3+1=

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

cinta sunbae

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Sabtu, 17 Oktober 2009

3+1=16

“cikgu tak boleh berkasar macam ni cikgu.” Nazim bersuara. Tangan Cikgu Yahya diturunkan. Naila hanya memandang Nazim tanpa sepatah kata. Air mata mungkin akan turun bila-bila masa tetapi dia cuba bertahan.

“kamu pelajar baru? Saya tak pernah tengok muka kamu kat sini.” Cikgu Yahya memandang wajah Nazim. Riak wajahnya sudah tidak setegang tadi.

“ya. Saya pelajar baru. Baru hari ni saya akan mendaftar diri.” Nazim menerangkan serba sedikit. Sesekali matanya mencuri pandang ke arah Naila yang masih membisu. Cikgu Yahya mengangguk.

“kamu pergi masuk kelas. Jangan kamu berani nak datang lewat lagi!” Cikgu Yahya memandang tajam wajah Naila. Naila melangkah meninggalkan mereka berdua. Beg warna hitam disandang di bahu kanannya.

Naila melangkah masuk ke kelas. Beg galas miliknya terus diletak di atas kerusi sebelah Faiqa. Punggungnya dilabuhkan di situ. Nabil, Shah dan Faruq turut ada di hadapannya. Berkumpul di tempatnya.

“Naila, Cikgu Haryati tak datang hari. Seronoknya aku.” Faiqa tersengih. Memang itu lah yang dinantikannya. Apatah lagi guru yang paling garang pula yang tak datang. Sudah tentu mereka berpesta dalam kelas. Tambahan pula sekarang ini waktu Puan Haryati mengajar mereka.

Naila hanya berdiam diri. Suasana yang hingar dalam kelas membuatkan dia semakin tertekan. Lima pasang mata memandang wajah Naila. Mereka tahu pasti ada yang tidak kena jika Naila berkeadaan sebegitu. Tambahan pula riak wajah Naila yang hampir menangis.

“kenapa?” Faiqa mengerakkan bibirnya tanpa mengeluarkan suara. Sementara Naila hanya menundukkan wajah.

“mana la aku tau.” Nabil turut beraksi seperti Faiqa. Bahunya diangkat tanda tidak tahu.

Faruq yang duduk di belakang Naila hanya melihat telatah mereka. Dia langsung tidak mencelah. Tapi tiba-tiba dia dapat menangkap perbualan perempuan di belakangnya.

“wei,kau tahu tak. Tadi Naila hampir-hampir je nak kena tampar dengan Cikgu Yahya. Tapi nasib baik ada orang tolong bela dia.” kedengaran suara seorang perempuan berbisik. Namun perbualan mereka tidak di dengari Naila. Faruq memandang Naila. Mungkin ini sebabnya kenapa Naila bersikap demikian.

Naila bangun dari tempat duduknya. Kakinya melangkah untuk meninggalkan kelas. Air mata yang hampir keluar membuatkan dia terpaksa meninggalkan kelas itu untuk seketika. Faruq ikut sama bangun. Empat pasang mata hanya memandang mereka berdua.

Belum sempat Naila mahu melangkah kaki keluar dari kelas, tangannya ditarik Faruq. Naila tidak mengalihkan tubuhnya berhadapan dengan Faruq. Tubuhnya dibiarkan saja membelakangi Faruq.

“tolong lepaskan tangan aku Far. Aku tak ada mood nak main-main dengan kau.” Naila bersuara perlahan. Perasaan sebak cuba di tahan sebaik mungkin. Walaupun dia tahu jika Faruq masih meneruskan perbuatannya, pasti dia akan air matanya tidak akan mampu bertahan lagi.

“kenapa setiap kali kau ada masalah, kau suka elakkan dari kitorang?” Faruq masih tidak mahu mengikut kehendak Naila. Dia tidak mahu kali ini Naila menanggung sendiri. Sejak dulu lagi dia sudah tahu sikap biadap Cikgu Yahya pada Naila.

“bila masa aku ada masalah? Dan bila masa pulak aku elakkan dari korang?” Naila membalas. Posisi tubuhnya masih sama seperti tadi. Dia langsung tidak mahu memandang wajah Faruq.
“sekarang! Macam sekarang. Naila…”

“tak ada kena mengena dengan kau Far! Kau tak payah ambik tahu urusan aku.” belum sempat Faruq meneruskan kata-katanya, Naila terlebih dahulu mendahului Faruq.

Air mata Naila mula menitis setitik demi setitik. Namun wajahnya cuba disembunyikan. Hampir satu kelas menonton pertengkaran antara antara mereka berdua. Namun tiada siapa yang mahu masuk campur termasuk mereka berempat.

Faruq menarik bahu Naila supaya menghadapnya. Naila masih juga menundukkan wajahnya walaupun dia tahu Faruq pasti tahu dia sedang menangis sekarang.

“kau kawan aku. Masalah kau masalah aku juga.” Faruq cuba memujuk walaupun dia bukan lah pakar memujuk perempuan.

“aku tahu apa masalah kau Naila.” Faruq bersuara lagi. Air jernih yang merembes keluar dari mata Naila disapu. Kemudian tubuh Naila ditarik dalam pelukannya. Naila hanya membiarkan tanpa mahu membalas.

Walaupun semua mata memandang, Faruq langsung tidak kisah kerana semua pelajar juga tahu persahabatan antara dia dan Naila.”

“aku tak tahu apa salah aku dengan dia. Aku tak tahu Far.” Naila bersuara dalam tangisan. Hilang rasa malu untuk luahkan segalanya pada Faruq.

“kau tak salah apa-apa pun dengan dia Naila. Kau endahkan saja apa yang dia cakap. Dia cuba nak buat kau sakit hati.” Faruq bersuara pula. Nabil bangun dari kerusi. Tujuannya adalah untuk bertanya lanjut pada Naila. Tapi tindakan Nabil dihalang Shah.

“biarkan diorang macam tu. Far mesti boleh tenangkan dia.” Shah cuba menyakinkan Nabil. Mahu tidak mahu Nabil terpaksa juga duduk kembali di kerusinya.

“betul ke ibu aku meninggal awal sebab aku? Aku ni menyusahkan ke?” Naila mula diruntun pilu. Tangisannya masih teresak-esak seperti tadi.

Faruq meleraikan pelukannya. Wajah Naila dipandang serius.

“Cikgu Yahya cakap kat kau macam tu?” Faruq bersuara tegas. Naila sekadar mengangguk.
“kurang ajar betul! Dia tak ada hak nak cakap macam tu!” kali ini Faruq pula tidak puas hati dengan sikap Cikgu Yahya. Faruq ingin melangkah meninggalkan kelas tetapi tangannya sempat ditarik Naila.

“kau nak pergi mana Far?” wajah Naila mula menunjukkan kebimbangan. Dia tidak mahu Faruq ikut sama terlibat dalam masalahnya.

“aku nak pergi jumpa Cikgu Yahya. Aku tak puas hati dengan apa yang dia dah cakap dengan kau.”

“jangan Far. Kau jangan masuk campur masalah aku. Aku tak nak besar-besarkan masalah ni.” Naila cuba menegah walaupun dia tahu bukan mudah untuk mematikan niat Faruq.

“aku tak boleh berdiam diri macam tu saja Nai! Takkan aku nak biar dia terus hina kau?” Faruq masih bertegas. Naila memandang ke arah Nabil.

“kau tolong aku Nabil. Shah, aku dah tak tahu nak padamkan niat dia macam mana lagi.” tangisan Naila kembali reda. Nabil dan Shah bangun dari kerusi mereka.

“aku tau kau nak tolong Naila. Tapi jangan ambik keputusan terburu-buru. Sekarang ni kau pergi duduk kat tempat kau. Jangan fikir masalah ni dulu.” Nabil tepuk bahu Faruq. Dia cuba untuk menenangkan amarah Faruq ketika ini.

Nabil,Shah dan Faruq kembali ke tempat duduk mereka semula. Faruq cuba sedaya upaya untuk tenangkan diri mereka sendiri. Naila pula masih tercegat di belakang. Dia melangkah meninggalkan kelas.

“Naila!” Nabil berlari mengejar Naila. Tangan Naila ditarik. Wajah Naila dipandang serius.

“kau nak pergi mana pulak ni?” Nabil bersuara serius. Dia takut jika Naila bertindak bodoh disebabkan perkara remeh seperti ini.

Naila menolak lembut tangan Nabil dari tangannya. Perkara yang membuatkan dia marah pada Nabil pagi tadi langsung tidak diingatinya.

“aku bukan budak-budak Bil! Aku tahu apa yang aku patut buat!” Naila membelakangi Nabil. Kakinya melangkah meninggalkan Nabil.

“Naila!” Naila tidak mengendahkan panggilan Nabil. Dia tidak mahu sesiapa pun masuk campur masalah yang dialaminya sekarang. Dia tahu pasti ada sesuatu yang membuatkan Cikgu Yahya membencinya. Namun dia masih belum mengetahui apakah sebab Cikgu Yahya berbuat demikian.

Nabil mengekori Naila tanpa Naila sedari. Naila melabuhkan punggung di kerusi batu berhadapan padang. Nabil hanya dari belakang. Dia tahu pasti Naila mahu bersendirian sekarang. Pasti apa yang diluahkan Cikgu Yahya tadi benar-benar menyakitkan hatinya. Sebelum ini Cikgu Yahya juga pernah memarahi Naila tapi tidak pula Naila bersikap sebegini.

Naila menarik nafas dalam-dalam. Hatinya cuba ditenangkan. Dia tidak mahu emosi mengawal dirinya. Apa yang ada dalam fikirannya sekarang dia mahu mengetahui salahnya pada Cikgu Yahya. Pasti dia akan tahu juga. Naila bangun dari kerusi batu. Dia ingin kembali ke kelas semula. Dia juga tidak mahu disebabkan kata-kata Cikgu Yahya dia tidak dapat fokus untuk belajar nanti.

Nabil menyembunyikan diri di sebalik tembok apabila melihat Naila sudah mahu beredar. Dia membiarkan Naila berjalan dahulu sebelum dia mengikut dari belakang.

Naila melangkah masuk ke dalam kelas. Punggungnya di labuhkan di atas kerusi sebelah Faiqa. Semua mata memandang Naila. Bukan kawan baiknya saja malah satu kelas memandang Naila.

“aku ok. Tak payah la nak pandang aku sampai macam tu.” Naila bersuara. Wajahnya masih tidak mengukir senyuman. Dia tidak mahu berpura-pura memandangkan emosinya tidak stabil sekarang.

“kau pun tak payah la nak tipu kitorang. Kitaorang tahu la kau tak ok sekarang!” Shazia berterus-terang. Naila memandang Shazia.

Nabil melangkah masuk ke kelas. Dia mengambil tempat di sebelah Faruq. Faruq menyiku tangan Nabil.

“kau pergi mana tadi?” Faruq bersuara separuh berbisik. Nabil sekadar menggeleng. mood nya terus hilang melihat keadaan Naila sekarang.

“memang aku tak ok pun. Dah tu yang kau nak tanya apa lagi?” Naila meninggikan suara sedikit pada Shazia. Shazia terdiam sebentar. Kalau diikutkan hati memang dia mahu berdebat dengan Naila tapi dia tahu sekarang ini bukan masa yang sesuai. Apatah lagi Naila dalam kesedihan sekarang.

Naila menggengam erat tangan Shazia yang duduk bertentangan dengannya.
“aku minta maaf Shaz. Aku tak ada niat pun nak marah kau. Aku…” kata-kata Naila terhenti di situ. Wajahnya ditundukkan.

“aku tahu Naila. Kau tak perlu rasa bersalah. Bukan salah kau. Sekarang ni lupakan semuanya dulu ok.” Shazia cuba mengukir senyum. Naila mengangguk.

“semua duduk tempat masing-masing! Yang duduk berkumpul kat sini buat apa? Bersembang?” Cikgu Yahya menengking. Dia tegak berdiri di hadapan pintu memandang pelajar kelas tersebut. Kata-katanya lebih ditumpukan pada kawan baik Naila. Semua pelajar bangun dan duduk di tempat masing-masing.

Cikgu Yahya melangkah masuk ke kelas. Dia berdiri di hadapan kelas sambil memandang seorang demi seorang. Naila hanya memandang wajah Cikgu Yahya di hadapan.

“hari ni ada pelajar baru yang akan masuk kelas ni. Jadi kamu beri tunjuk ajar pada dia jika dia perlukan apa-apa.” Cikgu Yahya bersuara.

“Nazim, kamu boleh masuk.” Cikgu Yahya mengalihkan pandangan di muka pintu.

Nazim melangkah masuk ke kelas. Semua mata memandang ke arah Nazim. Termasuk Naila. Tetapi Naila tidak mempamerkan sebarang reaksi. Terkejut tidak apatah lagi gembira. Nazim berdiri di sebelah Cikgu Yahya.

Cikgu Yahya cuba untuk melihat jika ada tempat kosong di situ. Cuma di sebelah Shazia saja yang kelihatan meja kosong.

“Faiqa! Kamu duduk sebelah Shazia. Nazim, kamu duduk sebelah Naila.” Cikgu Yahya memberi arahan. Semua pelajar tercengang. Kenapa tidak letakkan saja Nazim di sebelah Shazia?

“kenapa saya nak kena tukar tempat pulak cikgu? Cikgu pun tahu saya sentiasa duduk sebelah Naila selama ni.” Faiqa mula tidak berpuas hati.

“kenapa cikgu tak suruh saja budak baru tu duduk sebelah saya? Biar la Faiqa duduk sebelah Naila.” Shazia turut tidak berpuas hati.

“kamu ada hak apa nak melawan kata-kata saya? Kamu just ikut dan turut semua arahan saya! Gerak sekarang!” Cikgu Yahya menengking. Faiqa mengetap bibir. Benar-benar tidak puas hati dengan keputusan berat sebelah yang diambil Cikgu Yahya.

“tak apa la Faiqa. Kau pergi la duduk sebelah Shazia.” Naila cuba memujuk walaupun dia juga tidak berpuas hati dengan tindakan Cikgu Yahya.

“tapi Nai…”

“kamu tunggu apa lagi Faiqa!!” Cikgu Yahya meninggikan suara.

“dan kamu Naila. Kamu jangan cuba-cuba nak hasut kawan kamu!” Cikgu Yahya memberi amaran pada Naila.

“cikgu dah melampau ni!” Faruq berdiri dari tempat duduk. Namun perbuatannya dihalang Nabil. Nabil menggelengkan kepala tanda membantah tindakan Faruq.

“kenapa? Kamu tak puas hati?” Cikgu Yahya memandang tajam pada Faruq. Faiqa melabuhkan punggung di sebelah Shazia. Manakala Nazim pula melabuhkan punggung di sisi Naila. Naila hanya berdiam diri. Matanya tidak pernah lepas dari memandang Cikgu Yahya.

“kamu buat kerja masing-masing. Jangan ada yang nak bersembang. Terutama kamu Naila.” Cikgu Yahya memandang tajam pada sebelum ingin melangkah meninggalkan kelas mereka.

Faiqa mengetap bibir tanda geram. Shazia hanya bertindak tenang walaupun dia juga tidak berpuas hati dengan Cikgu Yahya.

Naila berdiri apabila melihat Cikgu Yahya mahu meninggalkan kelas.

“apa salah saya dengan cikgu? Kenapa cikgu selalu buat saya macam ni?” Naila kembali bersuara. Langkahan Cikgu Yahya terhenti. Tubuhnya dikalih ke belakang menhadap Naila.

“kamu tanya saya apa salah kamu? Kamu tak pernah sedar diri ke selama ni?” Cikgu Yahya tersenyum sinis. Matanya membulat memandang Naila.

“ya. Memang saya tanya cikgu. Sebab saya tak tahu apa salah saya dengan cikgu. Sejak saya datang sekolah ni, cikgu tak habis-habis nak kenakan saya. Cuba cikgu bagi tahu saya. Apa yang cikgu tak puas hati dengan saya?” Naila meluahkan segala yang terbuku di hati.

“oh. Jadi ayah kamu tak pernah bagi tahu kamu la selama ni.” Cikgu Yahya bersuara. Kemudian kakinya melangkah meninggalkan kelas walaupun belum sempat Naila bertanya lanjut.

Naila berdiam diri. Adakah ayahnya merahsiakan sesuatu darinya? Apa yang terjadi sekarang ni? Kenapa seperti dia seorang yang tidak mengetahui apa-apa?


3 ulasan:

fzm2 berkata...

waaaa knape nih???
sspen t0l!

keSENGALan teserlah.. berkata...

ngapain sih??
adusss..
mengapa rase cm nazim hero nieh..
nk nabil..hehe..

Tanpa Nama berkata...

apa le yg ckg yahya nak sampaikan ek? mmg suspen tol la ckg nie

mimie