3+1=

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

cinta sunbae

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Ahad, 26 Disember 2010

cinta sunbae 22

Hakimi kelihatan resah. Dia hanya mampu memandang hospital dari luar. Walaupun dia yang menghantar Isya ke situ, tetapi hakikatnya dia tidak dapat melangkah masuk ke dalam. Malah, dia langsung tidak mengetahui apa yang berlaku. Dia benci dengan keadaan sebegini. Perasaan ingin tahu membuak-buak. Hanya satu cara yang boleh dia gunakan iaitu menutup wajahnya seperti yang biasa dia lakukan. Hakimi berfikir panjang. Dia melihat beberapa orang lelaki dan perempuan keluar dari perkarangan hospital. Salah seorang dari mereka dikenalinya. Kalau tidak salah, itu sahabat Isya. Perempuan yang dia pernah berjumpa sewaktu dia terpaksa melamar Isya di hadapan peminat-peminatnya. Hakimi memakai topi sehingga menutupi sebahagian daripada wajahnya. Hanya satu yang dia harapkan. Tiada seorang dapat mengenalinya nanti. Dia melangkah keluar dari kereta lalu masuk ke perkarangan hospital.

Dengan muka yang tertunduk, dia berusaha mencari Isya. Sampai sahaja dia kawasan unit kecemasan, langkahnya terhenti. Isya sedang duduk di kerusi yang berhadapan dengan bilik kecemasan. Wajah gadis itu jelas kelihatan sembap bersama air mata yang masih mengalir. Hakimi menjadi pemerhati buat sementara sebelum dia menghampiri gadis itu. Dengan keadaan Isya sebegitu, dia tidak mahu terus bersuara. Sepucuk surat yang digenggam oleh Isya ditarik keluar. Hampir renyuk kertas tersebut disebabkan genggaman Isya yang kuat.

Maafkan Fitri. Betul-betul… maafkan Fitri. Fitri sedar dengan kekhilafan yang Fitri dah buat. Tapi, tolonglah dengar, Isya. Fitri tak tahu kenapa Fitri rasa macam nak tulis sesuatu untuk Isya. Mungkin Fitri takut Isya tak nak jumpa Fitri, tak nak dengar apa yang bakal Fitri cakap. Mungkin ini satu-satunya cara untuk Isya tahu siapa di hati Fitri sekarang dan selamanya. Isya, apa yang Isya tahu setahun yang lepas, memang betul. Memang betul Fitri duakan Isya pada masa tu. Tapi itu sebelum Fitri sedar nilai Isya dalam hidup Fitri. Fitri tahu, Isya cuba nak buat Fitri putus asa. Tunang Isya tak pernah wujud, bukan? Sebaliknya, tunang Isya adalah abang kandung Isya sendiri. Fitri tahu segalanya. Tak kira Isya percaya atau tak, Fitri… betul-betul cintakan Isya. Seikhlas hati Fitri. Tapi mungkin penyesalan Fitri dah tak ada guna sekarang.

Hakimi membisu seribu bahasa. Pandangannya beralih pada Isya yang turut membisu di sisinya. Dia sendiri tidak tahu apa yang harus dikatakan. Apakah dia hanya perlu membisu atau berusaha menenangkan gadis itu? Hakimi menarik nafas dalam-dalam kemudian dihembuskan keluar.

“ Dia macam mana?” Hakimi tiba-tiba menyoal. Air mata Isya mengalir semakin laju. Tanpa memandang wajah Hakimi, dia bersuara.

“ Apa yang patut aku buat? Aku… tak sempat jumpa dia. Tak sempat biar dia tahu… aku…” Isya tidak mampu menyambung kata-katanya. Emosinya lebih menguasai diri. Orang yang dia cintai telah pergi. Pergi selama-lamanya. Tanpa dia sempat mengatakan perasaan dia yang sebenar. Tanpa dia sempat memaafkan segala kesalahan lelaki itu. Semangatnya turut hilang bersama. Hanya air mata yang dia mampu untuk pamerkan.

Hakimi hanya membisu. Mungkin pada saat ini, dia perlu bertindak sebagai seorang peneman. Isya yang tidak henti-henti menangis turut membuatkan hatinya terasa seolah-olah ditusuk sesuatu yang tajam. Hakimi menarik tubuh Isya dalam pelukannya. Mungkin dengan cara itu, gadis itu mampu untuk merasa sedikit ketenangan walaupun dia sendiri mengakui tidak mungkin Isya akan kembali seperti sedia kala dalam tempoh masa yang singkat.

*****

2 bulan berlalu. Isya seperti hari-hari yang sebelumnya. Sejak kematian Fitri, dia tidak lagi seperti dahulu. Walaupun dia tidak mengalirkan air mata lagi, tetapi semangatnya hilang sepenuhnya. Dia hanya membisu seribu bahasa. Setiap kali dia ke sekolah, hanya bayangan Fitri yang dilihatnya. Apabila berada di rumah, dia bertindak mengurungkan diri dalam bilik sepanjang hari. Dia seolah-olah menyalahkan dirinya atas apa yang telah berlaku. Penyesalan semakin lama semakin membesar dalam diri.

Hakimi pula sebaliknya. Dia semakin sibuk dengan persembahan yang sentiasa diadakan pada setiap minggu. Malah semakin bergiat aktif dalam bidang lakonan. Setiap saat, masanya diisi dengan pelbagai aktiviti. Tetapi, semangatnya turut hilang apabila melihat keadaan Isya yang seolah-olah hidup tanpa cahaya. Selama dua bulan ini, dia cuba menafikan perasaannya pada Isya. Selama dua bulan ini juga, hatinya semakin terluka dengan sikap Isya. Dia seolah-olah tidak pernah wujud di mata gadis itu. Walau apapun yang dia lakukan, semuanya sia-sia. Mungkin suatu hari nanti, dia tidak akan mampu lagi melalui hari-hari seperti ini.

Hakimi termenung sendirian. Skrip-skrip untuk lakonan minggu hadapan diletakkan di atas meja. Matanya digerakkan ke arah pintu bilik Isya. Keluhan berat jelas kedengaran. Secara jujurnya, dia benar-benar kesunyian dan keseorangan. Sebelum ini, ada sahaja perkara yang menjadi punca pergaduhan antara mereka berdua. Tapi sekarang, tiada lagi suara yang melawan setiap kata-katanya. Disebabkan Isya, dia terpaksa menangguhkan penerbangannya ke Seoul. Dia sendiri sedang menanti saat-saat Isya kembali bangun semula. Tetapi bila saat itu akan muncul, dia sendiri tidak tahu. Isya masih belum dapat menempah tempat di hatinya. Apa yang dilakukannya selama ini hanya semata-mata untuk mengelakkan timbulnya salah faham oleh ahli keluarga Isya dan keluarganya sendiri.

Sedang dia asyik termenung, telefon bimbitnya tiba-tiba berbunyi. Hakimi mencapai telefon bimbitnya yang berada di atas meja kecil di hadapannya bersama-sama skrip drama. Jelas terpamer nama pembuat panggilan di skrin telefon. Hakimi menarik nafasnya dalam-dalam. Panggilan tersebut dijawab dan kedengaran suara seorang perempuan di corong telefon.

“ Minta maaf, Hana. Saya dah dinner. Lagipun saya letih hari ni. Lain kali saya belanja awak makan, boleh?” Hakimi menolak ajakan dari Hana. Talian dimatikan.

Emosinya belum cukup stabil untuk berhadapan dengan gadis itu kerana gadis itu adalah gadis yang dia cintai selama ini. Dia perlu kelihatan sempurna ketika berhadapan dengan gadis itu. Hakimi mengeluh. Dia benar-benar letih. Sepanjang dua bulan ini, pelbagai cara yang dia lakukan untuk membangkitkan semangat Isya semula. Namun, segala usahanya menemui jalan kebuntuan. Bukan dia yang dapat mengubah Isya sebaliknya kemahuan dan keinginan Isya sendiri. Hakimi bangun. Matanya tepat memandang pada pintu bilik Isya. Dia tahu bahawa Isya berada di dalam. Kali ini dia nekad. Nekad sepenuhnya untuk membangkitkan Isya semula. Berjaya atau gagal, langsung tidak dipedulikan. Ini kali terakhir. Sekiranya kali ini juga gagal, dia tidak akan lagi melakukan perkara yang sia-sia seperti ini.

Hakimi melangkah setapak demi setapak sehingga dia berdiri betul-betul di hadapan bilik Isya. Tombol pintu dipulas lalu ditolak ke dalam. Sebaik sahaja pintu dibuka, Isya jelas kenampakan. Hakimi berdiri teguh di hadapan pintu. Dia memerhati Isya terlebih dahulu. Walaupun Isya menyedari kehadiran Hakimi, tetapi kehadiran lelaki itu langsung tidak bermakna buatnya. Dia lebih memilih untuk hidup dalam dunianya sendiri. Isya yang sedang duduk di birai katil hanya memerhati sehelai kertas yang merupakan pemberian arwah Fitri buat kali terakhir. Walaupun tiada air mata yang mengalir, hatinya tetap terluka. Hakimi menapak ke arah Isya. Langkahannya terhenti apabila dia betul-betul berada di hadapan Isya.

“ Kau betul-betul… nak hidup dalam dunia kau sendiri?” Pandangan tepat dari Hakimi langsung tidak dibalas. Malah apa yang disoal oleh lelaki itu juga tidak dipedulikan.

“ Kalau betul kau nak hidup dalam dunia kau sendiri, sampai bila?! Sampai dia hidup balik, ha?!!” Kemarahan yang telah lama dipendamkan selama ini, akhirnya bakal dikeluarkan pada malam ini.

“ Selama dua bulan ni, aku macam cakap sendiri. Kau tahu tak, aku betul-betul dah letih. Hari ni, aku dah tak nak tanggung semua ni. Hari ni juga, aku mesti buat kau sedar dunia sebenar!” Hakimi menarik surat terakhir arwah Fitri dari pegangan Isya. Pada masa yang sama, Isya tersentak. Kali ini barulah Hakimi dipandang. Tetapi dengan pandangan tajam.

“ Bagi balik.” Tegas Isya bersuara. Namun, Hakimi tidak akur dengan arahan Isya.

“ Tak. Aku takkan pernah bagi balik surat ni kat kau.”

“ Aku kata bagi balik!!” Isya meninggikan suara. Dia bangun dan bertindak untuk merampas surat tersebut dari tangan Hakimi. Tetapi Hakimi lebih bertindak cepat dengan memusingkan tubuhnya. Surat tersebut pantas dikoyak dan dicerai menjadi beberapa cebisan kecil. Cebisan-cebisan kecil tersebut dilempar ke atas. Pada saat ini, masa seolah-olah lambat berlalu. Cebisan-cebisan kertas yang jatuh seolah-olah seperti salji yang menuruni bumi. Isya lantas terpana. Wajahnya jelas terpamer riak terkejut dan perasaan tidak percaya. Surat terakhir dari arwah Fitri kini sudah hilang bentuk asalnya. Isya mengangkat muka dan dipandangnya wajah Hakimi dengan penuh perasaan marah. Tubuh Hakimi ditolak kasar dan serta-merta Hakimi terdorong ke belakang.

“ Kenapa kau buat macam ni?!!!” Isya menjerit. Kedua-dua tangannya menumbuk-numbuk dada Hakimi. Isya akhirnya menangis. Tindakan Isya dibiarkan oleh Hakimi seketika sebelum Hakimi bertindak menghentikan pukulan Isya. Tangan kiri Isya digenggam erat.

“ Kau betul-betul rindukan dia, kan? Baik! Aku bawa kau jumpa dia sekarang jugak! Ikut aku!!” Hakimi menarik tangan Isya dengan kasar.

*****

Hujan lebat mencurah-curah membasahi bumi. Kilat memancar tanpa mengeluarkan bunyi. Angin yang bertiup mendinginkan tubuh setiap penduduk di situ. Pada ketika ini, Hakimi memecut laju keretanya ke satu destinasi yang mungkin tidak pernah terlintas di fikiran Isya. Tiba-tiba di kawasan perkuburan, Hakimi memberhentikan kereta secara mengejut. Tanpa banyak bicara, Hakimi melangkah keluar dari kereta walaupun hujan masih lebat membasahi bumi. Isya ditarik keluar dari kereta. Walaupun dalam keadaan terkejut, gadis itu tidak banyak bicara. Tangan Isya ditarik kasar dan dipaksa mengikuti langkahnya. Di satu kubur, tangan Isya dilepaskan.

Seluruh tubuh mereka kebasahan. Isya menangis walaupun hakikatnya air mata yang mengalir menuruni pipi tidak dapat dibezakan bersama air hujan yang turut membasahi seluruh wajahnya. Isya memandang satu kubur di hadapannya. Tanpa penjelasan Hakimi pun, dia sudah tahu bahawa kubur di hadapannya kini adalah tempat di mana arwah Fitri disemadikan.

“ Kau betul-betul rindukan dia kan? Sekarang aku dah bawa kau datang jumpa dia. Kau tanya dia apa perasaan dia bila dia nampak kau macam ni! Kau beritahu dia yang sukakan dia. Kau cakap sekarang semua yang kau nak cakap!!” Hakimi melepaskan geram.

Isya terduduk. Hatinya terasa sakit seolah-olah sedang dirobek-robek. Dia sedar kelakuannya selama dua bulan ini membuatkan semua orang di sisinya berasa letih. Di hadapan kubur arwah Fitri, di situ dia melepaskan tangisan. Menangis teresak-esak. Dadanya dipegang. Semakin lama, semakin menyakitkan. Mungkin sudah tiba masanya untuk dia melepaskan segala kesedihannya. Mungkin pada saat ini juga dia perlu melepaskan semua memorinya bersama lelaki itu. Biar semuanya menjadi mimpi dan kenyataan yang tidak pernah wujud dalam hidupnya.

“ Maafkan Isya. Maafkan Isya. Isya… tipu diri Isya sendiri. Fitri betul.” Kata-katanya terhenti. Tangisan menjadi pengganti buat seketika.

“ Isya… cintakan Fitri sampai sekarang. Kali ni.. Isya dah tak dapat tipu Fitri lagi. Isya… akan hidup baik-baik. Fitri dengar tak?” Hakimi hanya mendengar setiap patah kata yang disampaikan oleh gadis itu. Disebabkan kelukaan yang masih belum terubat sepenuhnya, Isya lebih memilih mengalirkan air mata dari terus bercakap.

Hakimi memegang kedua-dua bahu Isya dari belakang. Dia cuba untuk membantu gadis itu bangkit semula dari terus-menerus berada dalam dunianya sendiri. Tubuh Isya ditarik dalam pelukannya. Hanya kehangatan ini yang boleh diberikan. Dia tidak mahu lagi Isya terus menyalahi diri sendiri. Isya pula terus-terusan mengalirkan air mata. Mungkin itu lebih baik daripada berpura-pura tabah. Mereka hanya membiarkan hujan membasahi seluruh tubuh mereka. Isya kembali tersedar dan sekarang ini dia sudah kembali menapak di alam realiti.

“ Minta maaf. Betul-betul… maafkan aku.” Isya akhirnya bersuara bersama tangisan.

*****

Hujan lebat masih membasahi bumi. Hakimi dan Isya bertindak mendiamkan diri sepanjang perjalanan mereka pulang ke rumah. Sampai sahaja di hadapan rumah, Hakimi memberhentikan kereta. Tanpa dia sedar, ada sebuah kereta yang sedang diparkir di hadapan rumah Hakimi. Kereta itu adalah kereta milik Hana. Kedudukan antara kereta Hakimi dengan kereta Hana saling bertentangan. Riak wajah Hana yang ceria di saat melihat kepulangan Hakimi berubah serta-merta apabila kelihatan seorang perempuan di sisi lelaki itu. Gadis di sisi Hakimi diamat-amati tetapi dia tidak pernah mengenali gadis tersebut sebelum ini. Malah, setahunya gadis itu bukan bekerja dalam bidang penerbitan, lakonan mahupun sahabat Hakimi sendiri.

Hakimi membuka pintu kereta seraya melangkah keluar. Ketika itu juga, Hana turut bertindak melangkah keluar dari kereta. Hakimi memandang ke hadapan. Serta-merta riak wajahnya berubah. Pada saat itu, kedengaran bunyi pintu kereta ditutup oleh Isya. Gadis itu sudah pun melangkah keluar dari kereta. Hakimi memerhati Isya sekilas sebelum pandangannya beralih pada Hana. Tetapi sebaliknya, Hana dan Isya saling bertentang mata. Mereka saling tidak mengenali antara satu sama lain. Tetapi Isya dapat merasakan wanita di hadapannya kini bukan wanita biasa bagi Hakimi.

Mereka bertiga seolah-olah tersepit dalam satu situasi yang sukar. Masing-masing mempunyai persoalan yang sedang menjadi tanda tanya dalam diri mereka.

0 ulasan: