3+1=

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

cinta sunbae

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Jumaat, 15 Oktober 2010

cinta sunbae 14

HARI KETIGA

Isya mengemas segala peralatan tulis dan buku-bukunya. Pada hari ini, dia terpaksa berjalan pulang seorang. Entah mengapa sejak akhir-akhir ini, Akram begitu sibuk dengan tugasnya sebagai pengurus reka bentuk kereta. Mungkin sepanjang minggu ini, dia terpaksa pulang sendiri ke rumah. Mahu tidak mahu dia terpaksa akur dengan kepenatan dirinya sendiri. Isya melangkah keluar dari kelas. Satu demi satu anak-anak tangga dipijak sehinggakan dia sendiri tidak menyedari seseorang yang dia amat kenali kini sedang ikut mengekorinya dari belakang. Bukan niat jahat yang terpendam di hati, tetapi dia ingin menjelaskan sesuatu pada gadis itu. Isya menapak keluar dari kawasan sekolah.

“ Isya.” Satu suara yang memanggilnya kini, sekali lagi membuatkan Isya terpana dalam beberapa saat. Dia melangkah setapak ke hadapan. Pada saat Isya cuba untuk menghindari Fitri, sepantas itu juga lelaki itu menghalang langkah gadis itu di hadapan.

“ Sekali lagi nak larikan diri dari Fitri?” Wajah Isya dipandang tepat. Dengan keberanian yang cuba dinaikkan sendiri, Isya mengangkat wajahnya. Lelaki itu dipandang tepat dan serius.

“ Apa lagi yang Fitri nak cakap?”

“ Macam-macam yang Fitri nak cakap. Fitri nak jelaskan semuanya pada Isya. Biar Isya faham, siapa yang ada dalam hati Fitri sekarang.” Mata gadis itu dipandang dalam-dalam. Mungkin satu masa dahulu kebodohannya membuatkan gadis itu merana. Tapi, tidak lagi sekarang.

“ Apa lagi, Fitri? Apa yang Fitri nak cakap, semuanya Isya tak nak dengar! Siapa yang ada dalam hati Fitri, siapa yang tak ada dalam hati Fitri, Isya tak nak tahu! Semua pasal Fitri, Isya tak nak tahu, tak nak dengar!” Suaranya sedikit ditinggikan. Air mata cuba ditahan dari jatuh walaupun dia sendiri tahu bahawa dia tidak mampu untuk menahan dalam keadaan sebegitu.

“ Tolong, tolong bagi Fitri peluang utnuk jelaskan segala-galanya.” Dia meminta.

“ Jelaskan segala-galanya? Baik! Isya nak tahu. Betul atau tak Fitri duakan Isya?” Serius Isya menyoal.

“ Sebenarnya…”

“ Isya tanya betul atau tak?!” Belum sempat lelaki itu menyambung kata-katanya, Isya terlebih dahulu memotong.

“ Ya. Memang betul.”

“ Betul atau tak selama ni Fitri berniat nak rahsiakan perkara tu dari Isya selama-lamanya?” Isya menyoal lagi.

“ Isya..”

“ Betul atau tak?!”

“ Ya! Memang betul!” Suasana semakin tegang. Di luar kawasan sekolah sudah mula lenggang dengan orang ramai.

“ Terima kasih. Sekarang Fitri dah jelaskan segala-galanya.” Isya melangkah setapak dua. Seperti semalam, sekali lagi lelaki itu menarik tangan Isya dari terus melangkah ke hadapan.

“ Dengar dulu apa yang Fitri nak cakap!” Isya membisu. Wajah lelaki itu tidak dipandang.

“ Memang betul segala apa yang Isya nampak dan dengar selama ni. Secara langsungnya, memang benar Fitri duakan Isya. Tapi itu dulu, Isya! Pada waktu Fitri masih bodoh. Sekarang Fitri sedar, Fitri perlukan Isya di samping Fitri.” Tangan gadis itu masih kuat dipegang.

“ Senang Fitri cakap kan? Isya takkan lagi ucap kata maaf atau terima kasih pada Fitri. Dulu sepenuhnya Isya berikan kepercayaan pada Fitri. Tapi hari demi hari, kepercayaan tu dah berkurang. Sehinggakan sekarang, Isya dah langsung tak percayakan Fitri. Walaupun sebesar zarah!”

“ Sampai macam tu sekali ke Isya bencikan Fitri?” Suaranya kedengaran semakin mengundur. Kekecewaan benar-benar merobek hatinya. Hinggakan pada saat ini, dia seolah-olah sukar untuk bernafas. Dia bakal kehilangan sesuatu yang amat berharga.

“ Tak. Isya tak pernah bencikan Fitri. Perasaan benci tu tak pernah wujud.”

“ Kalau perasaan benci tu tak pernah wujud, kenapa selama ni Isya elakkan diri dari Fitri? Seolah-olahnya Isya…”

“ Isya nak lupakan Fitri.” Kata-kata Fitri dipintas. Serta-merta Fitri terdiam. Lidahnya terkelu secara tiba-tiba.

“ Isya dah tak nak simpan Fitri dalam ingatan! Isya nak buang semua kenangan antara Isya dengan Fitri! Isya dah letih, Fitri. Isya tak nak hidup macam ni lagi!” Air matanya yang sejak tadi ditahan akhirnya mengalir jua.

“ Minta maaf. Mungkin Isya boleh padamkan kewujudan Fitri dari hidup Isya, tapi Fitri takkan sekali-kali lupakan Isya!”

Hakimi memberhentikan keretanya di hadapan sekolah. Disebabkan paksaan dari Khairul, dia sendiri terpaksa mengambil Isya dari sekolah. Sepanjang perjalanan, hanya leteran yang bermain di bibirnya. Hanya tinggal 5 jam sahaja untuk dia bersedia dengan performance yang bermula jam 8 malam. Matanya meliar mencari kelibat Isya. Setiap orang dipandang. Cap yang dikenakan di atas kepalanya ditarik sedikit ke hadapan supaya wajahnya terlindung. Hakimi melemparkan pandangannya ke luar tingkap. Matanya tertacap pada satu arah.

Pintu kereta dibuka. Dia melangkah laju. Tangan Fitri ditarik kasar dari terus memegang tangan gadis di hadapannya. Pada saat ini, dua pasang mata serta-merta terarah pada Hakimi. Suasana semakin tegang. Fitri dan Hakimi saling bertentang mata.

“ Apa lagi yang kau nak, ha?!!” Hakimi meninggikan suara. Isya ditarik ke belakangnya. Fitri tersenyum sinis. Hakimi dipandang tepat.

“ Kau siapa nak masuk campur urusan aku?” Fitri membalas. Isya hanya membisu.

“ Aku? Kau tanya aku siapa?” Hakimi menyeluk kocek seluarnya. Sekeping tiket dikeluarkan. Tiket tersebut diberikan pada lelaki di hadapannya.

“ Kau datang malam ni. Waktu tu baru kau tahu siapa aku.” Hakimi melangkah pergi. Isya turut ditarik mengikut langkahnya dari belakang.

“ Tunggu!” Hakimi berhenti melangkah. Pada masa yang bersama, gadis di belakangnya ikut terhenti. Hakimi memusingkan kepalanya 90 darjah. Sebaliknya Isya hanya menundukkan wajahnya.

“ Tak kira siapa pun kau, aku tetap takkan putus asa untuk rebut dia balik!” Selesai Fitri menghabiskan kata-katanya, Hakimi melangkah pergi bersama Isya.

*****

Kereta Mercedes milik Hakimi meluncur laju meninggalkan perkarangan sekolah. Hakimi menoleh sekilas ke arah Isya sebelum pandangannya beralih semula ke hadapan.

“ Macam mana? Hebat lakonan aku?” Tiba-tiba sahaja Hakimi bersuara. Isya hanya membisu. Pandangannya dilemparkan di luar tingkap.

“ Aku tak nak tahu apa yang dah berlaku antara kau dengan dia. Dah dua kali aku tolong kau lepaskan diri dari dia. So, sekarang turn kau untuk tolong aku.” Hakimi meminta balasan. Isya memandang lelaki itu sekilas.

“ Aku tak pernah minta kau tolong aku.” Selamba Isya mengucapkan kata-kata itu. Sekali lagi Hakimi memandang Isya sekilas.

“ Kau tak nak tolong akulah ni?” Serta-merta wajah Hakimi berubah.

“ Aku tak nak terhutang budi dengan kau. Cakaplah.” Hakimi tersenyum.

“ Kau kena ikut aku sampai lebih kurang pukul 11 malam. Aku ada performance. Mengikut apa yang dirancang, aku kena beritahu semua orang yang kau girlfriend aku. Aku nak minta kerjasama itu dengan kau.” Selesai Hakimi berbicara, Isya menganggukkan kepalanya.

“ Sekarang kita pergi butik dulu. Beli baju untuk kau.” Tidak mungkin dia akan membiarkan Isya hanya mengenakan pakaian sekolah. Pasti akan menyebabkan imejnya jatuh.

“ Aku tak ada duit.” Terus-terang Isya memberitahu. Hakimi tersenyum sinis.

“ Kau ingat aku tak tahu ke? Guna duit aku dulu. Tapi lepas selesai rakaman ni, bayar balik. Bukan free.” Isya mengetap bibir. Mkanya sudah mula terasa panas.

“ Bakhil punya orang.” Pertuturannya diperlahankan sehingga Hakimi sendiri tidak mampu untuk mendengarinya.

*****

Isya mengeluh. Jam tangannya dipandang sekilas. Sudah menunjukkan jam 8 malam. Pada saat ini, Hakimi masih lagi bersiap untuk performance yang bakal berlangsung sebentar lagi. Sedikit sebanyak hatinya berasa tenang kerana Aiman sudah pun mengetahui segala-galanya yang berlaku pada hari ini.

“ Isya.” Khairul menegur. Isya mengalihkan pandangan pada Khairul sementara lelaki itu melabuhkan punggung di sisinya.

“ Minta maaf sebab menyusahkan awak. Rasanya lama lagi awak kena tunggu dia.” Khairul serba salah. Isya mengukir senyuman.

“ Tak apa. Boleh saya tanya sesuatu?” Isya mengangkat kening.

Go on.”

“ Orang-orang kat luar tu semuanya fans dia ke?” Khairul tersenyum. Kepalanya diangguk dua tiga kali.

“ Ya. Ni performance khas dia.” Isya mencebik.

“ Entah apa yang diorang suka sangat pasal lelaki tu?” Isya menyoal dirinya sendiri. Dia langsung tidak menyedari monolognya didengari Khairul. Lelaki itu tersenyum.

“ Saya tak hairan pasal tu. Cuma yang saya hairan, kenapa awak langsung tak tertarik dengan dia? Setahu saya, awak perempuan pertama yang berani melawan setiap kata-kata dia. Mungkin awak rasa dia tu menyampah, tapi sebenarnya dia lebih baik dari apa yang awak fikirkan.” Kata-kata Khairul hanya dibalas dengan senyuman. Dia langsung tidak mempercayai kata-kata dari lelaki itu.

*****

“ Perhatian semua. Hari ni ada seseorang yang saya nak perkenalkan.” Hakimi menutur bicara. Dia mengalihkan pandangan pada sebelah kiri. Kepalanya dianggukkan sekali. Isya melangkah setapak demi setapak. Dalam sekelip mata sahaja. suasana menjadi hingar-bingar dengan jeritan peminat Hakimi yang kebanyakannya terdiri daripada wanita. Isya terpaksa mengukir senyuman.

“ Perkenalkan. Ini.. teman wanita saya.” Sejurus Hakimi mengisytiharkan, Sorakan peminat semakin membingit. Berdasarkan dari reaksi wajah yang ditunjukkan, lebih ramai peminat Hakimi yang berasa kecewa dengan berita tersebut. Isya cuba untuk memberanikan diri. Wajah-wajah manusia di hadapannya dipandang bersama senyuman paksa yang terukir di bibir. Wajah Isya berubah. Senyuman yang bermain di bibir serta-merta mati. Matanya kini hanya tertacap pada satu arah.

Hakimi memandang Isya. Perubahan wajah gadis itu turut menyebabkan riak wajahnya berubah. Dia memandang ke hadapan. Pada saat ini, masing-masing berubah riak wajah. Fitri terkelu. Kini, dia baru mengetahui siapa Hakimi dan apa hubungan lelaki itu dengan gadis yang benar-benar dia cintai.

0 ulasan: