3+1=

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

cinta sunbae

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Sabtu, 29 Mei 2010

3+1=47

Tubuhnya dibaringkan di atas katil. Siling biliknya dipandang tanpa minat. Kesakitan yang dialami tidak diambil peduli. Luka hatinya lebih parah. Keakraban Nazim dengan Nazira benar-benar meragut ketenangan hatinya. Keluhan berat dilepaskan. Kini dia sedar. Dia benar-benar menyukai lelaki itu. Malah, ini cinta pertamanya. Air mata mula mengalir perlahan. Mengapa perasaan ini yang harus menghiasi ruang hatinya? Mengapa perasaan ini yang menjelma di saat dirinya masih belum mampu untuk menanggungnya? Bukan mudah untuk dia mencintai seseorang. Malah bukan mudah juga untuk dia memadamkan segala memori di fikirannya,

Air mata yang mengalir di kesat. Naila melangkah bangun dari pembaringannya. Kedua-dua kakinya menapak perlahan menghampiri pintu bilik. Tombol pintu dipulas seraya ditolak ditarik ke dalam. Denyutan di kepala yang semakin menjadi-jadi langsung tidak dihiraukan. Beberapa tapak diatur ke hadapan. Namun, kakinya serta-merta berhenti melangkah. Dia terpana.

“ Naz, cuma kau saja yang tahu segala-galanya pasal aku. Kau tolonglah aku. Hmm?” Nazim merayu. Tangan Nazira digenggam erat. Anak mata gadis itu dipandang tepat. Kewujudan Naila langsung tidak disedarinya.

“ Kenapa kau nak buat aku rasa serba salah? Aku boleh tolong kau, tapi…..” Kata-kata yang dituturkan Nazira terhenti. Matanya tepat memandang ke arah Naila. Nazim kehairanan. Kepalanya ditoleh ke arah pandangan Nazira. Tangan Nazira yang dipegang erat serta merta dilepaskan.

“ Nai.” Nazim bersuara.

“ Saya cuma nak ambil air. Maaf menganggu.” Naila melangkah melintasi mereka berdua. Air mata cuba ditahan sedaya upaya dari menitis.

“ Aku dapat rasakan something.” Tiba-tiba sahaja Nazira bersuara. Dari reaksi wajah Naila, ada sesuatu yang disembunyi gadis itu.

“ Apa?” Nazim menyoal.

“ Dari firasat aku, aku rasa…. dia ada hati dengan kau jugak la.” Nazim ketawa kecil.

“ Kau jangan buat lawak la, Naz. Kalau betul apa yang kau cakap tu, pasti dah lama dia confess.” Nazira mengetap bibir tanda geram. Tangan kanannya dihayun ke kepala Nazim. Pada masa yang singkat saja, kedengaran suara kesakitan yang dikeluarkan oleh Nazim.

“ Kau ni kenapa hah??” Suaranya ditinggikan sedikit pada Nazira.

“ Asal kau ni lembab sangat hah? Mana boleh perempuan yang confess dulu. Jatuh la maruah!”

“ Habis tu, dulu kau yang confess dulu kat aku. Tak jatuh maruah pulak?” Nazira terdiam. Mata lelaki di hadapannya dipandang tepat.

“ Kau jangan buat aku malu, Zim. Itu perkara lama. Waktu tu aku tak matang lagi.” Nazim mengupas senyum.

“ Kau nak kata kau dah matang la sekarang?”

“ Of course la. Aku dah matang sekarang. Lebih matang dari kau.” Nazira melangkah menuruni anak-anak tangga. Nazim hanya mengekori dari belakang.

“ Yang kau ikut aku ni kenapa?” Langkahan Nazira terhenti di tengah-tengah. Nazim ikut berhenti melangkah.

“ Kau tak setuju lagi nak tolong aku ke tak.” Nazira kembali melangkah menuruni anak-anak tangga. Seperti tadi, Nazim hanya mengekori dari belakang.

“ Ahh!!” Nazira menjerit halus. Kedua-dua kakinya dihentikan. Tubuhnya dihala ke arah Nazim. Wajah lelaki itu dipandang tepat.

“ Ya la. Ya la. Aku tolong kau! Haishh!” Nazira merengus geram. Sebaliknya Nazim tersengih kemenangan.

“ Betul kau nak tolong aku? Kau janji?”

“ Ya la. Tapi kali ni saja aku tolong kau Zim. Lain kali jangan minta tolong dengan aku dah pasal bab-bab ni.”

“ Mana boleh macam tu, Naz. Kalau aku perlukan pertolongan kau macam mana? Kau tak nak tolong aku, aku nak cari siapa lagi?”

“ Kau jangan nak mula ayat jiwang kau tu, Zim. Ini pun dah kira baik aku sudi tolong kau jaga Naila. Perkara kecil macam tu pun kau tak mampu nak buat.”

“ Kau tahu aku terpaksa kan Naz.”

“ Itu cuma alasan kau saja. Sudah la. Kau punya pasal la ni. Sampai aku nak pergi tandas pun dah terlupa. Nak kencing pun tak senang.” Nazira membebel. Anak-anak tangga dituruni. Pada kali ini, Nazim tidak lagi mengikuti langkahnya.

“ Perempuan ni memang tak reti cover betul la.”

*****

Awan-awan mendung mula berarak. Guruh dan petir saling sabung-menyabung. Namun titisan air hujan masih belum membasahi bumi. Hanya kegelapan malam yang menjadi sahabat kepada awan-awan mendung. Jendela dibuka perlahan. Pandangan dilepaskan ke luar. Keluhan berat dilepaskan. Pada saat ini, Naila hanya mampu untuk melepaskan keluhan. Babak-babak antara Nazira dan Nazim yang dilihatnya petang tadi kembali dilayar ingatan. Air mata mula mengalir. Perasaan cemburu semakin membuak-buak.

Telefon bimbit miliknya digenggam erat. Perasaan kini berbelah bahagi. Namun, keputusan cuba ditegaskan. Dia terpaksa. Dia sendiri tidak mahu menjadi saksi hubungan antara lelaki yang berjaya mengubah hatinya bersama perempuan lain yang tidak pernah dikenalinya. Keluhan berat dilepaskan. Punat-punat telefon bimbit didail. Telefon bimbit miliknya ditekapkan di telinga.

“ Bil, aku dah putuskan.” Panggilan diputuskan. Dia tahu Nabil pasti mengerti maksudnya. Hanya dia. Hatinya benar-benar berat untuk pergi. Namun, apakan daya. Dia bukan seorang perempuan yang tabah menghadapi segala-galanya.

Kakinya diatur perlahan menghampiri pintu bilik. Bagasi yang mengandungi segala peralatannya diangkat. Naila melangkah keluar dari bilik. Anak-anak tangga dituruni. Bunyi mutiara-mutiara jernih dari langit yang membasahi bumi mula kedengaran. Kini, Naila sudah berada di hadapan pintu. Kasut disarungkan. Payung miliknya dibuka. Namun belum sempat untuk dia melangkah, tangannya ditarik dari belakang. Naila tersentak. Wajah gadis di hadapannya kini dipandang.

“ Mana kau nak pergi?” Nazira menyoal. Naila mengukir senyuman paksa. Soalan yang diaju Nazira tidak dijawab. Sebaliknya langkahannya diteruskan. Nazira mengeluh. Kakinya pantas melangkah. Langkahan Naila dihalang. Hayunan langkah Naila terhenti.

“ Sebab aku kau nak pergi dari rumah ni?” Sekali lagi Nazira menyoal. Naila mengangkat wajah. Gadis di hadapannya dipandang.

“ Naz. Tolong jangan halang laluan aku.” Naila bersuara tegas.

“ Aku akan halang laluan kau selagi kau tak cakap sebab sebenar.”

“ Apa hak aku untuk aku terus tinggal kat sini?” Naila melangkah.

“ Kau cintakan Nazim, kan?” Langkahan Naila serta merta terhenti. Bibirnya terkunci seketika.

“ Bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi.” Hanya itu balasan kata dari Naila. Langkahannya diteruskan. Kali ini Nazira terdiam. Jadi benarlah tekaannya. Memang benar Naila turut mempunyai perasaan yang sama pada Nazim. Pemergian Naila tidak dihalang. Kali ini biar Nazim yang bertindak. Kocek seluarnya diseluk. Sejurus itu, sebuah telefon bimbit dikeluarkan. Satu panggilan dibuat. Namun dalam masa yang singkat saja telefonnya dijauhkan semula dari telinga.

“ Asal waktu ni jugak dia off handphone??” Nazira merengus. Panggilan dibuat kali kedua. Namun hasilnya tetap sama. Keluhan berat dilepaskan. Punggungnya dihenyakkan di sofa. Masa terus berlalu. Dari seminit ke lima minit. Dari lima minit ke tujuh minit. Penantian Nazira berakhir apabila Nazim melangkah masuk ke dalam rumah.

“ Zim!!!!” Nazira menjerit. Langkahan Nazim serta-merta terhenti.

“ Asal kau ni?”

“ Kenapa kau off handphone?? Time penting jugak kau nak matikan telefon kau.” Nazira melepaskan geram.

“ Baru sejam saja aku keluar, kau dah rindukan aku?” Nazim mengusik.

“ Janganlah buat lawak bodoh waktu-waktu macam ni. Naila dah pergi dari sini!” Pengakuan Nazira membuatkan Nazim tersenyum.

“ Kau pun buat lawak bodoh jugak, Naz. Tak lawak pun.” Nazim cuba melangkah. Namun sepantas kilat tangan Nazim ditarik.

“ Naila dah pergi dari sini, Zim. Aku tak mood nak buat lawak time-time macam ni, ZIm!!” Wajah Nazim bertukar serius. Kakinya melangkah pantas menjejak anak-anak tangga. Pintu bilik Naila dibuka. Benar. Naila tiada disitu. Pintu bilik ditutup. Sesuatu yang dilihatnya membuatkan dia membuka pintu semula. Nazim melangkah masuk. Sepucuk surat di atas meja dicapai.

Nazim. Terima kasih atas segala-galanya. Pada saat air mata saya menitis, awak yang tolong hentikan. Pada saat fikiran saya bercelaru, awak yang tolong tenangkan. Pada saat saya tiada tempat bergantung, awak yang menjadi tempat bergantung bagi saya. Tapi sekarang, tak ada sebab lagi untuk saya terus berada di sini, Zim. Maafkan saya atas segala kesusahan yang awak tanggung disebabkan saya. Terima kasih, Zim.’

Surat dipegangannya dilepaskan. Dia berlari laju menuruni anak-anak tangga. Nazim berlari keluar. Nazira terpana seketika. Bibirnya mengukir senyuman.

“ Aku dah tolong kau kali ni, Zim.” Nazira bersuara perlahan.

Hujan yang semakin lebat langsung tidak dipedulikan. Seluruh tubuhnya dibasahi air hujan. Matanya meliar mencari kelibat Naila. Jantungnya berdegup kencang. Kesakitan di kepala mula dirasai. Namun, dengan kudrat yang ada, dia mengagahi langkahnya. Baginya Naila lebih penting. Pencarian masih diteruskan. Namun kelibat Naila masih belum ditemui. Ketakutan mula meresap di hati. Benar. Dia benar-benar tidak mahu kehilangan gadis itu. Walaupun apa pun yang terjadi, Naila harus ditemui.

Sepuluh minit berlalu begitu saja. Hujan bertambah lebat. Petir saling sabung menyabung. Nafasnya tercungap-cungap. Matanya masih meliar mencari. Nazim terpana. Susuk tubuh di hadapannya membuatkan langkahannya bertambah pantas. Tangan gadis itu ditarik pantas dipeluk. Akibat daripada itu, payung yang dipegang Naila terjatuh dari tangannya. Naila terpana. Kini tubuh masing-masing dibasahi hujan. Tiada sepatah kata yang keluar dari bibir Naila. Masa seolah-olah berlalu perlahan.

“ Kenapa awak nak pergi tinggalkan saya Naila? Apa salah saya pada awak?” Air mata Naila mula menitis. Soalan Nazim tidak dibalas.

“ Sekurang-kurangnya, awak beritahu saya apa salah saya pada awak. Awak tak boleh pergi macam tu saja!”

“ Maafkan saya.”

“ Bukan kata maaf yang saya nak dengar dari awak!! Apa sebab awak pergi macam ni saja??” Naila membisu. Nazim melepaskan pelukan. Wajah Naila dipandang tepat.

“ Kalau selama ni, saya ada buat salah dengan awak, kenapa awak tak terus-terang saja?” Nazim menyoal.

“ Awak tak pernah buat salah dengan saya, Zim.”

“ Jadi kenapa? Sebab Nazira? Sebab dia awak pergi?” Air mata Naila mengalir semakin laju.

“ Siapa saya nak jadi penghalang antara awak dengan dia, Zim? Saya tak ada hak nak terus tinggal kat rumah awak. Apatah lagi bila Nazira kembali pada awak. Pasti awak sukakan…..” Belum sempat Naila meneruskan kata-kata, tubuhnya sudah ditarik dalam pelukan.

“ Saya cintakan awak.” Naila terpana. Pengakuan dari Nazim seolah-olah meragut hatinya.

“ Saya cuma cintakan awak, Naila.” Naila menangis.

“ Maafkan saya.” Lembut Nazim menutur kata-kata. Kepalanya dipegang. Kesakitan di kepala semakin menjadi-jadi. Dalam masa yang singkat saja, pandangannya berpinar. Jalan raya di hadapannya menjadi kembar. Keadaan di sekelilingnya seolah-olah berpusing laju. Dia tidak lagi mampu untuk mengimbangi tubuhnya. Pandangannya bertukar gelap. Akhirnya, Nazim rebah. Naila terpana. Kepala Nazim dipanggu. Tubuh lelaki itu digerakkan.

“ Zim! Zim!! Nazim!!!”

2 ulasan:

keSENGALan teserlah.. berkata...

whoaaaa..
lama gile ade n3..
huhuh..
suspen nieh..
smbung2,.

IzzatiNajwa berkata...

xnk nazim ngan naila!!!!!
rase nk nanges je..huhuhu,,...