3+1=

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

cinta sunbae

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Sabtu, 29 Ogos 2009

3+1=7

Bab 7
Shah pulas tombol pintu..naila pandang orang yang ada kat depan pintu..

“shah..masuk ar dulu..” naila menyapa..tangannya ligat mengemas bajunya..shah melabuhkan punggung atas katil..

“nak aku tolong ke?” shah pandang naila yang tengah khusyuk kemas bajunya..

“no,thanks..sikit lagi je ni..” naila menjawab tapi tak pandang shah..shah pandang naila lama..tapi naila langsung tak perasan..

“ok!dah siap..” naila pegang beg yang agak sarat berisi baju..walaupun duduk dua hari aja,tapi baju yang dia bawa macam nak pergi berkhemah seminggu je..

“ok..jom!” shah pulas tombol..naila keluar dulu kemudian baru shah ikut belakang..

“bak sini beg tu..aku tolong angkatkan..” shah hulurkan tangan meinta beg di tangan naila…

“x yah ar susah-susah..bukannya berat pun..” naila still pegang beg tu..saja tak nak menyusahkan shah..shah tarik beg tu dari tangan naila..nak tak nak dia terpaksa lepaskan juga..

“thanks shah..” shah tersenyum..

************************************************

Kereta limo milik shah dah berhenti betul-betul depan banglo dua tingkat tu..

“thanks ye shah..kau tak nak singgah dulu ke?” naila mempelawa..begnya dah dicapai..

“tak yah ar..lagipun aku ada hal sikit ni..” shah bersuara lembut..naila mengangguk dua tiga kali..

“x pe la la kalau macam tu..aku masuk dulu erk?” shah mengangguk..naila melangkah masuk ke rumahnya..kereta limo milik shah tu meluncur laju bila kelibat naila dah tak kelihatan..

“assalamualaikum..” naila dah terjengul depan pintu..tapi salamnya tidak berjawab..dia tahu papanya dan abang khai pasti tak ada di rumah..naila bergegas masuk ke biliknya..naila melalui bilik yang dichasia papanya untuk menjalankan aktiviti hukuman..kedengaran seperti ada orang di dalam..

Naila pulas tombol pintu..papa??abang khai??naila dah nampak papanya pegang rotan..rotan kalau kecik tak pe la juga..ni tebalnya boleh diukur dengan ibu jari orang dewasa lagi..naila terpaku sekejap..ni mesti sebab hal dia masuk hospital ni..

“papa!!” 4 mata pandang naila..naila pantas duduk di sebelah khai..

“bukan salah abang khai..naila yang paksa abang khai ikut kemahuan naila..” naila berterus-terang..pasti abang khai cuba berbohong pada papanya tadi..

“tak tuan!saya yang ajak naila main..bukan salah naila..” khai cuba berbohong..tujuannya kini cuma nak melindungi naila..

“abang khai!!” naila pandang khai..khai cuma tunduk..

“khai!!kamu jangan ingat saya tak tahu yang kamu sedang berbohong!!saya dah bagi amaran awal-awal lagi..awak dah tahu apa hukumannya!” suara papa naila memenuhi ruangan bilik tersebut..

“naila!!papa dah cakap banyak kali..tapi naila still tak nak dengar apa yang papa cakap!!” tempiasnya datang pada naila pulak..rotan sebesar ibu jari tu dah dipegang erat..rotan tersebut dihayun ke belakang naila..naila pejam mata menahan sakit..

Puk!!sebatan kedua pulak yang lekat di belakang naila..khai pandang naila..rotan tu diangkat lebih tinggi..dengan daya yang agak kuat,rotan tu dihayun..

Khai yang pandang dari tadi tu terus peluk naila dari belakang..kini belakang khai pulak yang jadi mangsa..khai dirotan bertalu-talu..

“abang khai!!” naila yang rasa macam ada orang melindunginya tu terus buka mata..pelukan khai pada naila makin erat..naila pegang tangan khai..tangisan naila dah mula kedengaran..

“papa!!sudah la pa!!” naila merintih..tapi rintihannya tu langsung tak dihiraukan..tangisan naila makin kuat..naila pegang tangan khai makin erat..

“papa!!please!!stop papa!!” naila kuatkan suara seboleh mungkin..tangisannya masih tak berhenti..papa naila berhenti..rotan yang dipegangnya dibaling ke tepi..kemudian dia melangkah keluar dari bilik..khai dah terbaring layu..

“abang khai!!abang khai!!” naila panggil dua tiga kali..bahu khai digoncang..naila bergegas keluar dari bilik..2 minit kemudian naila muncul kembali dengan ubat di tangan..naila cuba tanggalkan baju khai..tapi setiap kali naila cuba nak tanggalkan baju khai,khai mengerang kesakitan..

“biar abang khai buat sendiri..” suara khai yang agak lemah jelas kedengaran..khai bangun..bajunya dah dibuka..naila lihat belakang khai yang dah berbekas akibat dirotan..ubat yang dibawa naila tadi di sapu di belakang khai..

“kenapa abang asyik nak lindungi naila?naila bukannya tak pernah kena rotan pun..” naila bersuara..tangannya masih berperanan menyapu ubat di belakang khai..

“habis tu?takkan abang khai nak biar je naila kena rotan?” khai yang membelakang naila jawab balik..naila terdiam..tangannya dah berhenti sapukan ubat pada khai..air mata dah mula mengalir..makin lama makin laju..

Khai yang rasa pelik tiba-tiba je naila diam terus kalih belakang..air mata naila dah mencurah-curah..

“kenapa ni??abang khai silap cakap ke?” khai sapu air mata naila..wajah naila dipegang lembut..

“naila sakit hati tau tengok abang khai macam ni..” naila bersuara sayu..tangisannya masih belum berhenti..khai tarik naila dalam pelukannya..naila cuma membiarkan tanpa membalas pelukan khai...

“kenapa nak sakit hati pulak?abang khai lagi sakit hati kalau tengok naila yang kena..” rambut naila diusap lembut..

“dah la..jangan nangis..abang khai ok la..” khai cuba pujuk naila bila tangisan naila masih belum berhenti..khai lepaskan pelukannya..air mata naila di sapu lagi..naila angkat muka pandang khai..

“abang khai janji dengan naila yang abang khai takkan pertahankan naila lagi boleh?” naila bersuara penuh berharap..muka khai dipandang dengan wajah yang bersungguh-sungguh..khai terdiam..permintaan naila susah untuk dia kabulkan..lagipun takkan dia nak tengok saja naila dirotan?

“hmm..naila,abang khai lapar ar..jom kita pergi makan nak?” khai saja tukar topik..khai bangun dari katil..naila pantas tarik tangan khai..tangisan naila dah berhenti..tapi air mata naila masih lagi belum kering..

“abang khai..promise dengan naila..huh?” naila still tak putus asa..khai yang baru saja nak bangun tadi terus duduk balik..dia menghadap naila..

“naila…” khai berhenti bercakap bila pandang muka naila yang penuh mengharap..tubuh naila ditarik sekali lagi dalam pelukannya..rambut naila diusap lembut..

“naila..abang khai tak boleh..abang khai tak boleh buat macam tu..” khai bertutur lembut..cuba pujuk naila dari paksa dia berjanji dengan naila..

“tapi abang khai..naila tak nak abang khai jadi macam ni lagi..naila tak nak..” naila dah mula menangis balik..khai terdiam seketika..pelukan dilepaskan..khai dekatkan tangannya pada pipi naila..air mata naila disapu..

“ok ok naila..abang khai janji takkan pertahankan naila kalau ada lelaki lain yang sanggup pertahankan naila..” khai bagi syarat..perkataan kalau tu sengaja ditekannya supaya naila faham maksudnya..

“tapi….”naila cuba nak bantah lagi..

“no tapi-tapi..kali ni naila kena dengar cakap abang khai ok!!” khai bagi arahan..naila dah masamkan muka..ada ke lelaki lain yang nak pertahankan aku??naila bermain teka-teki sendiri..

************************************************

Naila rebahkan diri atas katil..sekali sekala kedengaran dia mengeluh..

“lelaki lain yang sanggup pertahankan aku??” naila tanya diri dia sendiri..kemudian dia ketawa kecil..kelakar pun ada juga..bagi dia la..

“ada ke?” naila buat muka hairan..mukanya diraup seketika..nafasnya ditarik dan dihembus dua tiga kali..matanya terpandang bungkusan surat yang diberi faiqa semalam..naila bangun dari katil..surat-surat di tepi katilnya dicapai..naila baring semula atas katil..satu persatu surat tersebut dibaca..sekali sekala naila tergelak kecil..berpuluh-puluh surat yang diterimanya dah habis dibaca..

Naila pandang jam telefon bimbitnya..dah pukul 12.30 malam..patut la matanya dah terasa berat..naila pejamkan matanya..tapi tak sampai dua minit,matanya dah terbeliak luas..

“alamak!!ubat abang khai la..macam mana aku boleh lupa ni??” naila cakap sorang diri..ubat yang ada atas meja kecik tepi katil naila tu segera diambil..langkahan kakinya diatur menuju ke bilik khai..

Naila ketuk pintu bilik khai dua tiga kali tapi pintu bilik khai masih tak dibuka dari dalam..naila pulas tombol..

“la..tak kunci pintu ke abang khai ni?” naila berbisik sorang-sorang..naila melangkah masuk ke bilik khai..naila pandang khai yang dah tidur nyenyak..rasa bersalah mula muncul di hati..

“abang khai tunggu aku ke tadi?” naila tanya diri dia sendiri..naila terus menuju ke almari khai..selimut yang di lipat kemas dicapai..

“abang khai ni..nak selimut badan pun boleh lupa ke?” naila geleng kepala..naila lantas selimutkan khai..dia duduk bersimpuh di tepi katil khai..bungkusan ubat masih terpegang rapi di tangannya..naila pandang khai yang tengok nyenyak tidur..akhirnya naila ikut terlelap sekali di tepi katil khai..

Khai buka mata..jam baru pukul 4 pagi..khai pandang naila..aikk!!macam mana naila boleh ada kat sini pulak??khai bermonolog sendiri dalam hati..matanya tertacap pada bungkusan ubat pada tangan naila..khai tersenyum sendiri..kini dia dah faham kenapa naila boleh ada dalam biliknya..

Khai ambik ubat dari tangan naila perlahan-lahan..takut kalau-kalau naila terjaga..selimut yang tadi menutupi tubuhnya kini beralih pula pada naila..wajah naila di pandang lama..jari-jemari khai mengelus lembut wajah naila..

“abang…akan sentiasa lindungi naila..walau apa pun yang terjadi” khai berbisik..matanya masih setia menatap wajah naila..

“abang…takkan lepaskan naila pada lelaki lain..” kata-kata khai terhenti seketika..

“kecuali…kalau…lelaki tu betul-betul cintai naila..cintai naila lebih dari abang..” khai sambung lagi..memang benar dia cintai naila..cintai naila lebih dari diri dia sendiri..kali ni dia benar-benar yakin..benar-benar yakin yang hati dia kini milik naila..

-------------------------------------------------------------------------------------------------

0 ulasan: