3+1=

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

cinta sunbae

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Ahad, 26 Disember 2010

cinta sunbae 23

Mereka bertiga dibasahi hujan. Seluruh tubuh mereka kebasahan. Hakimi terkelu buat seketika. Isya dipandang sekilas sebelum pandangannya beralih pada Hana. Sebaliknya, Hana dan Isya saling berpandangan antara satu sama lain.

“ Hana. Awak… buat apa kat sini?” Teguran Hakimi membuatkan Hana mengalih pandangan dari terus memandang wajah Isya. Hana tidak membalas soalan dari Hakimi sebaliknya bertindak mendiamkan diri.

“ Kita masuk dulu.” Hakimi memutuskan.

*****

Hakimi menghulurkan sehelai tuala pada Hana kemudian dia melabuhkan punggung di atas sofa yang bertentangan dengan Hana. Tanpa banyak bicara, Hana menggunakan tuala tersebut untuk mengeringkan rambut dan tubuhnya yang basah. Persoalan yang masih terpendam dalam hatinya belum dapat dipuaskan. Malah, semakin membuak-buak untuk mengetahui siapakah perempuan yang dilihatnya di sisi Hakimi sebentar tadi.

Isya lebih memilih untuk mengurung diri dalam bilik. Dia tahu. Pasti perempuan tersebut tertanya-tanya siapakah dirinya. Dari riak wajah Hakimi, dia dapat meneka lelaki itu seolah-olah tersepit dalam situasi yang sukar. Isya melabuhkan punggung di birai katil. Dirinya sudah pun dibersihkan. Keluhan berat dilepaskan. Perasaan bersalah pada Hakimi tiba-tiba muncul menerpa sanubarinya. Perkahwinan mereka tidak boleh diketahui oleh sesiapa terutama pihak penerbitan. Kontrak Hakimi dengan syarikat penerbitan tersebut adalah selama 3 tahun. Malah, Hakimi tidak dibenarkan berkahwin dalam tempoh masa tersebut.

Hana memandang tepat pada wajah Hakimi. Hakimi yang menyedari pandangan Hana mula berasa gelisah. Dia amat mengerti maksud pandangan dari wanita itu. Hakimi pantas bangun. Mencuba untuk mengelak dari disoal.

“ Saya… pergi bancuh air untuk awak.” Hakimi mencari helah.

“ Tak apa. Saya tak nak.” Hana menolak. Dia tahu sekarang Hakimi mula mencari helah dengannya. Oleh itu, dia juga berusaha untuk menghalang helah yang dicari lelaki itu.

Langkah Hakimi serta-merta terbantut. Mahu tidak mahu, dia terpaksa kembali semula ke tempat duduknya. Mereka saling berpandangan antara satu sama lain. Dari riak wajah Hakimi, Hana dapat menjangka bahawa ada sesuatu yang disembunyikan oleh lelaki itu mengenai Isya. Hana menarik nafas dalam-dalam. Senyuman manis terukir di bibir. Senyuman yang hanya dipaksa-paksa.

“ Siapa… perempuan yang dengan awak tadi?” Hana mula menyoal. Tanpa pengetahuan mereka, ada seseorang dari dalam bilik yang sedang mencuri dengar perbualan mereka berdua. Hakimi pula tergamam seketika. Bermacam-macam jawapan yang bermain di fikirannya. Namun, kesemua jawapan tersebut bakal mengundang padah buatnya satu ketika nanti.

“ Err.. perempuan tu..” Hakimi teragak-agak untuk menjawab.

“ Perempuan tu girlfriend awak?” Hana bingkas membuat kesimpulan sendiri.

“ Bukan! Dia.. dia.. dia orang gaji saya!” Kesimpulan yang dibuat Hana membuatkan Hakimi semakin cepat menggelabah. Malah, dia mengeluarkan satu pengakuan yang ternyata dusta semata-mata.

“ Orang gaji awak? Tinggal serumah?” Hana seakan-akan kurang percaya. Hakimi mengangguk-angguk.

“ Dia dah berhenti sekolah. Lagipun dia tak ada kerja, tak ada rumah. So, saya bawa dia tinggal dengan saya. Mungkin dia lebih selamat kat sini.” Hakimi lancar berbohong. Dia berusaha sedaya-upaya untuk menyakinkan wanita di hadapannya.

Isya menjauhkan telinganya dari pintu bilik. Riak wajahnya berubah menjadi kemerah-merahan. Berusaha menahan marah yang sudah pun mendatangi dirinya semula. Bibirnya diketap tanda penuh geram.

“ Apa? Orang gaji? Tak ada kerja? Tak ada rumah?? Dia ni memang…” Isya berhenti bersuara. Ada sesuatu yang didengarinya di luar bilik.

Hana melihat jam yang tersemat di pergelangan tangannya. Sudah menunjukkan angka satu pagi. Sesekali matanya memandang di luar tingkap. Hujan masih turun dengan lebat. Malah, petir saling sabung-menyabung. Hana memandang Hakimi penuh muslihat.

“ Saya… boleh bermalam kat sini?” Permintaan Hana lantas membuatkan mata Hakimi terbelalak.

“ Kenapa? Tak boleh ke? Sekarang hujan still lebat lagi. Awak nak saya drive dalam keadaan macam ni ke?” Hana mencari simpati sekali gus mencuba untuk menjerat Hakimi ke dalam perangkapnya.

“ Bukan macam tu.” Hakimi kelihatan serba-salah. Keluhan berat sekali lagi dilepaskan.

Ok. Awak tidurlah sini malam ni.” Jawapan dari Hakimi membuatkan Hana tersenyum lebar. Sebaliknya, Hakimi bertambah kusut.

Kata-kata Hakimi sekali lagi membuatkan mata Isya terbelalak besar. Dia bingkas bangun lalu melabuhkan punggung di birai katil. Kemarahannya semakin lama semakin bertambah.

“ Aku orang gaji kau, kan? Tak ada rumah dan kerja, kan? Baik!” Isya bangun. Pintu bilik dibuka seraya dia melangkah keluar dari bilik. Kakinya menapak menuju ke dapur. Dari sudut sebelah kanan, dia dapat melihat dirinya diperhati. Selang beberapa minit kemudian, Isya keluar dari dapur dengan membawa dua cawan berisi koko panas ke ruang tamu.

Hakimi kelihatan kekok dengan tindakan Isya. Hana pula menunggu bait-bait kata yang bakal keluar dari bibir Isya. Isya meletakkan dua biji cawan di hadapan mereka berdua. Anak matanya terarah pada Hakimi bersama satu senyuman yang agak menggerunkan. Senyuman yang mempunyai makna di sebaliknya. Isya menggerakkan anak matanya pada Hana. Dipandangnya wajah Hana bersama senyuman manis.

“ Saya… maid rumah ni. Nama saya Isya.” Tanpa dijemput, Isya turut menyertai permainan yang sedang direka oleh mereka berdua. Riak wajah Hakimi serta-merta berubah. Dia tersentak.

“ Saya tak ada rumah.. tak ada kerja. Sebab tu, Encik Hakimi bawa saya tinggal kat sini.” Isya menukarkan riak wajahnya menjadi riak wajah simpati.

“ Kan Encik Hakimi?” Isya memandang tepat pada Hakimi. Reaksi wajah Hakimi dan Isya tidak dapat dilihat oleh Hana kerana dihalang oleh Isya. Di sebalik penglihatan Hana, Isya mengetap bibir. Dia berpura-pura tersenyum di hadapan Hakimi walaupun lelaki itu tahu maksud senyuman yang bermain di bibir ‘isterinya’.

“ Cik bermalamlah kat sini. Saya kemaskan bilik.” Isya berlalu dari situ. Ketika dia berselisih dengan Hakimi, sempat lagi dihadiahkan jelingan penuh muslihat.

“ Kenapa, Kim? Muka awak nampak…”

“ Huh? Tak.. tak ada apa-apa. Saya ok je.” Hakimi menyembunyikan perasaannya sebenar. Air di hadapannya pantas dicapai dan dihirup. Belum sempat kesemua air yang diminum ditelan, Hakimi terlebih dahulu menyemburkan air tersebut keluar dari mulut. Tekaknya terasa perit disebabkan oleh masam yang melampau.

Hana terperanjat. Nasibnya baik kerana semburan tersebut tidak mengenai wajahnya. Berkerut wajah Hakimi menahan rasa masam yang melampau. Bukan cuka saja yang dirasainya, malah bau seperti cili kering juga seperti dicampur sekali.

“ Kenapa, Kim?” Pantas Hana bertanya.

“ Tak. Panas je.” Sekali lagi Hakimi berdusta. Hatinya benar-benar geram. Wajahnya disembunyikan daripada kemarahan. Sebaliknya, dalam hati dia berkata-kata.

Jaga aku, Isya. Kalau aku tahu jadi macam ni, aku takkan bangkitkan kau balik. Kau ni memang…’

*****

Hakimi melambai-lambai tangannya sebagai tanda menghantar Hana. Setelah Hana hilang dari pandangan, Hakimi pantas mendapatkan Isya di dapur. Isya lebih memilih bersikap tenang walaupun dia tahu sebentar lagi pasti Hakimi akan memarahinya disebabkan tindakannya malam kelmarin. Hakimi memandang tepat pada wajah Isya.

“ Sedap betul air yang kau buat semalam kan? Bahan apa yang kau letak lagi?” Hakimi memerli. Isya tidak memandang wajah Hakimi sebaliknya dia sibuk mengemaskan segala pinggan dan cawan yang digunakan oleh mereka bertiga.

“ Kenapa? Encik Hakimi nak try resepi baru saya tu ke? Kalau ya, saya tak teragak-agak nak bagi resepi tu. Sebab saya guna cili kering, asam jawa, kunyit dengan baking powder.” Terbelalak mata Hakimi mendengarnya.

“ Apa?? Baking powder? Kunyit? Kau gila ke??” Hakimi menemplak.

“ Encik Hakimi. Kenapa cakap macam tu? Bersusah payah saya cari bahan-bahan tu semua dalam almari. Berpeluh-peluh dibuatnya. Encik Hakimi sepatutnya bersyukur sebab dapat orang gaji sebaik saya. Betul kan apa yang saya cakap?” Isya mengangkat kening. Bibirnya terukir dengan senyuman. Sebaliknya, Hakimi tersenyum sinis. Senyuman yang lahir di bibir disebabkan oleh perasaan sakit hati.

“ Hmm.. mungkin aku patut bersyukur dapat ORANG GAJI macam kau! Mulai hari ni sampailah cukup dua bulan, kau buat semua kerja rumah. Basuh baju, masak, kemas rumah, dan semuanya!” Terbelalak mata Isya mendengarnya.

“ Apa?? Kenapa??”

“ Kenapa? Kalau kau nak tahu, selama dua bulan ni, aku yang kena masak, kemas rumah, basuh baju dan buat segala benda dalam rumah ni. Sebab otak gila kau dah datang balik, silakan.” Hakimi berlalu dari situ sejurus menghabiskan kata-katanya. Dia tersenyum puas.

Isya merengus. Seluruh wajahnya tampak kemerah-merahan menahan marah. Kini, dia sendiri yang terkena. Isya membersihkan tangannya lalu melangkah laju menuju ke bilik Hakimi. Pintu bilik lelaki itu dibuka tanpa meminta izin terlebih dahulu. Tindakan drastik Isya benar-benar membuatkan Hakimi terkejut.

“ Yaa!! Ok. Aku boleh buat semua benda tu. Tapi!! Kenapa kau cakap aku orang gaji kau? Apa? Tak ada rumah? Tak ada kerja? Ah! Memang…” Hakimi dipandang tajam.

“ Kau!! Kau curi dengar !!”

“ Memang. Memang aku curi dengar! Kalau aku tak curi dengar, sampai kau mati pun aku tak tahu benda ni. Kenapa????” Isya menjerit.

“ Aku…” Hakimi teragak-agak untuk mencari alasan.

“ Habis, kau nak aku cakap apa?? Nak mengaku jugak yang kau ‘isteri’ aku?” Hakimi mengangkat kedua-dua jarinya. Pada sebutan isteri, dia menggerak-gerakkan jarinya seperti huruf V.

“ Tak. Tapi takkan tak ada yang lebih baik dari orang gaji??” Isya berusaha melawan.

“ Kalau macam tu, kau bagi aku contoh apa yang lebih baik dari orang gaji!” Hakimi setia berhadapan dengan gadis yang baru bangit semula.

“ Contohnya.. Aaa! Adik kandung ke, adik tiri ke, sepupu ke.. tak boleh?”

“ Dia dah kenal aku sejak sekolah menengah lagi. Semua ahli keluarga aku dia tahu. Lagipun aku… tak nak tipu dia.”

“ Apa? Yaa!!!!!! Kau cakap aku orang gaji kau tu bukan tipu ke??????” Isya semakin berang. Bibirnya diketap tanda geram. Pernafasannya kelihatan berombak-ombak menahan marah. Tetapi berbeza pula pada Hakimi. Lelaki itu tersenyum lebar. Senyumannya sengaja disembunyikan dengan berdehem berulang-ulang kali.

“ Ah! Pendek kata, kau lebih sesuai jadi orang gaji aku! Noktah!” Hakimi ingin berlalu pergi tetapi langkahannya terhenti apabila Isya bersuara.

“ Baik! Aku akan jadi orang gaji kau. Tapi!! Cuma untuk tempoh dua bulan. Lepas tempoh tu, aku tak hutang kau apa-apa lagi.”

Ok! Deal.” Hakimi tidak membantah sebaliknya bersetuju dengan apa yang dikatakan Isya. Langkahannya tidak lagi terhenti. Isya juga turut melangkah keluar dari bilik Hakimi. Langkahnya tidak ke arah Hakimi yang telahpun melabuhkan punggung di ruang tamu sebaliknya terus melangkah ke dapur. Meneruskan kerjanya yang terbengkalai sebentar tadi.

“ Minggu depan kita pindah apartment.” Tiba-tiba Hakimi bersuara. Walaupun dia bercakap dengan Isya, tetapi matanya tepat terarah pada kaca televisyen. Isya pula kelihatan agak terkejut. Matanya tidak terlepas dari memandang Hakimi.

“ Pindah? Kenapa?”

“ Kau tanya banyak kenapa? Ikut saja la.” Isya serta-merta menumpukan sepenuh perhatian pada Hakimi. Pinggan-mangkuk dalam sinki dibiarkan dahulu.

“ Yaa! Kau ni kenapa? Aku nak jugak tahu kenapa kita kena pindah. Kalau kau pindah sorang-sorang, aku tak peduli. Tapi masalahnya sekarang, aku kena ikut sekali. Kenapa? Kenapa kena pindah?” Isya tidak berputus asa.

“ Apartment tu tajaan syarikat penerbitan. Aku kerja dengan syarikat tu jadi aku kena tinggal kat situ. Dah puas hati?” Hakimi menoleh pada Isya dengan sekilas pandang. Isya kelihatannya sedang berfikir banyak.

“ Habis tu, aku kena pindah sekolah? Mak, Abang Am…” Suaranya kedengaran mendatar.

“ Family kau dah tahu awal-awal lagi. Diorang tak bantah. Tapi pasal sekolah, kau memang kena pindah.” Hakimi berterus-terang. Riak wajah Isya berubah muram.

“ Kalau kau nak still sekolah situ jugak, boleh. Tapi!! Dengan dua syarat.” Hakimi berhelah. Otaknya kini penuh muslihat.

“ Dia ni memang… Haissh! Apa syaratnya?”

“ Pertama, kau pergi dan balik sekolah sendiri. Sama ada jalan kaki atau naik basikal. Boleh?” Hakimi mengangkat kedua-dua keningnya.

Ok. No problem pasal tu. Kedua?”

“ Kedua, hmm.. jadi orang gaji aku selama 3 bulan berturut-turut. Termasuk hari ni.” Hakimi tersenyum jahat. Sebaliknya Isya sudah pun membeliakkan matanya.

“ Apa?????????????”

0 ulasan: