3+1=

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

cinta sunbae

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Jumaat, 15 Oktober 2010

cinta sunbae 13

HARI KEDUA

Deringan loceng terakhir berbunyi. Menandakan sesi persekolahan telah tamat pada hari tersebut. Pada masa ini, semua pelajar sibuk mengemas segala peralatan mereka untuk melangkah keluar dari perkarangan sekolah. Begitu juga Isya.

“ Isya.” Syakirah menegur.

“ Hmm?” Isya tidak memandang Syakirah. Sebaliknya dia sibuk mengemaskan segala buku dan peralatan alat tulisnya.

“ Macam mana kau semalam?” Syakirah memandang Isya dengan tepat. Dia benar-benar ingin mengetahui pengalaman sahabat baiknya dengan idolanya sendiri.

“ Macam biasa la.” Selamba Isya menjawab. Malas benar dia ingin melayan karenah sahabatnya.

“ Macam biasa tu macam mana? Kau ceritalah kau pergi mana dengan dia? Aku nak tahu!” Bersungguh-sungguh Syakirah meminta. Isya segera memandang Syakirah. Memandang dengan pandangan yang agak tajam.

“ Berani lagi kau tanya aku pasal hal semalam! Kalau bukan sebab kau setuju biar aku jadi girlfriend dia, semua ni takkan jadi kau tahu tak.” Syakirah terdiam. Isya bangun. Beg sekolah digalas dengan hanya menggunakan bahu kanan.

“ Jomlah. Benda dah nak jadi, nak buat macam mana.” Tanpa banyak soal, Syakirah mengikuti Isya dari belakang.

“ Kau marahkan aku ke, Isya?”

“ Aku tak pernah marahkan kau, Kirah. Cuma aku kesal. Kau yang sukakan dia, tapi kenapa kau setuju biar aku yang dipilih?”

“ Bukan kehendak aku. Aku dapat tahu undian yang diorang buat, kau yang terpilih. So, aku bagilah jaminan yang show tu akan berjalan dengan lancar.”

“ Tapi kenapa kau buat macam tu? Kau sendiri tahu yang aku tak pernah suka lelaki macam tu.” Syakirah berhenti melangkah. Isya ikut berhenti melangkah. Mereka membisu buat seketika. Syakirah memandang Isya dengan tepat.

“ Aku buat macam tu semata-mata sebab kau! Sejak peristiwa kau dengan Fitri, kau dah lain! Aku nak kau gembira, Isya. Aku tak nak kau terus macam ni. Walaupun depan aku kau tabah, tapi aku tahu, selama ni kau cuma berpura-pura. Kau bukan perempuan yang tabah, Isya!” Serta-merta Isya terdiam. Dia hanya memandang lantai.

“ Sudahlah, lupakan pasal hal tu. Jom balik.” Syakirah menarik tangan Isya. Mungkin ini salahnya. Menimbulkan semula perkara yang ingin dilupakan Isya selama ini. Mereka melangkah hingga ke pagar sekolah. Di situ, Isya dan Syakirah berpisah haluan. Isya melangkah setapak demi setapak. Disebabkan abangnya tidak dapat menghantarnya pulang ke rumah, dia terpaksa berjalan kaki.

“ Isya.” Satu suara memanggil. Secara automatik, Isya berhenti melangkah. Kepalanya langsung tidak dipalingkan ke belakang. Dia tahu siapa yang memanggilnya. Tangannya semakin menyejuk. Jantungnya berdegup kencang. Kakinya dipaksa melangkah laju ke hadapan walaupun dia tahu pemilik suara itu sedang berdiri di belakangnya.

“ Isya!” Fitri ikut melangkah laju. Memintas Isya dari terus melarikan diri daripadanya. Tangan gadis itu ditarik. Sepantas itu juga, tubuh Isya terpaling ke sebelah kanan. Mereka saling memandang antara satu sama lain.

“ Bagi Fitri peluang. Ada benda yang Fitri nak cakap dengan Isya.” Fitri meminta..

“ Minta maaf. Isya tak ada benda nak cakap dengan Fitri.” Isya cuba melangkah, namun sekali lagi tangannya ditarik oleh lelaki itu.

“ Maafkan Fitri, Isya. Mungkin apa yang Fitri dah buat, tinggalkan kesan yang mendalam pada Isya.”

“ Sudahlah, Fitri. Isya tak nak dengar semua tu lagi.” Isya sekali lagi cuba melangkah. Namun buat kali yang ketiga, tangannya ditarik lelaki itu. Tanpa disangka, tangannya yang dipegang Fitri telah dipisahkan oleh seseorang. Entah mengapa, pada saat itu, keriuhan kedengaran terutama jeritan dari perempuan. Semua mata tiba-tiba memandang ke arah mereka.

Isya mengalihkan kepalanya ke belakang. Tangannya kini bukan lagi dipegang oleh Fitri. Sebaliknya Hakimi. Isya benar-benar kelihatan terkejut. Pada saat ini, masa seolah-olah berlalu dengan perlahan. Dunia seolah-olah turut berputar perlahan-lahan. Hanya mereka menjadi perhatian. Isya membisu. Fitri dan Hakimi saling berpandangan.

Sorry kalau aku ganggu korang. Tapi sekarang aku perlukan dia. Kalau ada apa-apa kau nak cakap dengan dia, lain kali saja.” Selamba Hakimi menutur kata. Isya ditarik mengikut langkahnya dari belakang. Fitri melangkah laju menghampiri mereka berdua. Tangan kiri Isya ditarik. Kini, Isya berada di tengah-tengah. Antara Fitri dan Hakimi. Dia terkelu. Tidak mampu mengeluarkan walau sepatah kata.

“ Lepaskan dia.” Serius Fitri memberi arahan. Tetapi, Hakimi hanya tersenyum sinis. Ini juga sebahagian dari lakonannya. Isya menarik tangannya dari pegangan Fitri. Lelaki itu jelas kelihatan terkejut. Isya terlepas dari pegangannya. Tangan kanannya dipandang lama. Seketika kemudian, matanya beralih pandang pada Isya yang sudah pun mengikut langkah Hakimi dari belakang. Kedua-duanya melangkah masuk ke dalam kereta.

Beberapa saat kemudian, kenderaan yang mereka naiki bergerak dalam kelajuan yang pantas. Pada saat berlalunya Isya dari Fitri, masa seolah-olah berlalu dengan perlahan. Wajah lelaki itu langsung tidak dipandang. Walaupun dia tahu kini dua pasang mata sedang memandangnya, namun dia tidak mampu untuk menyembunyikan gelora perasaannya sendiri.

Awan mendung yang berarak seolah-olah turut bersedih. Angin lembut bertiup mendinginkan seluruh tubuh. Isya hanya membisu. Air mata yang ditahan akhirnya menitis jua. Cepat-cepat dia menyapu air matanya yang masih mengalir. Hakimi memandang gadis itu sekilas.

“ Kita dah sampai.” Khairul memberitahu. Hakimi mengalihkan pandangannya ke luar tingkap.

“ Laut?” Hakimi mengangkat kening, Khairul sekadar mengangguk.

“ Aku tak rasa sekarang ni masa yang sesuai untuk rakaman. Kau tengoklah sendiri.” Hakimi mengarahkan matanya pada Isya. Khairul mengukir senyuman kecil.

“ Kau buat macam biasa sudahlah. Anggap sajalah aku tak wujud.” Khairul memberi kebenaran. Fikirannya kini berubah. Setiap peristiwa yang berlaku antara mereka akan dirakam walaupun pada saat mereka saling bertikam lidah. Sifat semulajadi lebih menarik minat berbanding lakonan semata-mata. Hakimi melangkah keluar dari kereta. Tetapi Isya masih lagi tidak berganjak dari tempat asalnya.

“ Tempat ni lebih sesuai untuk tenangkan fikiran, Isya.” Khairul bersuara. Isya melangkah keluar dari kereta. Dia tahu kini mereka memberi peluang untuk dia menenangkan fikirannya yang semakin berserabut.

Isya melangkah setapak demi setapak. Angin yang kuat bertiup benar-benar mendinginkan seluruh tubuhnya. Hakimi sekadar mengikut langkah gadis itu dari belakang. Dia melepaskan keluhan. Entah mengapa dia perlu mengikut setiap langkah gadis itu. Tetapi dia juga tidak mampu untuk membiarkan gadis itu berseorangan. Isya hanya dipandang dari belakang.

Air matanya kini sudah berhenti mengalir. Namun, hatinya masih belum dapat ditenangkan. Hanya bayangan Fitri yang sedang bermain di ruang matanya. Dia menarik nafas dalam-dalam kemudian dilepaskan perlahan-lahan. Tubuhnya dikalih ke belakang. Hakimi dipandang.

“ Apa lagi aktiviti untuk hari ni?” Isya menyoal. Hakimi mengangkat bahu. Matanya terarah pada Khairul.

“ Untuk hari ni, setakat ni saja. Kim, kau ada performance kan hari ni?” Khairul memandang Hakimi. Hakimi sekadar mengangguk.

“ Jomlah kita balik.” Khairul melangkah pergi.

*****

Aiman kelihatan resah. Berkali-kali dia menjengukkan kepalanya memandang pintu pagar rumah. Namun, setiap kali itu juga, bayangan Isya masih tidak kelihatan. Fikirannya runsing. Berdasarkan apa yang diberitahu Syakirah padanya, Isya terpilih dalam show DATING 7 DAYS bersama seorang artis, Hakimi. Jika apa yang dikatakan Syakirah itu adalah benar, itu bermakna Isya sudah bertemu seorang lelaki yang mungkin akan menjadi suaminya sendiri.

Aiman pantas menjengukkan kepalanya ke luar tingkap apabila kedengaran bunyi pintu pagar dibuka. Isya melangkah masuk ke dalam rumah. Kemunculan Aiman secara tiba-tiba benar-benar mengejutkannya.

“ Kenapa balik lambat?” Aiman menyoal. Isya mengeluh. Kepenatannya masih belum hilang. Dia melabuhkan punggung di atas sofa. Beg yang digalasnya diletakkan di atas sofa. Aiman dipandang sekilas.

“ Dia ambil adik kat sekolah tadi.” Isya menjawab.

“ Hakimi?” Aiman mengangkat kening. Isya sekadar mengangguk.

“ Lepas tu?” Aiman menyoal lagi.

“ Kitorang pergi laut.” Tiga patah kata yang dijawab oleh Isya membuatkan Aiman menyedari tentang sesuatu. Wajahnya adiknya dipandang tepat. Pasti ada sesuatu yang telah terjadi kerana perubahan wajah Isya pada saat ini sama seperti suatu ketika dahulu.

“ Kalau Abang Am tak nak tanya apa-apa lagi, adik nak naik atas. Penat.” Tanpa menunggu balasan jawapan dari Aiman, Isya melangkah beberapa tapak. Aiman melangkah laju. Tangan kanan Isya ditarik. Akibat daripada tarikan itu, tubuh Isya turut dipaksa bergerak ke arah Aiman.

“ Kenapa ni?” Isya dipandang tepat. Sebaliknya, Isya langsung tidak memandang Aiman.

“ Tak ada apa-apa.” Tangannya ditarik dari pegangan Aiman. Dia melangkah setapak dua.

“ Sejak bila adik dah tahu berahsia dengan abang?” Isya serta-merta berhenti melangkah. Tetapi dia masih terus membelakangi Aiman.

“ Kenapa? Ada perkara yang abang tak boleh tahu ke? Atau abang sekarang bukan lagi tempat untuk adik luahkan segala-galanya?” Isya masih membisu. Tanpa menunggu kata-kata seterusnya dari Aiman, dia melangkah pergi. Pintu biliknya ditutup. Tubuhnya disandarkan pada pintu. Air matanya kini mengalir laju. Perlahan-lahan tubuhnya yang disandarkan pada pintu, kini sudah terduduk di lantai. Wajahnya ditekupkan dengan kedua-dua belah tangan. Pada saat ni, Fitri ikut kecewa. Fikirannya kini hanya pada Isya. Peristiwa yang berlaku beberapa jam yang lalu kembali bermain semula di ruang matanya. Pada babak tangannya ditolak Isya, masa seolah-olah berlalu dengan perlahan.

Gambaran Isya dan Fitri menjadi satu. Masing-masing diselubungi perasaan sedih dan kecewa. Perasaan yang sukar untuk digambarkan melalui kata-kata. Masa yang diperlukan untuk mengubati kelukaan bukanlah masa yang singkat. Air mata yang mengalir masih belum menunjukkan tanda-tanda yang ia akan berhenti. Bukan kasih dan cintanya pada lelaki itu yang berubah. Sebaliknya kepercayaan. Kepercayaan yang selama ini penting dalam setiap perhubungan tidak mampu untuk dia hidupkan kembali.

*****

Aiman melangkah naik. Memijak anak-anak tangga satu demi satu. Tombol pintu biliknya dipegang. Bilik Isya yang berada di sebelah biliknya dipandang. Dia melangkah perlahan menghampiri bilik Isya. Pintu bilik tersebut dipandang lama sebelum tombol pintu dipulas. Adik kesayangannya sudah pun melelapkan mata. Dia melabuhkan punggung di birai katil. Wajah Isya dipandang lama.

“ Kenapa? Apa yang bermain di fikiran adik sebenarnya? Sebab dia ke?” Aiman mengeluh. Dia bangun dari birai katil. Belum sempat dia melangkah, tangan kirinya dipegang. Aiman mengalihkan kepalanya ke belakang. Isya dipandang.

“ Nampaknya adik tak boleh rahsiakan apa-apa dari abang.” Perlahan Isya menutur kata. Wajah abangnya langsung tidak dipandang. Aiman melabuhkan punggung semula di birai katil. Isya memaksa bibirnya mengukir senyuman dan turut menahan air matanya dari jatuh.

“ Adik tinggalkan dia depan Hakimi. Kejam kan?” Isya masih lagi mengukir senyum. Sebaliknya Aiman memandang tepat pada wajah Isya.

“ Kenapa? Susah sangat ke nak lupakan dia? Tak letih ke berpura-pura tabah depan semua orang, ha?” Bertalu-talu soalan dari Aiman. Dia benar-benar serius. Sudah terlalu lama adiknya menderita jiwa dan perasaan hanya disebabkan seorang lelaki. Isya tersenyum. Aiman dipandang tepat.

“ Adik… dah letih. Bolehkah semua ni hanya jadi mimpi? Tak boleh ke Abang Am?” Air mata mula menuruni pipi. Dia tidak mampu lagi untuk menahan kesedihan di hatinya pada saat ini. Hati Aiman pada saat ini terasa seperti dirobek-robek. Air mata Isya disapu. Isya ditarik dalam pelukannya. Dipeluk dengan erat. Pelukan yang penuh kasih sayang.

“ Andai semua ini mimpi.. andai semua ini hanya khayalan..”

0 ulasan: