3+1=

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

cinta sunbae

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Ahad, 21 Februari 2010

3+1+37

Faiqa berlari sekuat hati. Benarkah apa yang didengarnya sebentar tadi? Benarkah dia berada di sini? Tetapi mengapa? Apa tujuannya? Dia sendiri tidak menyedari dirinya diekori. Kakinya serta-merta terhenti. Max yang dari tadi mengikut setiap langkah gadis itu ikut terhenti. Faiqa terpana. Lelaki yang berdiri benar-benar dihadapannya dipandang tepat. Benar. Dia tidak bermimpi. Lelaki itu benar-benar berdiri di hadapannya sekarang. Kata-kata Khai bukan gurauan Realiti semata-mata. Max hanya berdiri tegak jauh di belakang Faiqa. Namun kemunculannya langsung tidak disedari sesiapa. Lelaki yang berada di hadapan Faiqa kini dipandang dari jarak jauh. Seperti pernah dilihatnya. Bukankah itu lelaki yang dilihat di dalam telefon bimbit Faiqa suatu ketika dahulu? Adakah dia……..

Sunyi. Masing-masing berdiam diri buat seketika. Saling memandang antara satu sama lain. Wajah gadis di hadapannya dipandang tepat. Rindu kini semakin mencengkam dada. Walaupun hanya dua minggu terpisah jauh, gadis dihadapannya kini kian berubah. Mungkin suasana dan persekitaran di sini membuatkan berlakunya perubahan itu. Gadis yang memiliki hatinya kini kelihatan semakin matang. Rindu seolah-olah terubat. Luka di hati seolah-olah berpaut kembali.

“ Masih adakah tempat untuk aku bertapak di hati kau?”

Faruq bersuara. Penuh makna di hati. Faiqa terdiam buat seketika. Manakala Max masih menjadi pemerhati dari jarak jauh. Walaupun ungkapan-ungkapan yang keluar dari bibir Faruq tidak didengarinya, namun dia tahu pasti ada sesuatu di antara mereka. Sesuatu yang penuh dengan rahsia. Rahsia yang mungkin dapat diungkapkan melalui reaksi dan tindakan.

“ Walaupun aku tak tahu apa tujuan kau datang sini, tapi jika disebabkan aku. Satu saja yang aku minta. Kau baliklah. Jangan bazirkan masa kau di sini.”

Faiqa melangkah melintasi Faruq. Namun langkahannya terhenti apabila tangan kanannya ditarik dari belakang. Walaupun begitu, tubuh dan kepalanya langsung tidak ditoleh ke belakang. Biarlah. Dia tidak punya kekuatan untuk menatap wajah lelaki itu dengan lebih lama. Tanggungjawabnya lebih besar. Janjinya pada papanya tidak boleh dimungkiri.

“ Aku datang untuk petik hati kau kembali sebelum menjadi mimpi ngeri dalam hidup aku.”

Air mata mula bertakung di mata gadis itu. Bukan dia berniat untuk menolak lelaki ini dari hidupnya. Tetapi masa depan syarikat papanya juga berada di tangannya. Apa yang harus dilakukan? Letih. Dia benar-benar sudah letih dengan semua ini. Kenapa dia harus memikul dua situasi yang beban untuk ditanggung. Yang mana harus dilepaskan? Papa atau Faruq?

“ Tolonglah. Jangan jadi bodoh. Kita dah ditakdirkan berpisah jauh. Aku bukan diciptakan untuk kau. Dan kau bukan menjadi milik aku kekal abadi. Tolonglah. Lupakan aku. Lepaskan aku dari hidup kau.”

“ Aku benar-benar menyesal sekarang. Aku tinggalkan kau disebabkan maruah yang langsung tak berguna. Aku masih tak ada keberanian untuk menghalang kau. Aku hanya mampu melihat kau tinggalkan aku. Aku pernah terfikir aku akan datang pada kau seperti sekarang. Aku harap kau datang kembali pada aku. Tapi setelah sekian lama, masih tak ada sebarang berita dari kau.”

“ Cukuplah Far! Aku tak nak dengar semua tu. Tolonglah. Lepaskan aku.”

Kata-kata Faiqa langsung tidak dihiraukan. Sebaliknya dia melangkah setapak dua berdiri di hadapan gadis itu. Mata Faiqa dipandang tepat. Benar. Dia perlukan gadis ini dalam hidupnya. Dia sendiri tidak mampu membayangkan hidupnya tanpa gadis ini. Keadaannya tanpa gadis ini hanya selama dua minggu sudah cukup menyeksa dirinya. Apatah lagi seumur hidup.

“ Kau sangka aku masih cintakan dia? Bodoh. Itu tak benar. Kenapa kau masih tak memahami aku? Cinta kau hanya akan menjadi milik aku. Tolong. Jangan tinggalkan aku. Kau sentiasa berada di sisi aku. Tapi aku tak pernah hargai semua tu. Boleh maafkan aku?”

Air mata Faiqa mengalir laju. Hatinya sakit. Apa yang harus dilakukan? Adakah dia harus mengecewakan papanya? Ataupun lelaki di hadapannya? Tetapi lelaki ini benar-benar penting buatnya. Sepenting ahli keluarganya. Tubuhnya tiba-tiba ditarik ke dalam pelukan.

“ Air mata yang mengalir adakah bermaksud masih ada secebis perasaan cinta buat aku?”

Max tersentak. Perkara yang berlaku dihadapannya membuatkan dia seolah-olah tidak mampu berfikir buat seketika. Hatinya sakit. Ibarat satu tusukan yang kejam membunuh hatinya. Tubuhnya dipusing ke arah lain. Dia tidak mempunyai kesabaran yang kuat untuk terus menyaksikan peristiwa di hadapannya. Dia sedar dia tidak patut menaruh hati mahupun mencintai gadis itu. Itu semua seolah-olah melemparkan diri ke dalam gaung. Hanya menunggu masa untuk dikecewakan. Tapi mengapa perasaan ini masih berterusan?

*****

Seisi rumahnya diperhati. Beg roda yang berada dipegangannya ditarik perlahan. Inilah rumah yang telah pun menjadi tempat perlindungannya selama 17 tahun. Tetapi tidak lagi sekarang. Rumah ini bukan lagi haknya. Hanya kenangan. Hanya kenangan yang mampu bersemadi di hati. Segala-galanya berubah. Dia bukan lagi Naila anak seorang ketua polis. Walaupun dia bakal kehilangan segala kemewahan yang pernah dinikmati, itu bukan menjadi masalah buatnya. Bukan harta yang menjadi impiannya. Tetapi kasih sayang. Bagaimana kehidupannya kelak? Segala kos pendidikan yang bakal ditanggung akan membebankannya. Dia kini seorang diri.

Ini pilihannya. Dia tidak dipaksa meninggalkan statusnya sekarang. Tetapi maruah jauh lebih penting. Dia seolah-olah dianggap sebagai penumpang jika terus menetap di rumah mewah ini. Air mata mula berlinangan. Kenangan yang sukar untuk dipadam. Kasih sayang yang dicurahkan kini seolah-olah lesap begitu saja. Dia bukan lagi tanggungan sesiapa. Sebaliknya dia harus berdikari sendiri. Mencari pekerjaan, menanggung kos hidup kini menjadi tanggungjawabnya. Inikah pengakhirannya?

“ Cik! Apa semua ni?”

Pandangannya dialih pada seorang bibik yang sudah pun berkhidmat selama lima tahun di rumahnya. Senyuman sengaja diukir secara paksa. Sudah tiba masanya untuk dia melepaskan segala-galanya.

“ Bibik. Saya bukan lagi Cik Muda. Saya hanya Naila.”

“ Apa yang Cik melalut ni? Cik nak pergi mana? Sehinggakan beg besar yang dibawa?”

“ Saya tak ada hak lagi untuk terus tinggal di sini. Sampaikan salam terakhir Naila buat Papa. Naila tak mampu berhadapan sendiri.” Tangan Bibik disalami.

“ Saya pergi dulu, Bik.”

“ Cik Naila!!”

Panggilan Bibik langsung tidak dihiraukan. Langkahannya diteruskan. Kini dia tanpa tujuan. Di mana dia harus menumpang tinggal, dia sendiri tidak tahu. Apa yang harus dilakukan seterusnya? Masa berlalu dan terus berlalu. Dia masih tidak punya tujuan. Berjalan dan berjalan. Keletihan dan perutnya yang lapar langsung tidak dihiraukan. Fikirannya berserabut dan buntu. Yang pasti, dia tidak akan mencari bapa kandungnya. Biarlah kenyataan itu dirahsiakan buat sementara ini.

*****

Bunyi deringan telefon bimbit memeranjatkan dirinya. Poket seluarnya diseluk. Panggilan yang datangnya dari Shazia. Panggilan yang diterima pantas dijawab. Jam di dinding biliknya dipandang sekilas. Sudah menunjukkan jam 9.30 malam.

“ Hello.”

Dia tersentak. Berita ini benar-benar mengejutkannya. Langsung tidak disangka gadis itu akan bertindak sedemikian. Perasaan bimbang mula menerjah di hati. Panggilan yang datangnya dari Shazia dimatikan. Dia berlari pantas. Kehilangan Naila seolah-olah merentap jantungnya. Mengapa gadis itu bertindak sedemikian rupa. Kehilangan Naila bukan saja dirasainya malah kesemua sahabat-sahabat baik Naila sedang berusaha menjejaki gadis itu. Lariannya terhenti. Telefon bimbit Naila cuba didail. Namun hanya cubaan yang mendatangkan sia-sia. Dia megeluh kasar. Lariannya semakin dipertingkatkan. Matanya meliar mencari kelibat gadis yang mula mendatangkan kesan yang mendalam di hatinya.

Hampir 30 minit berlalu, namun bayangan gadis itu langsung tidak kelihatan. Kerisauan mula bertambah di hati. Masa seolah-olah begitu lambat berlalu. Sudah jauh dia meneroka namun hanya bayangan lain yang kelihatan. Sekali lagi keluhan berat dilepaskan. Walaupun begitu, semangat yang timbul di hatinya masih belum luntur. Walau apapun yang terjadi, Naila harus ditemui. Gadis itu tidak akan dibiarkan bersendirian.

Naila melabuhkan punggung di kerusi batu yang berhadapan sebuah tasik. Cahaya berwarna-warni yang indah kelihatan sedikit sebanyak menenangkan fikirannya. Orang ramai yang sedang menikmati keindahan di situ langsung tidak dihiraukan. Dia mengeluh. Namun tidak timbul penyesalan di hatinya. Dia melangkah bangun dari terus membazirkan masa di situ.

Matanya meliar mencari kelibat seorang gadis. Nabil terpana buat seketika. Kakinya terhenti melangkah. Walaupun keindahan tasik begitu bermakna, tetapi ini bukanlah masa yang sesuai untuk menikmati semua itu. Kelibat seorang gadis dari belakang menyakinkannya. Itu Naila. Dia pasti. Malah dia bertambah pasti apabila wujudnya sebuah beg di tangan gadis itu. Gadis itu cuba didapatkan. Namun serta-merta kakinya terhenti melangkah. Sekali lagi dia terpana.

Tubuh Naila ditarik dalam pelukannya. Naila tersentak. Tubuhnya kini berada dalam pelukan seseorang. Tetapi dia sendiri tidak pasti siapakah lelaki yang sedang memeluknya sekarang.

“ Bodoh.” Hembusan nafas jelas kedengaran.

“ Umur dah 17 tahun. Tapi fikiran macam budak terencat akal.”

“ What??”

Tubuh Naila ditolak perlahan dari dakapannya. Wajah gadis itu dipandang tepat. Disebalik itu, berdirinya seorang lelaki yang sedang menyaksikan segala-galanya. Hatinya sakit. Benar-benar sakit. Tidak pernah perasaan sebegini timbul dihatinya. Nabil berpaling ke belakang. Kakinya melangkah pergi. Haruskah dia melepaskan Naila pergi? Pergi jauh dari hatinya.

“ Ikut saya.” Tangan kanan Naila ditarik. Pada masa yang sama, beg yang dibawa Naila ikut sama ditarik.

“ Pergi mana pula ni??”

“ Jangan banyak tanya boleh tak? Ikut sajalah! Awak nak merempat disini?” Naila terdiam. Langkahan lelaki itu diikuti. Secara rahsia, Nazim tersenyum.

Nabil menapak perlahan. Peristiwa tadi bermain di layar mata. Pedih. Hatinya benar-benar pedih. Inikah hakikat yang perlu diterima dalam hidupnya? Inikah realiti kehidupan. Cinta yang bertepuk sebelah tangan tidak mungkin berbunyi. Sudah jelaskah jawapannya? Adakah ini jawapannya? Apa makna disebaliknya? Dia perlu berputus asa dan berserah begitu saja? Angin tasik yang menghembus terasa dingin sekujur tubuh. Hati dan jiwanya turut terasa dingin. Sedingin angin taufan yang membara. Sedingin gunung berapi yang bergelegak. Perlukah perasaan ini diteruskan sehingga ke akhirnya?

3 ulasan:

penulis berkata...

assalamualaikum..
nw n3[just comment]

penulis berkata...

assalamualaikum..
nw n3[just comment]

keSENGALan teserlah.. berkata...

yes..
faruq dptkan faiqa..but.cm sian plak kat max..
nazim,nabil n naila..
hurmm...
smbung2..