mamanya benar-benar mencengkam hati. Gelak tawa mamanya. Kasih sayang yang diberikan mamanya selama ini. Perlindungan dari mamanya. Pujukan. Semuanya. Dia merindui segalanya yang berkaitan mamanya.

Air mata Naila mula menitis tanpa suara. Gambar mamanya masih di pandangan. Jika mamanya masih ada sekarang, sudah tentu dia orang yang paling bahagia di dunia. Pasti. Namun apakan daya. Bukan mudah untuk kecapi kebahagiaan. Kebahagiaan bukan semudah yang disangka.

Nazim menghulurkan tisu pada Naila walaupun matanya masih lekat di komik. Naila terpana seketika. Wajah Nazim dipandang.

“Tangan saya dah lenguh.” Nazim bersuara tanpa memandang Naila. Naila segera mencapai tisu di tangan Nazim.

“Saya tak suka tengok perempuan menangis. So, jangan menangis depan saya.” Nazim bersuara lagi.

Naila hanya membisu. Jika diikutkan hati mahu saja dia membalas kata-kata Nazim. Namun masanya bukan sekarang. Naila mengesat air matanya.

“semakin dikenang orang yang dah tak ada, semakin susah nak lepaskan dia pergi.” suara Nazim kedengaran mendatar. Naila mengalih semula ke kiri. Wajah Nazim ditenung lama.

“Awak dah tertarik dengan saya ke?” Naila sedikit tersentak dengan kata-kata Nazim. Nazim memandang Naila. Kini mereka bertentang mata. Naila segera mengalihkan pandangan ke hadapan.

“Please la.” Naila bersuara tegas. Nazim menyambung bacaannya kembali. Naila menundukkan wajahnya seketika. Mukanya mula merah merona. Bukan kerana dia jatuh hati dengan lelaki di sebelahnya. Tetapi malu dengan sikapnya sendiri sebentar tadi.

Naila mengalih pandangan ke belakang. Matanya dan Nabil bertentang.

“Apa tengok-tengok?” Nabil bersuara agak kasar. Naila hanya memandang Nabil seketika tanpa mahu membalas setiap butir kata yang keluar dari bibir Nabil. Naila mengalih semula pandangannya ke hadapan. Kebosanan mula menerpa. Entah apa yang patut dilakukannya sekarang ini? Buat sementara ini dia tidak mahu mengungkit persoalan yang masih belum terjawab.

Naila bangun dari kerusi. Langkahan kakinya menuju ke hadapan. Kapur putih yang masih di dalam kotak di capai. Kebosanan berada dalam situasi sekarang ini benar-benar membuatkan dia tertekan. Nabil hanya melihat tindakan Naila seterusnya. Begitu juga Faiqa, Shazia, Shah dan Faruq.

Naila menulis sesuatu di papan hitam. Kemudian dia kembali semula ke tempat duduk. Tulisannya yang hampir memenuhi papan hitam memudahkan semua pelajar kelasnya membaca perkataan tersebut. Nazim mengangkat kepalanya memandang papan hitam. Tertera ayat ‘kau tak puas hati dengan aku ke Nabil?’.

“Urat saraf kau dah putus kat mana-mana ke Naila?” Faiqa mengalih ke belakang. Wajah Naila di pandang.

“Aku…”

“Kau baru tahu ke dia mereng Fai?” Belum sempat Naila mahu menjawab, Nabil menyelit. Naila hanya berdiam diri. Wajah Faiqa di pandang.

“Nothing la. Pandang depan balik.” Faiqa terus memandangg ke hadapan semula selepas mendengar kata-kata Naila. Perbualannya dengan Shazia di teruskan. mood Naila yang agak kurang baik menyukarkannya untuk ikut serta berbual bersama Faiqa dan Shazia.

“Dah tahu bosan, buat la something yang berfaedah.” Nazim bersuara. Lagaknya tidak ubah seperti tadi. Langsung tidak memandang Naila.

“Awak tahu apa! shut up!” Naila bersuara keras. Entah bagaimana Nazim boleh mengetahui perasaannya kini? Mungkin disebabkan reaksinya tadi. Naila mengeluh halus. Fikirannya masih bercelaru. Walaupun dia cuba untuk tidak memikirkan namun dia masih tidak dapat melawan hati dan keinginannya untuk membongkar sesuatu yang disembunyikan papanya selama ini. Mungkin.

2 ulasan:

keSENGALan teserlah.. berkata...

uuhuukkk,,
seyes nieh..
owng nk nabil hero..
tamo nazim..
ngeeeee..smbung2..

fzm2 berkata...

waaaa...
smb0nk2..
kdg2 nazim p0n
cm sweet jer..