3+1=

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

cinta sunbae

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Ahad, 22 November 2009

3+1=26

Kelopak mata dibuka. Kesamaran cahaya mula memedihkan mata. Matanya ditutup semula bagi meredakan kepedihan akibat kemasukan cahaya yang melampau. Hampir satu minit berlalu, matanya dibuka kembali. Kawasan sekeliling biliknya diperhati. Nafas lega ditarik. Shazia menguatkan dirinya untuk bangun dari terus berbaring di katil. Denyutan di kepala mula berdenyut pantas. Secara automatik, tangan kirinya memicit dahi. Semua tenaganya hilang begitu saja. Wajah yang pucat langsung tidak diketahui. Apa yang dia tahu, kepalanya masih berdenyut-denyut sakit. Tolakan pintu dari luar membuatkan dirinya sedikit terperanjat. Shazia semakin terperanjat apabila wajah Shah yang muncul di pintu.

Pintu bilik ditutup. Segelas air kosong dipegang erat. Kakinya melangkah perlahan mendekati Shazia. Punggungnya dilabuhkan di sisi Shazia. Pada masa yang sama, segelas air kosong di tangannya dihulurkan pada Shazia. Namun huluran Shah tidak disambut sebaliknya hanya renungan yang menjadi pengganti.

“ Macam mana kau boleh ada kat sini?” Shazia menyoal. Matanya tetap setia memandang wajah lelaki di sebelahnya. Soalan Shazia dibiarkan sunyi seketika. Gelas air yang masih berada di tangannya diletakkan perlahan di atas meja kecil di hujung katil. Seraya itu juga, wajahnya dikalih semula pada Shazia. Dahi gadis itu dipegang. Kepanasan mula menurun jika dibandingkan petang tadi.

“ Kau ada kat sini sejak petang tadi?” Shazia menyoal lagi.

“ Demam kau dah kebah. Aku balik dulu. Jangan lupa makan ubat.” Shah melangkah bangun dari terus duduk di sisi Shazia. Namun tangannya pantas ditarik Shazia. Langkah Shah terhenti. Namun tubuhnya masih terus membelakangi Shazia.

“ Terima kasih. Aku tahu. Kau yang jaga aku sepanjang hari ni. Aku…”

“ Aku bukan simpati dengan kau. Aku cuma tak nak kau sakiti diri sendiri semata-mata sebab Fai. Aku yakin. Fai pasti akan kembali semula. Jaga diri baik-baik,. Jangan disebabkan perkara remeh ni, kau menyusahkan diri sendiri.” Shah memotong kata-kata Shazia.

Shazia terdiam. Tangan Shah dilepaskan perlahan-lahan dari pegangannya. Seraya itu juga, Shah menapak keluar dari bilik Shazia. Kata-kata Shah mula mempengaruhi dirinya. Perbuatannya pada Faruq pagi tadi kembali di ingatan. Adakah Faruq berkecil hati dengan kelakuannya pagi tadi? Bunyi ketukan bilik dari luar membuatkan lamunan Shazia berkecai. Pintu biliknya dibuka dari luar.

“ Cik Shazia. Encik Shah minta saya bawakan ini untuk Cik.” Bibik bersuara. Sedulang pinggan yang berisi makanan dipegang erat. Shazia memandang dulang makanan yang dimaksudkan bibik.

“ Bibik letak saja la atas meja tu.” Shazia memuncungkan mulut ke arah meja kecil di hujung katil. Seraya itu juga, bibik melangkah ke hujung katil lalu diletakkan dulang makanan di atas meja kecil yang dimaksudkan Shazia.

“ Cik tak nak makan?” Shazia hanya tersenyum. Soalan yang diutarakan bibik tidak berbalas.

“ Cik perlukan apa-apa lagi?” Shazia menggeleng.

“ Tak ada. Terima kasih.” Shazia masih tersenyum. Bukan senyuman yang tulus dari bibirnya tetapi hanya senyuman yang sekadar untuk memaniskan roman wajah. Pada situasi sebegini, mampukah untuk dia ketawa mahupun tersenyum dengan ikhlas dan semula jadi? Bibik melangkah keluar dari bilik Shazia tanpa sepatah kata. Dia tahu pasti situasi yang dialami cik mudanya membuatkan mood cik mudanya turut dipengaruhi.

*****

Naila menghempas kasar tubuhnya di katil. Nafasnya dihembus kasar. Kepalanya di dongak memandang siling. Tiada senyuman yang terukir di bibir. Jelas benar wajah yang terukir dengan pelbagai masalah. Tubuhnya diiring ke sebelah kiri. Sekali lagi dia mengeluh berat.

“ Faiqa dah pergi. Apa yang aku patut buat sekarang ni?”

“ Macam mana dengan Shazia? Apa yang akan jadi dengan Faruq?” Naila menyoal dirinya sendiri. Ketukan berulang-ulang kali di pintu biliknya membuatkan Naila pantas bangun dari pembaringannya. Wajah Khai terpancul di muka pintu dengan senyuman yang tidak pernah lekang dari bibirnya.

“ Tak nak turun makan ke?” Khai menapak menghampiri Naila, Punggungnya dilabuhkan di sisi Naila. Naila menggeleng.

“ Nai tak lapar la Abang Khai.” Naila berpura-pura tersenyum.

“ Nai ada masalah ke?” Naila memandang lelaki di hadapannya.

“ Abang Khai.” Tubuh Khai dipeluk perlahan. Khai tahu. Pasti cik mudanya menghadapi masalah yang mungkin berat di matanya. Kepala Naila diusap lembut. Pada masa yang sama dia cuba untuk menenangkan hati gadis itu.

“ Apa yang patut Nai buat Abang Khai? Nai dah buntu. Nai tak tahu nak buat apa lagi.” Perlahan Naila bersuara.

“ Naila. Ada masalah apa ni?” Khai menolak lembut pelukan Nai. Naila menundukkan wajahnya ke bawah.

“ Faiqa. Dia dah tinggalkan Nai. Dia dah pergi Australia. Nai tak sempat nak halang dia Abang Khai.” Air matanya mula mengalir. Wajahnya diangkat seketika memandang Khai sebelum wajahnya ditunduk semula. Khai turut memerhati Naila. Rambut Naila dibelai lembut.

“ Minta maaf Abang Khai. Nai tak tahu siapa yang patut Nai luahkan.”

“ Nai jangan simpan dalam hati. Kenapa Nai yang perlu tanggung semua ni?” Khai bersuara walaupun air mata Naila masih mengalir perlahan.

“ Apa yang Nai patut buat Abang Khai? Faiqa dah pergi. Shazia seolah-olah tak dapat terima kehilangan Faiqa. Faruq, Abang Khai. Dia langsung tak bersuara. Kenapa semua ni mesti berlaku Abang Khai? Kalau Nai halang Faiqa pergi, pasti semua ni takkan berlaku.” Naila merintih. Hanya dirinya yang disalahkan.

“ Naila.” Khai bersuara. Tubuh Naila ditarik lembut dalam pelukannya.

“ Jangan salahkan diri sendiri, Naila. Bukan salah Naila. Kalau semua perkara yang lepas dapat berpatah balik, tiada lagi perkara yang kita dapat kesali. Pasti ada penyelesaiannya Naila.”

“ Naila dah tak berdaya Abang Khai. Kekuatan Nai dah hilang bila Nai tengok Shaz dengan Faruq jadi macam tu. Naila tak tahu apa yang patut Naila buat.” Khai melepaskan tubuh Naila dari pelukannya, Wajah Naila dipandang walaupun Naila hanya menundukkan wajah.

“ Naila. Jangan cepat putus asa. Naila yang abang kenal bukan macam ni. Dia kuat semangat. Tak lemah macam ni.” Naila hanya berdiam diri. Tangan Naila digenggam.

“ Abang akan bantu Naila. Abang akan pastikan Faiqa balik semula ke sini.” Naila mengangkat wajah. Apa yang dia mampu lakukan hanya tersenyum kelat. Mungkin Khai hanya ingin menenangkan hatinya dan membuatkan dia kembali semula seperti dulu.

*****

Suasana di dalam kapal terbang sunyi sepi walaupun jam baru menunjukkan pukul 10 malam. Kebanyakan penumpang sudah pun dibuai mimpi-mimpi yang mungkin kebanyakannya adalah indah. Beberapa buah lampu turut dipadamkan bagi memudahkan para penumpang melelapkan mata. Faiqa juga ikut serta melelapkan mata 15 minit yang lalu. Air matanya yang kering masih terdapat bekas di pipinya. Pada masa yang sama juga membuatkan dia mudah mengantuk berbanding orang lain. Kepala Faiqa tersandar di kerusi dengan mata yang terpejam rapat. Sesekali kepalanya terpaling ke sebelah kanan dan kiri.

Max menyandarkan kepalanya di kerusi. Earphone yang dipautkan pada MP3 miliknya disumbatkan ke telinga. Hanya instrumental yang kedengaran. Matanya dipejamkan dengan harapan dia juga dapat terlelap untuk seketika. Muzik yang mendayu-dayu mula membuatkan dirinya menjadi lali. Matanya semakin berat membuatkan dia teringin benar untuk melelapkan mata. Namun apabila dia mula ingin memasuki alam mimpi, tiba-tiba dia tersentak apabila berasa sesuatu yang berada di bahunya. Matanya pantas dibuka. Anak matanya di arah ke sebelah kiri. Kepala Faiqa telah pun terlentok di bahunya. Max mengetap bibir. Disebabkan perempuan ini, tidurnya terbantut.

Tubuhnya diinjak ke hadapan. Dalam sekelip mata saja, Faiqa tersembam di kerusi yang diduduki Max. Dia pantas bangun. Rambutnya yang mula berserabut turut dibetulkan. Max menyandar semula tubuhnya di kerusi. Wajah Faiqa langsung tidak dipandang. Dalam keadaan yang masih mamai, Faiqa menyambung tidurnya kembali. Kepalanya yang disandar dipaling ke sebelah kanan.

Matanya dipejamkan semula. Kelopak mata yang kian memberat membuatkan dia benar-benar ingin melelapkan mata. MP3 yang masih kedengaran di telinganya hanya dibiarkan saja berkumandang. Fikirannya mula tenang disebabkan keadaan dirinya yang semakin lali dengan mengantuk yang semakin memberat. Situasi kapal terbang yang bergerak membuatkan kepala Faiqa kembali tertoleh ke sebelah kiri.

Max tersentak. Sekali lagi tidurnya diragut. Matanya dibuka. Kepalanya ditoleh ke sebelah kanan. Seperti jangkaannya, kepala Faiqa sekali lagi jatuh di bahunya. Bibirnya diketap geram. Tangan kanannya di angkat seraya kepala Faiqa ditolak kasar ke sebelah kanan. Akibat dari tolakan Max yang agak kuat membuatkan kepala Faiqa terhantuk kuat di cermin.

“ Ah!” Serta-merta Faiqa terjaga. Kepalanya dipegang. Kesakitan cuba ditahan. Terasa seperti benjol mula timbul. Kepalanya seraya ditoleh ke arah lelaki disebelahnya disertai dengan pandangan tajam. Pelik. Lelaki disebelahnya seperti sedang nyenyak tidur. Tangannya dilambai-lambai dihadapan mata Max untuk memastikan adakah benar Max sudah dibuai mimpi ataupun hanya berpura-pura. Namun tiada tidak balas daripada lelaki tersebut.

“ Aku sendiri ke yang terhantuk tadi?” Faiqa menyoal dirinya sendiri. Timbul perasaan hairan di hatinya. Wajah Max dipandang sekali lagi. Masih seperti tadi. Seolah-olah sedang tidur nyenyak. Faiqa mengalihkan semula pandangannya ke luar tingkap. Mungkin akibat kapal terbang yang sentiasa bergerak membuatkan kepalanya terhantuk di cermin.

Max membuka sebelah matanya. Kelakuan Faiqa diperhati. Perbuatannya yang tidak disedari Faiqa membuatkan dia menutup semula matanya. Kepalanya dipaling ke sebelah kiri. Disebalik itu, dia tersenyum sinis.

Faiqa menyandarkan kepalanya di tingkap. Lenanya telah pun diragut sebentar tadi. Kini dia kembali sedar dirinya bukan berada di Malaysia lagi. Tetapi jauh di negara orang. Keluhan berat dilepaskan. Mengapa dia perlu menyesali keputusan yang telah pun dibuat? Seharusnya keputusan yang dibuat diri sendiri lah menjadi sokongan buat dirinya.

Faiqa menyeluk MP3 di dalam kocek seluarnya. Earphone disumbat ke telinganya. Mungkin ini dapat membantu dia melupakan lelaki itu buat seketika. Namun lagu yang berkumandang menambahkan lagi bayangan Faruq di layar mata. Kerinduan pada lelaki itu benar-benar memuncak. Walaupun begitu, kedua-dua matanya masih dipejam. Air mata mula mengalir perlahan walaupun tiada suara yang kedengaran.

Max membuka mata. Buat kali yang ketiga, matanya tidak dapat dilelapkan. Kepalanya ditoleh seketika ke arah Faiqa sebelum di paling semula ke hadapan. Namun sesuatu yang dilihatnya membuatkan dia memalingkan semula kepalanya memandang Faiqa. Wajah Faiqa dipandang lama. Sekali lagi gadis di sebelahnya mengalirkan air mata. Pasti kedatangannya ke negara orang mempunyai kaitan yang besar dengan air mata yang kini sentiasa bercucuran keluar.

*****

Naila menapak masuk ke perkarangan bilik. Telefon bimbit yang diletakkan di atas meja study segera dicapai. Pada masa yang sama jam di dashboard dipandang sekilas. Baru menunjukkan pukul 5 petang. Nombor telefon Shah pantas di dail. Hampir 10 saat menunggu, talian bagi pihak Shah diangkat.

“ Shah! Aku ni.” Naila pantas bersuara.

“ Aku tahu. Ada apa?” Shah ikut bersuara. Tubuhnya dibangunkan dari terus berbaring seraya disandarkan pada dinding biliknya.

“ Shaz macam mana?” Kerisauan mula bersarang di hati.

“ Demam dia dah kebah. Kau pergi lah melawat dia.”

“ Kau tak nak pergi sekali ke?”

“ Kau pergi lah dulu. Kejap lagi aku ikut.” Naila mengangguk.

“ Ok la. Kita jumpa dekat sana.” Talian segera dimatikan walaupun Shah masih belum sempat membalas. Naila menggaru-garu kepalanya walaupun kegatalan langsung tidak terasa.

“ Aku nak pergi dengan siapa ni?” Naila menyoal diri sendiri. Masalah mula menganggu. Barulah dia sedar bahawa pemandu keluarganya pula sedang berkhidmat dengan papanya. Abang Khai pula sentiasa tiada di rumah. Naila hanya berdiri seketika sambil memikirkan ikhtiar untuk sampai ke rumah Shazia. Berjalan kaki? Betapa jauhnya jarak di antara rumah Shazia dengan rumahnya. Bas? Sudah tentu tidak. Bagaimana untuk membayar tambang bas sendiri pun dia tidak tahu. Nabil? Pasti lelaki itu akan berpeluang mengutuknya. Faruq? Masalahnya dengan Faiqa pun masih belum selesai. Shah? Lelaki itu seolah-olah baru bangun dari tidur saja.

“ Aish!! Habis tu aku nak pergi dengan apa ni?” Naila melabuhkan punggung di hadapan meja tulis. Surat perjanjian di atas mejanya dipandang. Sepantas itu juga, fikirannya mula mengingati seseorang. Dia tahu siapa yang menjadi bakal mangsanya sekarang. Bibirnya mengukir senyuman penuh makna. Punat-punat telefon pantas ditekan. Hanya menunggu panggilannya diangkat sahaja.

3 ulasan:

fzm2 berkata...

hurmmmm..
mcm de smthing jew
b0ut shah n shazia ni..
hurmmmm...
hehhe..msty nai k0l nbil
nih! huhhu

keSENGALan teserlah.. berkata...

btol2..
nai kol nazim lorrhh..
huhu..

anggur_violet berkata...

nai bkn kol nabil but nazim..
kn nazim kne jd guard die untk smggu..
msti shah dh jth ati kt syaz kn..