3+1=

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

cinta sunbae

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Sabtu, 31 Oktober 2009

cinta sunbae 4

2 minggu berlalu-2006

Suasana kelas 2 Siddiq kembali hingar apabila guru Mathematics mereka sudah berlalu keluar dari kelas. Pelajar kelas 2 Siddiq seolah-olah meraikan ketidak hadiran Cikgu Nasihah yang mengajar mereka matapelajaran sains pada hari ini. Sebahagian besar dari pelajar kelas itu sudah pun menghilangkan diri. Namun Isya dan Syakirah masih setia menetap di kelas itu walaupun keadaan kelas yang hingar-bingar.

Syakirah tekun menyiapkan latihan Mathematics yang diberikan sebentar tadi. Disebabkan Isya telah menyiapkannya terlebih dahulu, jadi Syakirah hanya meminjam buku Isya sebelum disalin sahaja. Memang itulah yang dilakukan Syakirah selama ini. Namun tidak bermakna dia hanya menyalin sahaja. Selesai menyalin, Syakirah pasti akan bertanya kepada Isya jika terdapat mana-mana soalan yang mendatangkan keraguan padanya.

“ Nah. Ambik la balik buku kau. Aku dah tak nak.” Syakirah meletakkan kembali buku latihan Isya di atas meja. Isya memandang Syakirah yang sibuk mengemas alat-alat tulis yang berselerak di atas meja.

“ Memang la kau dah tak nak. Bulat-bulat kau salin dari buku aku.” Isya bersuara. Syakirah memandang Isya sambil tersengih. Segala alat tulisnya dimasukkan ke dalam laci meja. Syakirah mengalihkan tubuhnya menghadap Isya.

“ Kau perasan tak Isya?” Syakirah bersuara. Isya lantas mengalihkan wajahnya menghadap Syakirah. Buku teks sejarah masih dipegangnya walaupun perhatiannya kini lari disebabkan Syakirah.

“ Perasan apa?” Soalan dibalas dengan soalan. Isya langsung tidak dapat menangkap apa yang mahu dikatakan Syakirah padanya.

“ Fitri asyik tengok kau je. Kau tak perasan ke?” Syakirah bersuara perlahan. Disebabkan Fitri masih memandang ke arah mereka berdua, jadi Syakirah terpaksa mengawal kelantangan suaranya dari didengari Fitri.

Kata-kata Isya membuatkan Isya mengalihkan pandangannya ke arah Fitri. Tidak disangka mata mereka kini bertembung. Sepantas yang mungkin, Isya melarikan matanya dari terus memandang Fitri. Pipinya mula terasa panas. Tangannya juga mula berasa sejuk. Jantungnya berdegup kencang. Tidak dapat dinafikan, dia mula menyukai Fitri. Lelaki pertama yang berjaya mencuri hatinya.

Syakirah galak tersenyum apabila dia menyedari pertemuan mata antara Isya dan Fitri. Sesekali matanya turut memandang ke arah Fitri untuk melihat reaksi lelaki itu. Ternyata lelaki itu masih memandang Isya dari tadi walaupun Isya sudah pun menundukkan wajahnya.

“ Muka kau dah blushing Isya. Malu-malu pulak kau ni.” Syakirah mencuit pinggang Isya. Sengaja dia ingin menyakat Isya dalam situasi sebegini. Isya hanya tersenyum. Dia tidak mampu untuk berkata apa-apa. Tambahan pula dia sedar Fitri masih memandangnya.

Syakirah terkejut apabila bekas pensil Isya diambil Izzul. Izzul merupakan salah seorang rakan mereka. Setiap hari pasti Izzul akan mengacau mereka. Tambahan lagi apabila Aman dan Helmi turut berada bersamanya. Walaupun begitu, Isya dan Syakirah langsung tidak mengambil kisah dengan sikap Izzul dan Aman. Walaupun mereka suka mengganggu serta mengusik Isya dan Syakirah, namun mereka lah yang mendatangkan kegembiraan pada mereka berdua. Lawak jenaka tiga orang sahabat itu memang tidak mampu ditahan lagi.

“ Isya. Izzul ambik pencil box kau.” Syakirah bersuara apabila melihat Isya seperti masih belum menyedari situasi sekarang ini. Isya sedikit tersentak. Pandangannya dikalih ke arah mejanya. Memang bekas pensilnya sudah hilang. Seketika itu juga, kepalanya dikalih kepada Izzul dan Aman yang berada di belakang kelas.

“ Izzul! Pencil box aku la!” Isya meninggikan suaranya walaupun dia langsung tidak marah dengan kelakuan Izzul dan Aman. Cuma hatinya sedikit risau melihat bekas pensil yang berada di genggaman Izzul sekarang.

Isya pantas bangun dari kerusinya lalu melangkah ke arah mereka berdua yang masih tersengih ke arah Isya. Pandangan Fitri ke arahnya langsung tidak dipedulikan. Kini Isya sudah berdiri di hadapan mereka berdua. Manakala Syakirah dan Fitri hanya menjadi pemerhati.

“ Izzul, bak la balik pencil box aku. Main-main la kau ni.” Isya meminta dengan suara yang normal. Tidak kasar mahupun lembut. Isya menarik bekas pencilnya dari genggaman Izzul. Aman mendekatkan tangannya ke tangan Isya. Lagaknya seperti ingin memegang tangan Isya. Mahu tidak mahu, Isya terpaksa melepaskan tangannya dari bekas pencil miliknya sendiri. Dia tidak mahu tangannya disentuh lelaki yang bukan muhrim dengannya.

Izzul dan Aman ketawa. Memang itu lah taktik mereka jika Isya atau Syakirah mahu mengambil semula barang kepunyaan mereka. Isya mula berasa geram.
“ Kirah. Kau tengok la diorang ni.” Isya merengek. Kepalanya dipaling memandang Syakirah. Syakirah bangun dari kerusinya. Namun dia kembali duduk semula dikerusinya apabila Aman menggugut akan mengambil barang Syakirah pula jika Syakirah mahu menolong Isya.

“ Korang ni kan!” Isya semakin geram. Dia kembali melangkah dan duduk semula di tempatnya. Malas benar dia mahu melayan karenah mereka berdua. Isya memandang Syakirah.

“ Geram betul aku.” Isya merungut. Syakirah tergelak.

“ Relaks la. Kau bukannya tak tahu diorang tu. Last-last diorang bagi balik punya.” Syakirah cuba untuk menenangkan Isya walaupun dia tahu Isya bukan lah seorang yang pemarah atau panas baran.

“ Ala. Marah ke?” Teguran Izzul membuatkan Isya mengalihkan pandangannya ke arah Izzul. Izzul yang berdiri di tepi mejanya hanya dipandang sekilas.

“ Nah. Ambik la balik.” Izzul menghulurkan semula bekas pensil Isya. Namun belum sempat untuk Isya menarik dari tangan Izzul, bekas pencil ditarik semula. Izzul ketawa kecil. Seronok benar dia mengenakan Isya apatah lagi apabila Isya kelihatan seperti geram dengannya.

“ Aman!” Izzul memanggil Aman. Bekas pensil milik Isya dibaling kepada Aman. Pada masa yang sama, bekas pensil tersebut kini sudah berada di tangan Aman.

Isya bangun semula. Langkahannya mula dituju ke arah Aman yang masih berdiri di meja hadapan. Bekas pensilnya cuba ditarik dari pegangan Aman apabila Isya kini sudah berdiri di hadapannya. Namun Aman lebih bertindak pantas darinya apabila bekas pensil tersebut dibaling kepada Izzul pula. Sekali lagi bekas pensilnya bertukar tangan.

“ Korang ni jangan main-main boleh tak?” Isya bertambah geram. Syakirah dan Fitri hanya tersenyum melihat gelagat mereka bertiga. Namun pandangan Fitri hanya tertumpu kepada Isya. Sesekali Syakirah memandang Fitri. Dia yakin, Fitri menaruh hati kepada Isya. Hanya dia tidak yakin sama ada Isya juga begitu atau tidak.

“ Bila masa pulak kitorang main-main. Kau yang tak nak ambik.” Izzul menjawab.
“ Macam mana aku nak ambik kalau kau tak bagi!” Isya mengetap bibir tanda geram. Kakinya kini melangkah ke arah Izzul pula.

“ Nah la.” Izzul menghulurkan semula. Namun seperti tadi, Izzul menarik semula apabila tangan Isya mula ingin mencapai bekas pensilnya. Isya merengus geram.

“ Fitri!” Izzul melaung nama Fitri pula. Fitri yang masih memandang ke arah Isya kini menggerakkan anak matanya ke arah Izzul. Izzul membaling bekas pensil kepada Fitri. Kini bekas pensil milik Isya sudah berada di tangan Fitri.

Isya tergamam. Jantungnya mula berdegup kencang. Kakinya melangkah perlahan ke arah Fitri. Pipinya mula terasa panas. Kakinya kini sudah berdiri benar-benar di hadapan Fitri.

Fitri tersenyum. Isya juga turut tersenyum. Hatinya berdegup sekencang yang boleh. Perasaan malu mula menerpa hati. Wajah Fitri langsung tidak dipandang. Matanya hanya memandang pensil box di tangan Fitri. Fitri menghulurkan pensil box tersebut. Dengan perasaan yakin, Isya cuba mengambil barang tersebut dari tangan Fitri. Namun Fitri segera menarik semula apabila melihat Isya cuba mengambilnya.

Isya memandang Fitri. Fitri juga turut mempermainkannya. Pandangan mereka bertembung. Sepantas itu juga, Isya melarikan anak matanya dari terus memandang Fitri. Hatinya benar-benar berdegup kencang. Perasaannya mula tidak keruan.

“ Fitri! Baling kat aku!” Aman melaung. Namun Fitri tidak mengendahkan laungan Aman. Matanya tidak lepas dari menatap wajah kemerahan Isya. Fitri menghulurkan pada Isya. Isya cuba mencapai. Namun sekali lagi Fitri mempermainkannya. Fitri tersenyum. Isya mengetap bibir tanda geram.

“ Main-main pulak!” Isya bersuara tanpa memandang wajah Fitri. Dia tidak mampu untuk memandang lelaki itu. Tangannya mula sejuk. Dari tadi hatinya berdegup kencang. Pipinya sudah mula kemerahan menahan malu. Namun bibirnya tidak pernah lekang dari mengukir senyum.

Fitri menghulurkan sekali lagi kepada Isya. Sepantas itu juga, barangnya di tarik dari tangan Fitri. Fitri turut melepaskannya. Tanpa berlengah, Isya melangkah ke mejanya semula. Kerusinya ditarik lalu dilabuhkan punggungnya disebelah Syakirah.

“ La. Kau bagi kat dia tu kenapa?” Izzul merungut. Namun rungutan Izzul langsung tidak diendahkan Fitri. Fitri masih seperti tadi. Wajah Isya terus menjadi perhatiannya. Bibirnya juga tidak pernah lekang dengan senyuman.

Isya menundukkan wajahnya. Betapa malunya dia sekarang memang tidak dapat digambarkan lagi. Syakirah hanya tersenyum melihat gelagat Isya. Kini dia yakin Isya juga turut menyukai Fitri. Isya menekupkan wajahnya. Ketenangan diri cuba diraih. Dia tidak mahu berterusan begini. Apatah lagi Fitri sekelas dengannya. Syakirah tergelak kecil dengan kelakuan Isya. Isya memandang Syakirah.

“ Kenapa kau gelak?” Pipi Isya yang merah masih juga tidak hilang. Malah degupan jantungnya juga masih seperti tadi. Hanya tangannya sahaja yang sudah mula terasa panas kembali.

“ Sebab perangai kau yang buat aku nak tergelak.” Syakirah ketawa kecil lagi. Isya memandang Syakirah dengan pandangan simpati. Seketika kemudian wajahnya ditekup semula.

“ Aku malu.” Isya bersuara dalam keadaan wajahnya masih ditekup. Syakirah ketawa lagi. Tangan Isya ditarik dari terus menekup wajahnya. Wajahnya didekatkan ke wajah Isya.

“ Patut la kau dah merah padam.” Syakirah tersenyum. Fitri hanya menjadi pemerhati. Namun perbualan mereka langsung tidak didengarinya. Dia tahu Isya berasa malu dengannya. Apatah lagi dengan kelakuan Isya sebentar tadi lebih menyakinkannya. Fitri tersenyum.


*****


Deringan telefon mengejutkan Isya. Peristiwa petang tadi berkecai dari awan lamunannya. Isya menggesotkan tubuhnya di meja telefon yang berada di hujung sofa. Tubuhnya dibaringkan sebelum gagang telefon diangkat.

“ Hello. Assalamualaikum.” Isya bersuara.

“ Waalaikummussalam. Aku ni.” suara di sebalik gagang membuatkan Isya tersenyum.

“ Hmm. Dah tahu dah.” Isya membalas.

“ Kau tengah buat apa Isya?”

“ Aku tak buat apa-apa pun.”

“ Nak tanya something boleh?” Syakirah menyoal lagi.

“ Tanya je la. Main minta izin pulak.”

“ Terus-terang dengan aku. Kau suka Fitri ke tidak?”

“ Oh. Sebab ni la kau call aku ye.”

“ Tak jugak sebenarnya. Aku nak tanya benda lain lagi. Tapi tujuan utama aku nak tanya pasal tu la.”

“ Aku tak nak bagi tahu kau.”

“ Tak pe kau, Isya. Dah pandai berahsia dengan aku. Sampai hati kau.” Syakirah berpura-pura merajuk.

“ Aishh! Ni yang aku lemah ni. Kau rasa aku suka kat dia ke tak?”

“ Kalau kau tanya aku, of course la aku kata kau suka dia.”

“ No komen.”

“ Isya! Bagi tahu la aku. Terus-terang dengan aku.”

“ Aku… Aku memang dah suka dia.”

“ Jadi betul la tekaan aku. Sejak bila kau mula suka dia?”

“ Aku pun tak tahu Kirah. Tiba-tiba hati aku rasa lain bila aku tengok dia. Bila dia tak datang sekolah, aku rasa sedih. Tapi bila dia selalu tengok aku, aku rasa happy walaupun aku rimas.”

“ Kau betul-betul dah jatuh cinta Isya. Dah jatuh cinta dengan dia.” Isya hanya tersenyum mendengar kata-kata Syakirah. Hatinya seolah-olah berasa tenang apabila segalanya diluahkan pada sahabat baiknya itu.

“ Tapi Kirah. Aku tak tahu dia sukakan aku atau tak. Aku tak tahu perangai dia macam mana. Baru berapa bulan je aku kenal dia.” Isya mengeluh. Tiba-tiba hatinya mula berasa susah.

“ Aku faham. Buat sementara ni kau buat macam biasa dulu. Aku tahu kau tak yakin dia sukakan kau atau tak. Aku sendiri pun tak yakin.” Syakirah cuba ingin menasihati Isya. Jauh di sudut hatinya, dia kurang bersetuju dengan pilihan Isya. Bukan kerana dia cemburu tetapi hatinya kuat mengatakan bahawa Fitri bukan calon yang sesuai untuk Isya.

“ Aku cuma mampu berdoa untuk kau. Selebihnya terpulang pada kau sendiri.” Syakirah bersuara lagi.

“ Terima kasih Kirah. Terima kasih sebab sudi dengar luahan hati aku.”

“ Kita kawan baik Isya. Tak perlu la nak berterima kasih.” Syakirah dan Isya masing-masing tersenyum. Isya, jika diikutkan hati mahu ku haling perasaan kau pada Fitri. Tapi mungkin juga aku yang terlalu banyak berfikir. Mungkin kau mampu bahagia bersama Fitri.

0 ulasan: