3+1=

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

cinta sunbae

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Ahad, 30 Mei 2010

3+1=48

Suasana hospital sunyi sepi. Jam sudah pun menunjukkan pukul 12.30 pagi. Nazim masih tidak sedarkan diri. Kerisauan di hati Naila kian bertambah. Kini hanya dia di sisi lelaki itu. Kesihatan fizikal Nazim masih lagi tidak dapat dikenal pasti. Naila melepaskan keluhan berat. Tangan kiri Nazim tidak pernah dilepaskan. Wajah lelaki itu dipandang lama. Matanya semakin memberat. Namun Nazim masih seperti tadi. Mata yang kian memberat akhirnya layu juga. Naila terlelap kini.

Masa terus berlalu. Kini jam sudah pun menunjukkan 5.30 pagi. Nazim membuka mata perlahan-lahan. Ruang bilik diperhati lama. Tangan kirinya yang terasa digenggam erat membuatkan Nazim mengalih pandangan pada gadis di sisinya. Senyuman kecil meniti di bibirnya. Wajah gadis yang sedang nyenyak membuai mimpi dipandang lama. Rambut Naila dibelai lembut. Tubuh gadis itu diselimuti dengan selimut di katilnya.

“ Maafkan aku, Nai.”

*****

Suasana sunyi sepi. Hanya kedengaran bunyi bola melantun berkali-kali. Kepanasan yang dirasainya kini langsung tidak memberi sebarang kesan kepada dirinya. Nabil hanya bersendirian. Fikirannya yang bercelaru dilepaskan pada bola di tangannya. Berkali-kali bola cuba untuk dijaringkan. Namun, akibat emosi yang kurang memuaskan, dia gagal untuk menghasilkan satu jaringan. Nafasnya naik dan turun dengan cepat. Namun, langkah dan gerakannya tidak pernah berhenti dari menghasilkan satu jaringan.

Kejadian malam semalam kembali ke layar ingatan. Panggilan daripada Naila mendatangkan harapan buat dirinya. Namun baru saja harapan di hatinya tumbuh, akhirnya punah juga dalam sekelip mata. Kini dia benar-benar seorang yang kalah. Dia tewas juga pada Nazim. Pada lelaki yang mampu untuk merebut Naila darinya. Pengakuan cinta dari Nazim pada Naila yang didengarinya malam semalam secara langsung menghancurkan hatinya. Tidak mungkin lagi dia dapat merebut Naila dari lelaki itu. Tidak mungkin.

Bola di tangannya dihempas sekuat mungkin. Jeritan sekuat hati dilepaskan. Melepaskan segala tekanan walaupun dia sendiri tahu, itu tidak mampu untuk melunturkan perasaannya pada Naila. Masa seolah-olah berlalu perlahan. Tubuhnya dibaringkan di lantai. Pandangannya dihalakan ke arah siling dalam keadaan nafasnya yang turun naik. Air matanya mula mengalir.

“ Kenapa? Kenapaaaaaa!!!!!!”

*****

Matanya dibuka. Kepalanya diangkat. Kelibat Nazim tidak lagi kelihatan. Persoalan mula timbul di fikiran gadis itu. Selimut yang membaluti tubuhnya ditarik. Sekali lagi tanda tanya bermain di fikirannya. Naila melangkah keluar dari bilik wad. Matanya meliar mencari kelibat Nazim. Masa berlalu dan terus berlalu. Namun Nazim masih belum dijumpai.

“ Ada apa?” Nazim menyoal. Mata mereka saling berpandangan. Dr. Nazrul membisu buat seketika, Fail-failnya dimasukkan ke dalam peti kerja.

“ Ada apa kamu tanya? Kamu memang teringin nak mati sangat ke!!” Dr. Nazrul bersuara tegas. Tegas sebagai seorang doktor dan tegas juga sebagai seorang abang.

“ Apa maksud abang??” Dr. Nazrul mengeluarkan data-data dari selidikan dan keputusan kesihatan Nazim. Data-data tersebut dihempas kasar di hadapan adik lelakinya.

“ Kamu tengok sendiri!” Dr. Nazrul mengalihkan pandangannya ke arah lain. Air mata mula berlinangan di kesat secepat mungkin. Dia sendiri tidak menyangka keputusan kesihatan Nazim tidak seprti jangkaannya.

“ Apa yang kamu buat dengan ubat yang abang bagi? Kamu buat perhiasan kat rumah?!!” Dr. Nazrul menengking. Nazim hanya berdiam diri. Dia terpana.

“ Kalau kamu terus macam ni, abang dah tak mampu nak selamatkan kamu, Zim. Keadaan kamu sekarang pun abang tak berani cakap yang abang mampu untuk pulihkan kamu.”

“ Kalau kamu sayangkan diri kamu, abang merayu. Tolong dengar cakap abang. Jaga kesihatan kamu. Jika sel-sel barah terus membesar, kamu terpaksa jalani pembedahan.” Dr. Nazrul melangkah keluar. Hatinya sebak. Namun, pada masa yang sama dia harus menjalankan tugasnya sebagai seorang doktor. Urusan peribadi harus diketepikan.

*****

Nazim melangkah keluar. Kejutan yang dialaminya masih belum dapat dibuang jauh-jauh dari terus menganggu fikirannya. Dia sedar. Sebelum kemunculan Naila, hidupnya tidak pernah bererti. Disebabkan itu, dia tidak pernah mengambil berat mengenai kesihatan tubuh badannya sendiri. Apatah lagi keluarga. Namun, kemunculan Naila benar-benar mengubah segalanya. Mengapa pada saat hidupnya kian bererti, masa untuknya yang semakin singkat? Fikirannya bercelaru. Jiwanya kosong. Dia benar-benar berada dalam keadaan buntu.

“ Zim!!” Teguran daripada Naila membuatkan Nazim terkejut. Data-data pemeriksaan di tangannya sedaya-upaya disembunyikan dari pengetahuan Naila. Walau apapun yang berlaku, tidak mungkin dia akan membiarkan Naila mengetahui ini semua.

“ Nai.” Senyuman paksa cuba untuk diukir di bibir.

“ Awak pergi mana? Puas saya cari awak.” Nazim tersenyum.

“ Saya boleh keluar hospital hari ni.”

“ Apa kata doktor?” Naila menyoal. Nazim terdiam buat seketika. Mahu tidak mahu, dia terpaksa berdalih.

“ Tak ada apa yang serius.” Nazim melangkah perlahan. Tangan kanan Naila ditarik mengikut langkahnya. Naila hanya berdiam diri. Nazim hanya diperhati dari belakang. Entah mengapa hatinya tidak setenang dahulu. Namun, dia tidak mampu untuk mentafsir apa yang membuatkan hatinya tidak tentu arah. Pasti. Pasti ada sesuatu yang bakal terjadi.

“ Boleh temankan saya pergi satu tempat?” Soalan dari Nazim membuatkan Naila mengalihkan pandangan pada lelaki itu. Akhirnya dia mengangguk walaupun dia sendiri tidak mengetahui arah tujuan lelaki di sisinya kini. Hatinya mula berbicara. Sesuatu yang dia sendiri tidak pasti.

Kenapa dengan awak, Zim? Kenapa perasaan saya macam ni? Seperti ada sesuatu yang awak sembunyikan dari saya. Tapi apa? Saya sendiri tak dapat nak rungkaikan perasaan saya sendiri. Cara awak, wajah awak, perasaan awak, seperti ada sesuatu yang tak kena. Saya cuma mampu berharap Zim. Saya cuma mampu untuk berharap itu cuma perasaan saya. Bukan kenyataan.

*****

Nazim melangkah masuk ke perkarangan sekolah. Tangan Naila dipegang erat. Seperti tadi, Naila hanya mengikuti langkahnya dari belakang. Kawasan sekolah diperhati. Mereka mengatur langkah. Memasuki bilik darjah mereka sendiri. Senyuman terukir di bibir Nazim. Naila hanya membisu. Kenangan antara mereka kembali memenuhi ruang fikiran. Nazim melangkah perlahan. Kini, tangan Naila dilepaskan. Nazim melabuhkan punggung di satu tempat.

“ Dari sini. Dari sini saya sentiasa pandang awak. Saya cuma mampu untuk pandang awak, Naila.” Nazim bersuara. Naila berdiam diri. Wajah lelaki itu dipandang tepat. Entah mengapa hatinya semakin memberat.

“ Sejak kemunculan awak, seolah-olah segalanya dah berubah. Hidup kita dah tak macam dulu, Nai. Lebih mencabar. Lebih sukar untuk kita lalui.” Nazim menutur kata.

“ Maafkan saya, Nai.” Nazim dipandang.

“ Untuk apa?” Naila menyoal. Nazim berdiam diri seketika. Nafasnya ditarik dan dihembus perlahan.

“ Saya tak mampu tolong awak selain dari berada di sisi awak. Saya… Saya hanya melihat. Tapi tak bertindak. Saya seolah-olah lepaskan awak pada orang lain. Awak menderita. Tapi apa yang saya mampu buat? Saya tak mampu buat apa-apa Nai. Saya biarkan awak dalam hujan. Tapi bukan saya yang berada di sisi pada waktu tu. Sa….”

“ Bodoh.” Belum sempat Nazim meneruskan kata-kata, Naila memotong terlebih dahulu. Air matanya mula mengalir.

“ Kenapa awak nak pedulikan itu semua? Pada saat saya kehilangan, awak sebagai pengganti. Pada saat saya kehujanan, awak sebagai bumbung. Pada saat saya lemah, awak motivasi saya. Itu dah cukup bagi saya, Zim. Awak lindungi saya setiap masa. Walaupun awak cuba nafikan, tapi saya tahu. Awak sentiasa berada di sisi saya.” Air matanya mengalir laju.

Nazim melangkah bangun menghampiri Naila. Tubuh Naila ditarik dalam pelukan. Erat. Rambut gadis itu dibelai lembut. Hatinya turut terhiris. Air mata yang mula berlinang di kesat secepat mungkin. Hatinya mula berbicara. Berat. Sungguh berat. Tidak mungkin dia dapat tinggalkan gadis ini dengan perasaan yang tenang. Tapi dia yakin. Tidak mungkin Naila bersamanya buat selama-lamanya. Tidak mungkin ini akan berlaku.

Maafkan aku, Naila.

*****

Tangan Naila dipegang erat. Langkah demi langkah diatur. Angin malam yang menghembus mendinginkan tubuh masing-masing. Namun suasana hanya sunyi sepi dan membisu seribu bahasa menjadi pilihan mereka. Masing-masing berada dalam keadaan yang sukar untuk diramal. Naila menghentikan langkah. Langkah Nazim ikut terhenti. Masing-masing saling berpandangan.

“ Apa yang awak sorokkan dari saya, Zim?” Naila menyoal.

“ Sorok? Sorokkan apa?” Soalan dibalas soalan.

“ Kalau awak tak sorokkan apa-apa dari saya, kenapa kelakuan awak hari ni lain daripada biasa?”

“ Saya tak sorokkan apa-apa dari awak, Nai. Mungkin saya letih.” Naila membisu.

“ Nai.” Tangan Naila digenggam erat.

“ Percayakan saya.” Naila menghembus nafas perlahan. Seketika kemudian, dia mengangguk.

“ Awak masuklah dulu.” Nazim bersuara.

“ Awak nak pergi mana?” Naila menyoal.

“ Ada satu tempat yang saya perlu pergi, Nai.”

“ Awak pergilah dulu.” Naila bersuara.

“ Awak masuk dulu. Bila saya tengok awak masuk baru saya boleh pergi.” Naila melangkah masuk. Hilangnya bayang-bayang Naila dari penglihatannya, dia melangkah pergi. Naila berpatah semula. Pemergian Nazim dipandang. Semakin lama, semakin jauh.

*****

“ Berapa lama Zim mampu bertahan?” Wajah Dr. Nazrul dipandang tepat. Dr. Nazrul membisu buat sementara waktu. Hakikat yang sebenar sukar untuk dibongkarkan.

“ Zim.” Dr. Nazrul bersuara.

“ Zim cuma nak tahu itu saja, Abang. Selain daripada tu, Zim tak nak tahu.” Tegas Nazim bersuara.

“ Baiklah. Bergantung pada kekuatan badan kamu. Selagi kamu amalkan makan bat tepat pada masa, semuanya akan pulih.” Dr. Nazrul cuba menenangkan walaupun dia sendiri mengetahui ubat bukan segala-galanya.

“ Terima kasih. Terima kasih sebab abang sanggup berbohong. Tapi, jangan ingat saya tak tahu apa-apa! Saya tahu keadaan diri saya. Abang jangan risau. Sehingga ke akhir nyawa saya akan pertahankan kesihatan saya.” Nazim melangkah pergi. Namun langkahannya terhenti apabila namanya dipanggil. Tubuhnya hanya dibiarkan membelakangi Dr. Nazrul.

“ Lepaskan Naila pergi. Dia akan lebih terluka nanti.”

“ Abang tak perlu masuk campur urusan saya!” Nazim melangkah pergi.

*****

Langkah demi langkah diatur. Keadaan yang gelap dan sunyi langsung tidak dipedulikan. Bola keranjang di tangannya menjadi alat pelepaas tekanan. Jaringan cuba dilakukan. Namun hanya sia-sia. Dalam keadaan emosi yang kurang baik tidak mungkin dia mampu untuk melakukan jaringan yang baik. Fikirannya bercelaru. Jiwanya kosong. Kesihatan dirinya lebih merunsingkan. Gerakan tubuh badan untuk menghasilkan satu jaringan tidak dihentikan. Mungkin ini salah satu cara untuk dia melepaskan tekanan. Kata-kata abangnya berkumandang di telinga.

Lepaskan Naila pergi. Lepaskan Naila pergi. Lepaskan Naila pergi.

Bola di tangannya dihempas kasar. Jeritan sekuat hati dilepaskan. Nazim melutut. Air mata mengalir laju. Benar. Dia tidak mahu kehilangan Naila. Tapi mampukah dia mengekalkan Naila di sisinya sedangkan dia sendiri tidak mampu untuk membahagiakan gadis itu?

“ Kenapa?? Kenapaaaa??!!!!” Nazim menjerit.

“ Naila. Maafkan aku.”

4 ulasan:

fazliana berkata...

waaaaaa
jgn laaaa nazim
mati..
wuwuwuw

keSENGALan teserlah.. berkata...

alahaaii..
sedih plak..
3 org terseksa..
ngaaaaaa..

Tanpa Nama berkata...

saya nak naila ngan nabil..nazim tu biarla ngan nazira ke..uhuuu

nexx-novel berkata...

sangat suke idea pic untuk setiap watak dalam citer nih... so owang baca leh bayangkan rupe watak heeheghehe :> suke sesangat