3+1=

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

cinta sunbae

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Jumaat, 29 Januari 2010

3+1=35

“ Akhirnya apa?” Nazim mencelah.

“ Akhirnya Julia luahkan perasaan dia pada Nabil. Kalau masa dia luah tu, cuma Nabil seorang saja yang ada tak apa la jugak. Ni tidak. Dia terlampau confident sampai dia luahkan depan Dataran Ilmu ( Dataran Perhimpunan ). Dah tu dia tanya pulak jawapan Nabil depan-depan orang ramai.”

“ Finally Nabil tak terima?” Sekali lagi Nazim mencelah.

“ Bukan finally. Hari tu jugak Nabil bagi tahu depan semua orang yang dia langsung tak sukakan si Julia tu. Siap dia nasihatkan lagi pelajar perempuan yang lain supaya tak jadi macam Julia. Dengan muka merah padam, malu, marah, Julia pergi macam tu saja. Semua orang gelakkan dia.”

“ Tapi kan Syaz. Walaupun mungkin si Julia tu sedikit menjengkelkan, aku rasa kesian jugak kat dia bila dah jadi macam tu. Dia pun ada maruah kan.”

“ Membela nampak? Samalah macam pandangan Naila. Hari tu jugak, Naila dengan Nabil bertengkar. Kali pertama diorang bertengkar. Tapi tak adalah teruk sangat macam tempoh hari.”

“ Tempoh hari?” Shazia terdiam sebentar. Dia cuba untuk mengingati hari yang dimaksudkan.

“ Oh. Betul jugak. Kau tak ada masa diorang bertengkar hari tu.”

“ Sebab apa pulak diorang bertengkar?”

“ Zim. Kau tak rasa ke macam kau dah tunjukkan perasaan kau yang sebenar pada Naila?”

“ Apa yang nak kau cakap sebenarnya ni?”

“ Kau tanya banyak sangat. Macam kau nak tahu lebih pasal Naila dengan…..”

“ Kau ni kan Shaz! Naila kawan aku. Nabil pun kawan aku. Apa salahnya kalau aku ambil tahu. Lagipun aku baru transfer kat sini. Manalah aku tahu apa-apa pasal korang semua.”

“ Ok, fine. Hari tu diorang bertengkar disebabkan satu surat. Ah! Biarlah aku cerita yang tadi tu dulu! Yang tadi tu pun belum habis, kau nak suruh aku cerita yang lain pulak. Ni yang aku geram ni!”

“ Ok, Madam! Teruskan!”

“ Huh! Kali pertama diorang bergaduh sebab tu la. Disebabkan Julia. Naila rasa tak wajar Nabil buat si Julia macam tu. Macam kejam sangat. Kau bukan tak tahu. Nabil tu keras kepala. Dia rasa dia betul. Sebab Julia diorang bergaduh lebih kurang 2 hari. Lepas tu baik balik la.”

“ Diorang perlukan satu sama lain.” Perlahan Nazim bersuara. Matanya dipandang ke arah lain.

“ Mungkin dulu, Zim. Sebab sekarang aku tengok, Naila dah lebih berdikari. Dah tak sentiasa perlukan Nabil sekarang. Mungkin itu lebih baik.”

“ Lebih baik?”

“ Kalau Naila terlalu bergantung pada Nabil, apa akan jadi kalau Nabil tak ada di sisi Naila? Kira bagus la sebab Naila dah pandai berdikari sekarang. Kau tahu tak. Rasa sakit hati Julia melarat sampai sekarang. Keesokan harinya dia pindah sekolah. Tapi dendam dia pada Naila tetap ada.”

“ Nabil yang sakitkan hati dia. Bukan Naila.” Nazim hanya bersuara separuh berbisik. Sangkaannya Shazia tidak mendengari apa yang dituturkannya sebentar tadi.

“ Bagi dia sebab Naila la Nabil tak terima dia. Tapi aku sendiri pun tak tahu hakikat sebenarnya. Mungkin cuma Nabil saja yang tahu. Seminggu lepas tu, macam-macam yang berlaku pada Naila. Hampir-hampir dilanggar kereta, hampir-hampir kena culik buat kali kedua, kena sabotaj, kena pulau. Tapi kena pulau tu tak terasa sangat sebab kami berlima tetap ada di sisi dia.”

“ Semua hampir-hampir? Langsung tak kena?”

“ Kau ni dah lupa ke? Dia kan ada bodyguard. Nasib baik la bodyguard dia tu boleh diharap.”

“ Oh. Macam tu.”

“ Zim. Kau pergi la temankan Nai. Kau tak kesian ke dia seorang diri dalam bilik tu?”

“ Shaz. Asal kau nak sangat aku teman Naila ni? Kau cakap sikit!”

“ Aku bukannya apa. Aku kesiankan Naila je.”

“ Alasan yang tak boleh diterima. Kau boleh call Nabil. Ataupun Shah!” Perkataan Shah sengaja dikuatkan. Terbeliak mata Shazia memandang lelaki disebelahnya.

“ Sengaja kau ni kan! Nak balas dendam la tu.” Wajah Shazia serta merta berubah serius. Namun tidak pula pada Nazim. Wajah monyok Shazia membuatkan dia tergelak kecil.

*****

“ Hello. My name Faiqa. I don’t have any English name. So, just call me Fai. I’m from Malaysia and I’ll be here maybe for a long period. That’s all. Thank you.”

Seorang demi seorang pelajarnya dipandang. Suasana kelas mula menjadi riuh rendah apabila dia selesai berbicara. Tiba-tiba saja matanya tertacap pada satu kelibat seorang lelaki yang berada di sudut kelas. Malah mereka saling bertentang mata.

“ Ok. You can sit down now.”

“ My desk?”

“ Ah! Besides Max. Can you?”

“ Max?” Secara automatik pandangannya beralih pada seorang lelaki. Seseorang yang dikenalinya dan baru saja bertikam lidah semalam. Entah apa yang akan terjadi hari ini, dia sendiri tidak tahu. Tanpa berlengah, dia melabuhkan punggung di sebelah lelaki itu. Namun tiada sebarang teguran mahupun kata-kata aluan yang keluar dari bibir lelaki itu. Mungkin lelaki di sebelahnya kini serius dengan kata-katanya semalam. Berpura-pura tidak kenal apabila berjumpa.

Dia hanya berdiam diri. Walaupun suasana kelas agak riuh-rendah, namun hanya mereka berdua saja yang membisu. Matanya dipandang ke seluruh kelas. Susuk tubuh seseorang dari belakang membuatkan dia sedikit terpana. Bukankah itu Havin? Maknanya, mereka bertiga di kelas yang sama. Patutkah dia meneruskan lakonannya?

“ Bukankah ini peluang untuk kita selesaikan perkara ni?”

Hanya bibir yang berbicara. Tetapi pandangannya hanya di arah ke hadapan. Soalannya langsung tidak dijawab. Sebaliknya pandangan lelaki itu hanya terarah di hadapan.

“ Saya tahu saya salah. Tapi saya takkan minta maaf dengan awak. Saya tak suka berhutang janji. So, lebih baik kita selesaikan secepat mungkin.”

Dingin. Tiada sepatah kata dari lelaki itu. Faiqa mengeluh halus. Beban mula menghempap diri. Kata-kata yang diucapkan lelaki itu memang benar ditunaikan. Mahu tidak mahu, tubuhnya sengaja dirapatkan di sisi Max.

“ Awak buat apa ni?’

“ Kan saya dah kata. Saya nak selesaikan perkara ni secepat mungkin. So, lebih baik mulakan dari sekarang.”

“ Jauhkan diri dari saya. Saya dah batalkan perjanjian tu.”

“ Kenapa awak ni degil sangat? Awak sengaja nak buat saya marah, kan? Hati saya takkan tenang kalau saya tak tunaikan janji saya.”

“ Awak tak perlu berpura-pura kat sini. Tak ada siapa yang kenal awak.”

“ Lebih baik awak fikir dulu sebelum awak cakap. Apa faedah yang saya dapat kalau saya berpura-pura. Saya dah janji dengan awak. Awak yang dapat kebaikan. Bukan saya. So, awak ikut sajalah. Kenapa banyak bantahan sangat ni?”

“ Sebab saya tak nak ada sangkut paut dengan awak lagi.”

“ Habis tu, awak ingat saya nak? Awak faham tak? Important point sekarang ni, janji saya. Boleh tak awak lupakan dulu pertengkaran kita semalam? Anggaplah saya merayu dengan awak.”

Max terdiam sebentar. Dari nada suara Faiqa, rayuan yang dibuat bukannya kedengaran berpura-pura. Sebaliknya lebih kepada nada bersungguh-sungguh.

“ Ok, fine. Kita mulakan. Kalau kita bersungguh-sungguh, saya yakin perkara ni dapat selesai minggu depan.”

“ Awak kena ceritakan serba sedikit mengenai Havin. Barulah saya boleh fikir apa yang patut kita buat seterusnya.”

“ Apa yang awak nak tahu?”

“ Tempat yang selalu dia pergi.”

“ Mall. Dia akan pergi sana setiap hari Rabu dan Sabtu. Itu dah jadi rutin harian dia.”

“ Jam?”

“ Dalam lingkungan 2 petang hingga 6 petang. Kita pergi sana hari ni.”

“ Hari ni?”

“ What? Ada masalah?” Wajah Faiqa dipandang agak tajam.

“ Tak ada. Saya tunggu sana pukul 2 petang.”

“ Asalkan awak tak datang pukul 6 sudah cukup bagus.”

“ Saya tahulah! Tak perlu nak ingatkan saya!”

*****

Tubuhnya disandar di katil wad. Hatinya berbelah bagi. Persoalan yang masih belum terjawab seolah-olah menyeksa urat-urat sarafnya. Perlukah dia merungkaikan persoalan itu hari ini juga? Ini saja peluang yang ada. Papanya sentiasa sibuk dengan kerjayanya. Bukan mudah untuk mereka berbincang. Esok dia sudah dibenarkan meninggalkan hospital. Walaupun mungkin hari esok masih ada, tetapi hatinya mahukan kenyataan. Kenyataan untuk persoalan yang bermain di fikirannya.

“ Papa?”

Sungguh. Ini benar-benar masa yang sesuai. Baru saja dia terfikirkan papanya, Tuan Syazman sudah pun muncul di hadapan matanya. Tetapi kali ini Khai tidak kelihatan. Tuan Syazman menghampiri Naila. Punggungnya dilabuhkan di sisi Naila. Dia hanya tersenyum.

“ Mana Abang Khai, Pa?”

“ Khai pergi oversea. Katanya ada hal yang nak diuruskan.” Buah epal hijau yang masih belum dibuang kulitnya dicapai. Dengan langkah berhati-hati, buah epal hijau dikupasnya.

“ Oversea? Hal apa?” Jawapan Tuan Syazman sedikit menimbulkan perasaan hairan di hati.

“ Manalah papa tahu. Itu urusan dia.” Naila terdiam sebentar.

“ Papa.”

“ Hmm?”

“ Naila ada sesuatu nakkan jawapan Papa.”

Serius Naila bersuara. Tetapi Tuan Syazman masih lagi menumpukan sepenuh perhatiannya pada buah epal hijau di tangan. Wajah Naila juga tidak dipandang. Timbul perasaan serba salah di hati Naila. Adakah ini masa yang sesuai?

“ Papa tahu Cikgu Yahya?”

Serta-merta tumpuan Tuan Syazman beralih pada Naila. Epal hijau yang berada di tangannya diletakkan kembali di atas meja. Wajah Naila dipandang serius. Sebaliknya Naila terpaksa menundukkan wajah buat seketika.

“ Apa hubungan Papa dengan Cikgu Yahya?”

“ Apa maksud kamu?”

“ Dia seperti kenal Papa. Dari percakapan dia, seperti ada sesuatu yang disembunyikan.”

“ Itu cuma imaginasi kamu.”

“ Tak. Papa jangan bohong dengan Naila. Naila yakin, Papa tahu jawapannya. Kenapa Mama juga disebut?”

“ Apa yang dia cakap?”

“ Naila takkan bagi tahu selagi Papa tak beritahu Naila kebenarannya.”

“ Sudahlah. Jangan difikir perkara-perkara macam tu. Semua tu tak penting.”

“ Tak, Pa! Naila nak tahu apa yang Papa sembunyikan di sebalik ni. Ada kaitan dengan Naila kan? Cikgu Yahya seolah-olah mengenali Mama. Apa yang Papa rahsiakan?”

“ Kan Papa dah kata! Lupakan perkara ni!! Tak ada kena-mengena dengan kamu!”

“ Kenapa Papa marah kalau perkara ni tak ada kaitan dengan Naila? Naila anak papa. Tapi kenapa Papa rahsia perkara ni dari pengetahuan Naila?”

“ Jadi kamu betul-betul nak tahu?” Naila mengangguk. Tuan Syazman menarik nafasnya dalam-dalam.

“ Yahya bekas suami Mama kamu.”

Serta-merta Naila terdiam. Bekas suami? Apa makna semua ni? Jika benar Cikgu Yahya bekas suami mamanya, tetapi mengapa Cikgu Yahya begitu dingin dengannya?

“ Selama ni Papa rahsiakan dari kamu. Mungkin sudah tiba masanya untuk kamu tahu identiti sebenar kamu.”

“ Apa maksud Papa? Identiti Naila yang sebenar? Siapa Naila?”

“ Kamu betul-betul nak tahu? Kamu pilih. Menyesal ataupun hidup seperti sekarang.”

Naila terdiam. Apa yang berlaku? Kenapa sekarang? Apa makna disebalik semua ini? Siapa dia? Bukankah dia Naila? Anak seorang ketua polis. Yang dihormati dan ditakuti ramai orang.

“ Naila takkan menyesal. Itu lebih baik daripada Naila berpura-pura tak tahu.”

“ Kamu yakin dengan keputusan kamu? Bila kamu tahu identiti sebenar kamu, segala-galanya akan berubah.”

“ Berubah atau tak, Naila tak peduli semua tu!”

Tuan Syazman mengeluh. Kenapa harus seorang gadis yang sudah pun dijaganya selama 17 tahun, ingin merungkaikan segala kekusutan? Selama ini, kebenaran sebenar cuba disembunyi. Tapi tidak lagi pada hari ini. Dia tahu hati anak gadis di hadapannya kini akan terluka. Mampukah dia menghadapi kebenaran sebenar?

“ Kamu bukan anak kandung Papa.”

Hatinya seolah-olah dibuang jauh. Berkecai. Benarkah ini kebenaran? Tak! Semuanya pembohongan. Jika betul, siapa ayah kandungnya yang sebenar? Kenapa selama dia hidup di sisi Papanya, perkara ini langsung tidak dibangkitkan? Sudah 17 tahun berlalu. Kenapa baru sekarang? Kenapa???? Air matanya mengalir. Bibirnya membisu. Entah apa yang patut diucapkan. Siapa ayah kandungnya?


6 ulasan:

penulis berkata...

Assalamualaikum..
new n3..[just comment]

Liyana berkata...

yess..!!akhirnya...errmmm...apakah naila ank cikgu yahya..???ish..
apakah faiqa mmp lupakan max..??uurrrmmm...

Tanpa Nama berkata...

klu naila ank cg yahya knp cg yahya benci k dye????????
mne perginye faruq???????

penulis berkata...

nanti anda akn tahu knp cikgu yahya bencikan Naila..
Faruq menghilang bt sementara wktu..wtk dia akn muncul semula x lama lg..

shafi berkata...

hai :)
bila cerita 3+1 nak habis?
tak sabar nk habiskan pembacaan.
huhu~

penulis berkata...

hai..
insyaallah dalam masa t'dekat ni..