3+1=

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

cinta sunbae

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Rabu, 30 Disember 2009

3+1=31

Faiqa melangkah keluar dari kereta. Rumah Max yang agak luas itu hanya dipandang tanpa sebarang minat. Apa yang ada di fikirannya sekarang hanya telefon bimbitnya saja. Dia melangkah masuk ke perkarangan rumah Max walaupun kakinya masih terseliuh dan pada masa yang sama juga dia terpaksa menahan kesakitan setiap kali berjalan. Pintu rumah Max diketuk. Hampir 30 saat dia menunggu, barulah pintu rumah Max dibuka. MAx tersenyum tetapi sebaliknya pada Faiqa. Wajahnya jelas kelihatan serius. Max melangkah keluar dari rumahnya sebelum pintu ditutup rapat.

“ So, macam mana?” Max masih lagi tersenyum.

“ Macam mana apa?” Faiqa masih lagi berwajah serius. Tiada langsung ukiran senyuman di bibirnya. Sebaliknya wajah lelaki yang berkulit putih dan agak tinggi itu dipandang tajam.

“ Awak dah bersedia nak dengar syarat yang bakal dikemukakan saya? Ataupun awak masih takut dan cemas kalau-kalau telefon awak ni jadi makanan laut?” Max menayangkan telefon bimbit di tangannya dihadapan Faiqa dengan senyuman yang masih tidak lekang dari bibir.

Pandangan Faiqa tertacap pada telefon bimbitnya. Seketika kemudian pandangannya beralih pada lelaki di hadapannya. Bibirnya diketap geram. Hatinya semakin membara.

“ Haishh!! Awak jangan buang masa saya. Bagi tahu saja apa yang awak nak!”

“ Well, senang saja tugas awak. Awak cuma perlu menyamar jadi teman wanita saya dalam masa 2 minggu. Dan selepas tempoh masa tu tamat, awak bebas.” Keningnya diangkat dan bibirnya sentiasa mengukir senyuman jahat. Sepantas yang diucapkan Max, sepantas itu mata Faiqa terbeliak.

“ What!! Menyamar jadi teman wanita awak?? Kenapa saya?? Lagipun ramai lagi perempuan lain di luar sana!”

“ Sebab saya dah beritahu Havin yang awak adalah teman wanita saya. Lagipun dia takkan mudah percaya cakap saya. Jadi saya perlukan awak untuk buat dia percaya yang awak ni teman wanita saya. Jelas?” Faiqa tergelak sinis.

“ Awak ni dah gila atau berpura-pura gila? Awak minta saya menyamar sebagai teman wanita awak?? Hah! Pandai juga awak buat lawak kan? Tapi lawak awak tu langsung tak lucu.” Max tersenyum.

“ Awak rasa saya buat lawak ke? Kalau awak rasa macam tu, awak salah. Sebab saya langsung tak pandai buat lawak. Dan saya paling benci orang buat lawak. Apatah lagi bila lawak dia tak menjadi.” Faiqa menarik nafas dalam-dalam lalu nafasnya dihembus kasar. Wajah Max dipandang tajam. Pandangan Faiqa dibalas dengan pandangan yang penuh yakin.

“ Awak sengaja nak permainkan saya kan?? Kenapa saya juga yang awak nak libatkan dalam urusan peribadi awak yang…benar-benar menjengkelkan tu!!” Perkataan ‘ jengkel ‘ sengaja ditekan keras dari dalam suaranya. Namun seperti tadi, Max hanya tersenyum.

“ Sebabnya saya dah cakap tadi. Awak dah pekak atau berpura-pura tak dengar? Awak nak saya ulang ke?” Kata-kata Max membuatkan hatinya semakin panas. Malah jika diikutkan hati mahu saja lelaki di hadapannya kini dilempar jauh-jauh ke dalam laut.

“ Alasan awak tak kukuh. Awak boleh berpisah dengan dia kalau awak terus saja bagi tahu yang awak dah tak serasi dengan dia. Dan pada masa yang sama, awak tak perlu libatkan saya.” Faiqa cuba ingin memboloskan diri.

“ Saya rasa awak ni tak faham bahasa la. Awak ingat dia senang-senang nak lepaskan saya macam tu. Lagipun saya dah terlanjur bagi tahu dia yang awak ni teman wanita saya. Sekarang ni awak dah faham ke belum?” Faiqa terdiam sebentar.

“ Tak. Saya tak setuju! Saya tak nak libatkan diri saya dalam permainan awak!” Faiqa memalingkan wajahnya ke arah lain.

“ Well, terpulang pada awak. Tapi sebelum tu saya rasa lebih sopan kalau awak ucap selamat tinggal terlebih dahulu pada telefon bimbit kesayangan awak ni. Ah, bukan. Pada gambar dalam telefon awak ni. Nampaknya lepas ni awak dah tak berpeluang menatap gambar tu lagi kan? Kesiannya awak.” Kepalanya digeleng dengan riak muka yang sengaja menunjukkan simpati. Riak wajah Faiqa jelas kelihatan terkejut.

Telefon bimbit milik Faiqa diangkat tinggi. Tangan kanannya yang masih memegang telefon dengan erat digerakkan ke hadapan. Dengan hayunan tangan yang agak laju, Max berpura-pura ingin melempar jauh telefon milik Faiqa dari perkarangan rumahnya.

“ Tunggu!!!” Faiqa menjerit. Wajahnya mula berubah cemas. Pandangannya hanya tertacap pada telefon bimbit yang berada di tangan Max. Max tersenyum lebar. Umpannya mengena.

“ Baik! Saya setuju dengan syarat awak. Tapi seperti yang awak cakap. Hanya 2 minggu. Dan kalau dalam masa 2 minggu tu dia tetap tak percaya, tu bukan tanggungjawab saya lagi. Saya dah bebas lepas 2 minggu.”

“ Of course. Kata-kata saya pasti akan ditepati. Cuma saya tak percayakan awak. Kalau-kalau awak langgar perjanjian ni. Biasa la. Orang perempuan kan penuh dengan tipu helah. Hanya luaran saja yang nampak suci.”

“ Awak tak perlu risau. Sebab saya bukannya manusia yang suka permainkan orang. Dan satu lagi. Saya rasa tanggapan awak dah salah. Perempuan takkan bertindak di luar jangkaan jika tak ada sesuatu yang mengancam diri mereka sendiri. Lain dengan lelaki kan? Cuma pandai mempermainkan orang dan hanya tahu ambil keuntungan saja.” Tajam Faiqa menutur kata-kata.

“ Saya dah setuju dengan syarat awak. Jadi, saya nak awak tahu yang awak dah tak ada hak nak pegang telefon saya. Kembalikan telefon saya!” Faiqa menghulurkan tangan pada Max. Max mengangkat kening sambil tersenyum. Telefon di tangannya dihulurkan pada Faiqa. Sepantas itu telefon tersebut diragut kasar dari tangannya. Wajah Max dipandang tajam sebelum dia melangkah laju meninggalkan lelaki di hadapannya.

Max terkesima seketika. Langkahan Faiqa diperhati. Dan pada masa yang sama, kaki Faiqa turut dipandang. Hanya satu yang bermain di fikirannya sekarang. ‘ Kenapa dengan kaki dia? Takkan hanya disebabkan telefon tu yang membuatkan kaki dia…’

“ Tunggu kejap!!” Max melangkah laju menghampiri Faiqa. Langkahan Faiqa dihalang. Serta-merta langkahan kaki Faiqa terhenti.

“ Saya rasa kaki awak macam dah terseliuh. Awak ikut saya dapatkan ubat.” max melangkah membelakangi Faiqa. Sangkaannya Faiqa akan mengikuti langkahnya. Namun jangkaannya sama sekali meleset.

“ Dia tak ada kat sini. Jadi, kita tak perlu nak berlakon. Saya nak awak tahu. Biarpun awak seorang saja manusia yang hidup di dunia ni, saya tetap takkan minta pertolongan awak.” Langkahan kaki Max tiba-tiba terhenti. Pemergian Faiqa dari rumahnya dipandang sehinggalah bayangan Faiqa hilang dari pandangan.

*****

Naila membuka mata perlahan-lahan. Kepalanya dipegang. Terasa seperti sesuatu yang berat seolah-olah berada di atas kepalanya sekarang. Malah, pandangannya kini berpinar-pinar. Seluruh tubuhnya terasa lemah. Namun dengan tenaga yang masih ada, dia sedaya upaya melangkah bangun dari katil. Jam di dinding biliknya dipandang. Namun pandangannya kabur. Kedua-dua matanya digosok perlahan. Kini barulah pandangannya berubah seperti sedia kala. Masih awal lagi. Baru menunjukkan pukul 9.30 pagi.

Baru saja kakinya memijak lantai, serta-merta dia rebah. Kepalanya dipegang. Hampir 1 minit dia terpaksa merehatkan diri di lantai. Tangannya memegang erat sudut katil bagi menyokong tubuhnya serta mengelakkan dari dia rebah buat kali kedua. Setelah dikerah tenaga yang ada, akhirnya dia mampu untuk berdiri walaupun kini keadaan sekelilingnya seolah-olah berpusing dengan sendiri.

Tuala dan segala peralatan mandinya dicapai. Dengan kudrat yang ada, dia melangkah ke kamar mandi. Wajahnya yang jelas terpampang di cermin diperhati. Pucat. Tapi hanya satu saja kemungkinan yang berada di fikirannya. Mungkin kerana dia bangun secara tiba-tiba tadi. Wajanya di cermin masih dipandang.

“ Naila, adakah kau dah berputus asa? Kau dah tak mampu kuatkan semangat kau sendiri ke?” Naila menyoal dirinya sendiri. Nafasnya ditarik kemudian dihembus perlahan-lahan.

*****

Faiqa melabuhkan punggung di birai katil. Jam yang tertera di telefon bimbitnya dipandang sekilas. Baru menunjukkan pukul 9.48 minit pagi. Masih awal baginya. Malah dia sendiri tidak tahu apa yang patut dibuatnya. Sepanjang berada di rumah dia hanya menonton TV dan termenung saja. Punat-punat telefon ditekan. Gambar seorang lelaki di skrin telefon dipandang lama. Pada masa yang sama juga, perjanjiannya dengan Max bermain di layar fikiran. Disebabkan gambar inilah dia terpaksa melibatkan dirinya sendiri dalam permainan Max. Faiqa mengeluh.

“ Sekali lagi disebabkan kau, Faruq. Hanya disebabkan gambar kau, aku setuju dengan perjanjian tu. Faiqa, kenapa kau bodoh sangat? Semata-mata hanya disebabkan satu-satunya gambar dia.” Faiqa bercakap sendiri. Peti masuk mesej dibuka. Semuanya tidak menarik perhatiannya. Tetapi satu mesej yang diterimanya membuatkan dia terpana seketika.

“ Nabil?” Mesej yang diterima segera dibuka, Walaupun dia tahu mesej itu pernah dibuka sebelum ini. Dan pasti yang membukanya adalah lelaki yang paling dimusuhinya.

‘ Shazia sakit. Kau pasti ke dengan apa yang kau dah putuskan, Fai? Sampai bila kau nak larikan perasaan kau dari dia? Aku tak mampu nak ubah keputusan kau. Terpulang pada kau. [ Nabil ] ‘

“ Shaz sakit?” Serta-merta dia terpana. Tiada sepatah kata yang keluar dari bibirnya. Dia sudah tidak mampu berkata-kata. Hanya air matanya saja yang mengalir keluar. Wajahnya ditekup dengan kedua-dua belah tangan.

“ Maafkan aku, Shaz. Aku belum bersedia nak kembali lagi.” Faiqa bersuara dalam keadaan air mata yang semakin mengalir laju. Tangannya dipisahkan dari terus menekup mukanya sendiri. Air matanya serta-merta dikesat. Nafasnya ditarik dan dihembuskan perlahan-lahan. Ketenangan cuba diraih.

“ Tak Faiqa. Kau tak boleh lemah. Kau tak boleh menangis walau apa pun yang terjadi. Papa cuma harapkan kau seorang. Kau mesti kuat, Faiqa. Kau mesti kuat!!” Faiqa cuba untuk mendorong dirinya sendiri.

“ Maafkan aku, Naila. Sekarang bukan waktu yang sesuai untuk aku kembali. Aku pasti akan kembali. Tapi masanya, aku sendiri tak pasti. Maafkan aku, semua.”

*****

Naila melangkah keluar dari bilik. Walaupun dia sudah pun selesai bersiap, namun keadaannya masih seperti tadi. Sebaliknya kepalanya terasa semakin berat. Seluruh keadaan di sekelilingnya kelihatan berpinar-pinar. Tetapi dia tidak mahu kesakitan yang dialaminya sekarang memadamkan segala kekuatan yang dia miliki.

Tombol pintu dipulas perlahan. Baru saja kakinya melangkah setapak keluar bilik, tubuhnya rebah perlahan disebabkan keadaan disekelilingnya seperti berpusing-pusing. Tetapi, nasibnya baik. Tubuhnya seperti disambar seseorang. Namun wajah lelaki di hadapannya kelihatan kabur. Matanya dipejam dan dicelik berulang-ulang kali.

“ Naila. Kenapa ni?” Wajah Khai jelas kelihatan risau. Naila menghela nafas. Tubuhnya sedaya upaya dikuatkan supaya berdiri semula.

“ Abang Khai.” Bibirnya mengukir senyum. Bukan senyuman yang lahir dari hati. Tetapi senyuman yang hanya untuk menenangkan hati. Wajah Naila dipandang lama.

“ Naila. Abang Khai tengok Naila macam tak sihat je ni. Muka Naila pun nampak pucat. Naila demam ke ni?” Tangan kanannya segera ditekapkan ke dahi Naila. Dalam masa 1 saat saja, wajahnya jelas terpamer riak cemas.

“ Ya Allah, Naila! Naila demam ni!” Naila tersenyum pucat. Tetapi sebaliknya pada Khai. Wajahnya benar-benar kelihatan cemas berbanding Naila sendiri.

“ Abang Khai. Naila tak apa-apa. Lagipun Naila nak melawat sekarang ni.” Naila bersuara dengan suara yang jelas kedengaran kemah dan seperti tercungap-cungap.

“ Naila nak keluar dalam keadaan macam ni? Tak. Abang Khai tak benarkan! Selagi Naila tak sihat sepenuhnya, Naila jangan keluar rumah.” Serius Khai memberi arahan. Tugasnya bukan saja berkhidmat untuk Tuan Syazman. Tetapi juga pada Naila. Kesihatan Naila lebih penting dari segalanya.

“ Abang Khai. Betul. Naila ok je ni. Abang Khai jangan la risau sangat. Lagipun kejap lagi panas Naila mesti surut. Ok?” Selesai saja Naila berbicara, dia mula terbatuk-batuk.

“ Mesti surut? Naila tak boleh pastikan hal macam ni. Tak. Abang Khai tetap dengan keputusan Abang Khai. Naila pergi masuk bilik. Kejap lagi Abang Khai call Dr. Razif.”

“ Abang Khai. Naila selalu dengar kata-kata Abang Khai. Sampaikan Naila terpaksa lepaskan benda yang Naila paling suka. Takkan sekarang ni Naila nak keluar mana-mana pun Abang Khai nak larang?”

“ Naila. Setiap perkara yang Abang Khai larang Naila buat, semua tu untuk kebaikan Naila. Lagipun Naila tengok la diri Naila sekarang. Abang Khai tahu, Naila sendiri sedar yang Naila tak sihat sekarang. Tapi kenapa Naila nak paksa diri?” Lembut Khai menutur kata. Naila terdiam. Wajahnya jelas kelihatan hampa. Khai mengeluh.

“ Baiklah. Kalau Naila tetap nak melawat Shaz juga, Abang Khai benarkan. Tapi dengan satu syarat.” Wajah Khai antas dipandang.

“ Abang Khai akan call Nabil. Dan Naila pergi dengan dia.”

“ Tapi Abang Khai……”

“ Tak ada tapi-tapi lagi. Sama ada Naila nak pergi dengan dia atau Naila jangan keluar rumah hari ni. Naila buat keputusan. Abang Khai tak boleh biar Naila pergi seorang diri. Lagi pula dengan keadaan Naila macam ni.” Kata-kata Naila pantas dipotong. Dia tahu pasti Naila mahu membantah cadangannya. Naila mengeluh.

“ Ikut cadangan Abang Khai la.” Khai tersenyum. Kocek seluarnya diseluk seraya sebuah telefon bimbit dikeluarkan. Jari-jemarinya pantas menekan punat telefon. Hampir beberapa saat dia menunggu, panggilannya diangkat.

“ Hello Nabil!”

“ Abang Khai? Ada apa tiba-tiba call ni?” Nabil sedikit kehairanan. Kakinya melangkah keluar dari ruang bilik.

“ Kamu ada masa tak sekarang ni?”

“ Saya nak pergi melawat Shaz sekarang ni. Kenapa? Abang Khai nak jumpa saya ke?” Nabil pula menyoal.

“ Bagus la kalau macam tu. Abang Khai nak minta tolong kamu datang ambil Naila sekali.” Khai melangkah meninggalkan Naila sendiri. Dia hanya tidak mahu Naila berasa berat hati untuk pergi bersama Nabil. Apatah lagi jika Naila mendengar perbualan antara mereka berdua.

“ Boleh tu memang boleh. Tapi kenapa tiba-tiba nak minta tolong saya? Bukankah Naila selalu pergi sendiri?”

“ Sebenarnya Naila tak berapa sihat sekarang. Tapi dia tetap berkeras nak melawat Shaz sendiri. Jadi Abang Khai rasa lebih selamat kalau dia ada dengan kamu. Tak ada lah Abang Khai risau sangat.”

“ Ok. Tak apa. Kejap lagi saya sampai.” Talian telefon segera dimatikan. Khai segera melangkah menghampiri Naila.

“ Naila boleh pergi sendiri la Abang Khai. Tak perlu la nak susahkan dia.” Naila kurang berpuas hati.

“ Abang Khai cuma risaukan Naila je. Walaupun Naila tak risaukan diri sendiri, Naila patut fikirkkan orang yang risaukan Naila. Kenapa Naila tak fikirkan diri sendiri? Tapi lebih fikirkan orang lain? Naila patut tahu yang kadang-kadang kita perlu pentingkan diri.” Selesai Khai berbicara, dia melangkah meninggalkan Naila. Naila hanya tertunduk. Mengapa kadang-kadang kita perlu pentingkan diri? Melihat kebahagiaan kita sendiri atau melihat kebahagiaan orang lain yang lebih menggembirakan?

0 ulasan: