3+1=

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

cinta sunbae

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Jumaat, 4 Disember 2009

3+1=27

“ Hello.” Nazim bersuara malas. Matanya masih tertutup rapat walaupun telinganya ditekapkan dengan telefon bimbit. Siapakah gerangan yang sedang bercakap dengan dirinya, dia sendiri tidak tahu. Apa yang dia tahu, lenanya sedang diganggu oleh gerangan yang masih tidak diketahui.

“ Datang rumah saya sekarang!” Naila memberi arahan. Nazim pantas membuka mata. Namun siapa yang menelefonnya petang-petang sebegini masih lagi belum diketahui.

“ Siapa pula ni? Suka-suka hati nak bagi arahan!” Suaranya sedikit ditinggikan. Tidurnya yang diganggu mula membuatkan dia menjadi sedikit emosi.

“ Cuba awak fikir. Siapa yang ada hak untuk bagi arahan pada awak?” Naila menyoal. Namun Nazim hanya terdiam. Keadaannya yang masih mamai menyukarkannya untuk mengingati siapakah gerangan yang berada di talian sekarang.

“ Awak tahu tak, orang kata kalau tidur petang boleh membuatkan seseorang tu jadi semakin mereng. Awak tak rasa ke awak salah seorang dari kategori tu?” Nazim masih membisu. Kata-kata Naila langsung tidak diendahkan. Suara gadis di talian seperti seseorang yang dia kenali. Dia cuba untuk mengingati suara di talian. Siapa yang mempunyai hak untuk memberi arahan padanya?

“ Dalam masa 15 minit awak mesti ada depan rumah saya. Now!!” Sekali lagi Naila memberi arahan. Sepantas itu juga talian dimatikan. Nazim pantas melihat skrin telefon bimbitnya. Seperti dalam jangkaannya, tertera nama ‘perosak’ di situ. Dia segera bangun dari pembaringan. Cap serta kunci motornya segera dicapai dari atas meja. Dalam keadaan kelam-kabut, Nazim melangkah keluar dari bilik.

“ Mama! Naz nak keluar kejap!” Nazim melaung walaupun dia tahu mamanya masih berada di dapur.

“ Jangan balik lewat sangat! Nanti papa kamu marah pulak!” Kedengaran suara seorang wanita yang ikut melaung dari dapur. Nazim tidak membalas sebaliknya terus meluru keluar dari rumah dalam keadaan yang masih kelam-kabut.

*****

Tepat pukul 5 petang, kapal terbang yang dinaiki Faiqa akhirnya selamat mendarat di tanah Australia. Faiqa menggeliat. Max sudah pun turun terlebih dahulu. Faiqa pantas berdiri. Langkahan kakinya diatur meninggalkan perkarangan kapal terbang. Namun baru saja tiga tapak dia melangkah, tiba-tiba langkahannya terhenti. Terasa seperti terpijak sesuatu. Kepalanya ditundukkan memandang objek yang berada di lantai. Sebuah beg dompet dicapai.

“ Dompet siapa pulak ni?” Dompet tersebut dibuka. Kad pengenalan yang diselitkan di dalam dompet tersebut dikeluarkan. Bentuk kad pengenalan yang dikeluarkan adalah sama seperti kad pengenalan yang dimiliki oleh rakyat Malaysia. Faiqa memandang wajah yang tertera di hadapan kad pengenalan sebelum matanya beralih arah kepada nama tuan empunya dompet tersebut.

“ Oh. Max rupanya nama dia.” Kepalanya diangguk-anggukkan. Kakinya pantas melangkah ke perkarangan airport. Kelibat Max cuba dicari. Namun airport yang mula dipenuhi orang ramai menyukarkannya untuk mengenalpasti susuk tubuh lelaki itu. Matanya masih meliar memerhati setiap sudut di airport dengan harapan lelaki itu masih lagi belum meninggalkan perkarangan airport. Dompet yang tercicir dipegang erat.

“ Faiqa!” Faiqa pantas mengalih kepalanya ke belakang. Pencariannya terbantut. Wajah mama dan papanya dipandang dengan wajah yang agak terkejut. Tidak disangka pula papa dan mamanya akan menjemput dia di sini. Dompet milik Max pantas dimasukkan ke dalam poket belakang seluarnya.

“ Mama! Papa!” Tubuh mama dan papanya pantas dipeluk. Kegembiraan mula terpancar di wajah.

“ Mama dengan papa tak bagi tahu pun nak datang jemput Fai.”

“ Mama kamu ni Faiqa. Saja je nak suprise kan kamu." Dato’ Yahya tersenyum.

“ Faiqa ingatkan papa dengan mama dah lupa Faiqa sampai hari ni.” Bahu Faiqa dipeluk mamanya.

“ Mana mungkin mama akan lupakan anak kesayangan mama. So, welcome to Australia.” Faiqa tersenyum kelat. Sebutan ‘Australia’ mula membuatkan dirinya berasa asing. Wajah teman-temannya mula bermain di layar mata.

“ Mari lah kita balik. Faiqa pun dah penat tu.” Tidak lekang bibir Dato’ Yahya dengan senyuman. Mungkin inilah yang dianggap kebahagiaan buatnya. Faiqa hanya sekadar tersenyum. Mungkin ini merupakan kebahagiaan buat papa dan mamanya. Tetapi bukan buat dirinya. Senyuman yang diukir hanya palsu semata-mata. Bukan ikhlas dari sanubarinya. Faiqa melangkah meninggalkan perkarangan airport diikuti papa dan mamanya yang tidak pernah lekang dengan senyuman bahagia.

*****

“ Bibik.” Naila berdiri di pintu dapur. Bibik mengalihkan kepalanya ke belakang memandang Naila.

“ Kalau Abang Khai tanya, bagi tahu Naila pergi melawat Shazia ye.”

“ Baik Cik.”

“ Bibik. Bibik tahu….” Kata-kata Naila terhenti. Nafasnya dihembuskan perlahan.

“ Bila papa balik?” Kata-katanya disambung semula.

“ Bibik tak tahu Cik. Mungkin dalam beberapa hari lagi.” Bibik membalas. Naila hanya mengangguk. Kakinya lantas di arah keluar rumah. Naila berdiri di hadapan pintu utama. Cuaca yang agak redup memudahkan Naila untuk berdiri agak lama di disitu. Jam di tangannya dipandang. Sudah pun menunjukkan pukul 5.15 petang. Namun kelibat Nazim langsung tidak kelihatan.

Satu minit berlalu, Naila masih tercegat di hadapan pintu. Susuk tubuh seseorang yang sedang menaiki motorsikal diperhati dari. Susuk tubuh lelaki tersebut seperti seseorang yang dikenali. Tetapi mana mungkin lelaki itu menunggang motorsikal.

Nazim memberhentikan motorsikalnya tepat di hadapan Naila. Helmetnya langsung tidak dibuka sebaliknya hanya menaikkan cermin helmetnya saja. Naila terpana. Jadi benarlah dia menunggang motorsikal?

“ Kenapa awak datang sini dengan motor? Kenapa bukan dengan kereta? Takkan saya nak naik motor dengan awak?” Naila menyoal bertalu-talu. Wajahnya mula kelihatan pucat. Hanya dengan seorang lelaki saja yang dia berasa selesa untuk menunggang motorsikal. Namun jika dengan lelaki lain, tiada keberanian untuk mengalaminya.

“ Awak yang suruh saya datang dalam masa 15 minit. Mestilah saya pilih motor. Lagipun suka hati saya la saya nak naik apa pun.”

“ Dan lagi satu. Awak tak bagi tahu pun yang awak nak ajak saya keluar.” Nazim membalas lagi. Naila memandang Nazim dengan riak yang agak geram.

“ Apa? Ajak awak keluar?” Naila tergelak sinis. Tak disangka, itu pula yang difikirnya,

“ Saya nak awak hantar saya pergi rumah Shazia. Untuk pengetahuan awak, saya langsung tak terfikir nak ajak awak keluar. Nak fikir pun saya takut. Apatah lagi nak ajak awak keluar.” Naila menyindir. Nazim tersenyum.

“ Awak tahu tak. Betapa leganya saya bila dengar awak cakap macam tu. Tak perlulah saya mengalami mimpi buruk hari ni.”

“ Ha! Mimpi buruk?” Naila menggetap bibir. Darjah kepanasannya mula meningkat.

“ Awak nak naik ke tak nak ni? Masa saya lebih berharga dari masa awak.” Nazim bersuara tanpa memandang Naila. Wajahnya Naila pantas berubah pucat. Air liurnya ditelan berulang-ulang kali.

“ Awak…nak saya naik motor?” Dahi Naila mula berpeluh. Nazim pantas menghala pandangannya pada Naila.

“ Awak jangan cakap yang awak ni takut naik motor.” Kata-kata Nazim membuatkan Naila kembali ke realiti. Matanya dihala ke arah lain.

“ S..S..Siapa kata saya takut. Setakat naik benda ni saya langsung tak takut la!” Naila cuba untuk tidak direndah-rendahkan walaupun dia tahu dia sedang berbohong.

“ Dah tu awak tunggu apa lagi? Naik la lekas!” Nazim kembali mengalihkan semula pandangannya ke hadapan. Cermin helmetnya ditutup semula seraya enjin motorsikalnya turut dihidupkan.

Wajah Naila kembali berubah pucat. Kedua-dua tangannya mula menjadi sejuk. Langkahnya diarah perlahan-lahan mendekati Nazim. Namun dia hanya tercegat di belakang Nazim tanpa sepatah kata.

“ Awak tunggu apa lagi ni? Kalau dah takut tu, cakap saja lah takut.” Suara Nazim mengejutkan Naila.

“ Saya tak takut la!” Sepantas itu, Naila melangkah naik seraya duduk di belakang Nazim. Kedua-dua belah tangannya langsung tidak dipautkan di mana-mana bahagian.

“ Helmet!” Naila menyuakan tangannya ke hadapan. Helmet yang dihulurkan Nazim pantas disarung ke kepalanya. Nasib baiklah Nazim membawa dua buah helmet. Jika tidak, pasti dia terpaksa berjalan kaki juga. Nazim mencapai kedua-dua tangan Naila dari belakang. Tangan Naila disilang ke tubuhnya supaya keselamatan Naila terjamin.

“ Awak pegang baik-baik.” Nazim mula ingin bertolak. Namun tarikan tangan Naila dari tubuhnya membuatkan dia tidak jadi lagi untuk bertolak.

“ Awak buat apa ni??” Nazim meninggikan suara.

“ Saya tak nak pegang awak.” Pantas Naila bersuara. Nazim mengeluh.

“ Suka hati awak la. Bila awak dah terpelanting jauh, jangan salahkan saya.” Motorsikalnya pantas dipecut laju tanpa menunggu balasan kata dari Naila. Naila terkejut. Tubuhnya mula terdorong ke belakang. Sepantas itu juga tangannya kembali memeluk Nazim. Wajahnya serta-merta pucat. Nazim hanya tersenyum sinis.

*****

Faiqa menapak masuk ke biliknya walaupun dia sendiri masih kekok dengan suasana di negara orang. Seluruh biliknya dipandang. Setiap susunan pekakas yang diletak di dalam biliknya hampir sama dengan biliknya di Malaysia. Pasti mamanya yang meminta supaya disusun atur seperti biliknya yang dulu. Sekurang-kurangnya perasaan berada di bilik yang sama dapat menghilangkan sedikit kekekokan di negara orang.

Faiqa melangkah ke sudut katilnya. Punggungnya dilabuhkan di situ. Kelembutan tilam di katilnya dipegang lembut. Telefon bimbit dari dalam kocek seluarnya ditarik keluar. Seraya itu, telefon bimbitnya dihidupkan. Dalam masa beberapa saat saja, kedengaran bunyi beberapa mesej yang diterima.

“ Naila call.” Faiqa bersuara perlahan. Telefon bimbitnya dipegang erat. Seketika, telefon bimbitnya diperhati sebelum jari-jemarinya kembali mematikan sistem telefonnya semula. Maafkan aku Naila. Aku belum bersedia untuk menghadapi semua ini lagi, Nai. Hati aku masih lembut untuk terima pujuk rayu. Aku belum mencari ketenangan yang aku perlukan di sini. Walaupun sejujurnya, aku benar-benar ingin kembali semula ke sana Nai. Maafkan aku Nai. Maafkan aku,

*****

Nazim memberhentikan motorsikalnya di hadapan perkarangan banglo dua tingkat milik keluarga Shazia. Topi kaledarnya dibuka. Perkarangan banglo di hadapannya diperhati. Terdetik perasaan kagum dihati. Inilah kali pertama dia berpeluang melihat betapa mewahnya rumah yang didiami Shazia. Kehadiran Naila dibelakangnya langsung tidak diendahkan.

Naila terpegun. Tubuhnya langsung tidak berganjak dari tempat asal walaupun tangannya sudah pun dilepaskan dari terus memegang tubuh lelaki di hadapannya. Ketakutan masih kuat terasa. Tangan dan tubuhnya masih lagi sejuk. Wajahnya sentiasa pucat. Matanya hanya dipandang ke hadapan walaupun apa yang dipandangnya langsung tidak diambil peduli. Ketakutan lebih mencengkam diri. Malah, inilah kali pertama dirinya ditakutkan sebegini rupa.

Nazim memusingkan sedikit kepalanya ke belakang. Walaupun wajah Naila tidak dapat dilihat, dia tahu keadaan Naila sekarang. Nazim tersenyum. Keadaan Naila benar-benar membuatkan dia tidak dapat mengendurkan senyumannya. Suaranya didehemkan dua tiga kali supaya senyumannya dapat dimatikan dari diketahui Naila.

“ Awak suka motor saya ke?” Naila menggerakkan anak matanya memerhati Nazim walaupun wajah Nazim langsung tidak kelihatan.

“ Ha?”

“ Saya langsung tak berminat dengan motor buruk ni. Sekali saya jentik, berkecai semua.” Naila bersuara. Hanya mulut saja yang digerakkan. Semua anggota badannya menjadi kaku akibat daripada ketakutan yang melampau.

Nazim tergelak sinis. Bibirnya diketap geram. Tidak disangka, gadis itu masih berani bersuara walaupun trauma yang dialami masih belum hilang. Kepalanya digerakkan sedikit menoleh ke belakang.

“ Apa? Motor buruk awak cakap! Awak turun sekarang.”

Naila masih terpana. Walaupun dia mendengar apa yang telah diucapkan lelaki dihadapannya, namun tubuhnya masih kaku. Dalam keadaan yang terpaksa dia melangkah turun dari terus melabuhkan punggung di atas kenderaan milik Nazim. Topi kaledar ditarik keluar dari kepalanya.

“ Nah! Ambil balik topi buruk awak!” Topi kaledar milik Nazim dihulur kasar tanpa walaupun matanya langsung tidak singgah di wajah lelaki itu. Huluran Naila turut diragut kasar. Tanpa sepatah kata, Naila pantas mengatur langkah memasuki perkarangan rumah yang tersergam indah di hadapan matanya.

Nazim pantas melangkah turun. Motorsikalnya hanya dibiarkan begitu sahaja tanpa mengunci terlebih dahulu. Langkah Naila diekori. Disebabkan dia langsung tidak mengetahui selok-belok kediaman Shazia, mahu tidak mahu dia terpaksa mengikuti langkah gadis itu.

Dadanya mula berdebar-debar. Langkahnya yang dirasakan seperti diikuti seseorang membuatkan dia semakin tidak tentu arah. Sesekali matanya melirik ke tepi untuk mengenali siapa yang mengikuti langkahannya. Namun tindakannya itu langsung tidak berkesan. Langkahnya cuba dipercepatkan. Namun semakin laju dia berjalan, semakin laju juga langkahnya diikuti seseorang. Beg galasnya dipegang erat. Dia perlu bertindak untuk melindungi dirinya!

1 ulasan:

keSENGALan teserlah.. berkata...

alaaaaaa..
tanak la faiqa dgn max..
walau cmne pon,,nk faiqa ngn faruq..
huhu..
last perenggan tuh,,tak bpe nk pham la..spe dia tuh?yg pgg beg..
nazim ke??