3+1=

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

cinta sunbae

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Sabtu, 31 Oktober 2009

3+1=21

Suasana kelas hingar-bingar apabila guru Mathematics mereka tidak hadir ke sekolah. Malah tiada guru yang akan menggantikan guru Mathematics tersebut. Masing-masing melakukan kerja mereka sendiri. Sebahagian besar dari mereka hanya berbual kosong. Nabil, Shah dan Nazim hilang entah ke mana.

“ Fai.” Naila memanggil Faiqa. Faiqa menoleh kepalanya ke belakang.

“ Kenapa dengan Faruq? Semacam je aku tengok.” Naila menyoal. Wajah Faiqa dipandang.

Faiqa memandang Faruq yang berada di belakang Naila. Wajah Faruq yang masam mencuka dan jelas kelihatan seperti dia sedang marah.

“ Kau tanya aku Naila? Mana la aku tahu. Tak pernahnya aku ambik tahu hal dia tu.” Faiqa membalas. Sesekali wajah Faruq dipandang.

“ Dia bergaduh dengan girlfriend dia.” Shazia mencelah. Faiqa dan Naila serentak memandang Shazia. Shazia kembali menoleh ke depan.

“ Shaz. Kau kalih la kat belakang. Aku nak tanya lebih lanjut ni.” Naila mendesak. Mahu tidak mahu, Shazia terpaksa mengalih kerusinya ke belakang.

“ Macam mana kau tahu?” Naila sudah ingin memulakan temu ramahnya ke atas Shazia.

“ Aku nampak diorang bergaduh last week. Masa aku nak balik.” Shazia menerangkan. Sebaliknya Faiqa hanya membisu dan menjadi pendengar yang setia. Faruq sudah pun melangkah keluar dari kelas.

“ Sebab apa diorang bergaduh?” Naila menyoal lagi.

“ Mana la aku tahu. Kau ingat aku ni spy ke?” Shazia menjawab.

“ Nai.” Shazia dan Faiqa memanggil Naila serentak. Naila memandang mereka berdua dengan pandangan hairan. Manakala Faiqa dan Shazia saling memandang antara satu sama lain.

“ Kau cakap la dulu.” Shazia memberi ruang kepada Faiqa.

“ Tak. Kau la cakap dulu.”

“ Korang nak cakap apa?” Naila menyelit. Pandangannya di arah ke wajah mereka berdua.

“ Kau dengan Bil macam mana?” Faiqa bersuara.

“ Fai.” Shazia menyiku lengan Faiqa. Faiqa mengangkat kening.

“ Actually aku nak tanya soalan tu jugak.” Shazia dan Faiqa masing-masing tersenyum.

“ Korang rasa macam mana?” Naila menyoal mereka kembali.

“ Aku rasa macam dah ok. Kau rasa Fai?” Shazia menyiku lengan Faiqa sekali lagi.

“ Aku pun rasa macam tu jugak.”

“ So, seperti yang korang fikir la.” Naila bersuara. Riak wajahnya seperti langsung tidak berminat untuk bercerita lebih lanjut tentang dirinya dan Nabil.

“ Jadi, betul la kau dua dah baik balik?” Faiqa teruja.

“ Aku ingat kau dua dah tak nak berbaik balik. Bermasam muka dengan Bil sampai 3 minggu.” Shazia bersuara pula. Riak wajahnya kelihatan biasa saja. Naila hanya tersenyum.

“ Wey, aku dah tak tahan nak terkencing dah ni. Korang borak la dulu.” Faiqa berlari keluar dari kelas. Naila dan Shazia tergelak kecil.

“ Boleh pulak dia tahan. Bukannya nak bagi tahu awal-awal.” Naila masih tergelak kecil. Shazia tersenyum.

“ Shaz. Boleh aku tanya kau sesuatu?”

“ Sejak bila pulak kau main mintak izin ni? Selalunya kau main terjah je.” Naila tersenyum dengan kata-kata Shazia.

“ Kau dengan Syamil. Still couple lagi?” Naila menyoal dalam keadaan yang berbelah bagi. Wajah Shazia dipandangnya dalam-dalam.

Shazia terdiam seketika. Dia tahu Naila kurang setuju dengan pilihan dia. Bukan Naila saja malah Faiqa juga sama. Dia tahu keburukan sikap Syamil. Namun cinta itu buta. Malah sampai sekarang dia tidak mampu untuk berpisah dengan Syamil.

“ Shaz. Aku tak bermaksud nak…”

“ Aku faham Nai. Aku tahu kau ambil berat pasal aku.” Shazia memotong kata-kata Naila.

“ Tapi…aku masih cintakan dia Nai.” Shazia bersuara lagi.
“ Kau kan tahu dia playboy. Dia selalu minta duit dari kau. Macam tu pun kau masih sukakan dia lagi?” Naila benar-benar tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan Naila.

“ Aku tak boleh kehilangan dia Nai. Dia lelaki pertama yang aku benar-benar cintai.” Shazia bersuara perlahan. Hatinya mula sebak.

“ Minta maaf Shaz. Aku tak bermaksud nak buat kau sedih.” Naila mengenggam jari-jemari Shazia dengan erat. Cuba untuk memberi semangat kepada Shazia. Shazia mengangguk tanda dia memahami perasaan Naila sekarang. Naila mengeluh.

“ Kenapa?” Shazia menyoal.

“ Faiqa pernah ada cinta pertama. Kau pun dah ada boyfriend. Aku? Jatuh cinta kat seseorang pun belum pernah apatah lagi dah ada boyfriend.” Naila merungut. Sebenarnya dia langsung tidak mengambil kisah mengenai itu. Demi untuk menghilangkan kesedihan Shazia, dia terpaksa menukar topik.

“ Kau tak ada hati kat Nabil? Dah lama korang kawan.”

“ Hissh! Kau ni. Dia cuma kawan aku je la. Kau pun tahu. Lagipun dia pun anggap aku macam kawan dia je.”

“ Kalau dia anggap kau lebih dari tu?”

“ Shaz. Stop it ok. Merepek je la kau ni.” Naila cuba untuk menamatkan topik mereka. Dia langsung tidak mempunyai perasaan pada Nabil. Hanya perasaan sayang sebagai seorang sahabat saja.


*****


Faiqa melangkah keluar dari tandas. Anak-anak tangga dituruni. Kelibat seseorang yang dikenalinya membuatkan Faiqa tidak jadi untuk kembali ke kelasnya lagi. Faiqa melangkah ke arah seorang lelaki yang seperti sedang bercakap dengan seorang perempuan. Siapa perempuan itu, dia tidak tahu.

“ Kau pergi mana malam semalam??” Faruq menyoal kasar gadis di hadapannya.

“ Pergi mana? Sayang duduk kat rumah saja la.” Farisa cuba berbohong.

“ Kau jangan nak bohong dengan aku! Dengan jantan mana yang kau keluar semalam??” Faruq menengking.

“ Sayang tak keluar mana-mana la. Kenapa kasar sangat abang cakap dengan sayang?”

“ Tak keluar mana-mana kau kata? Jadi siapa yang aku nampak dekat mall malam semalam??” Faruq menengking lagi. Farisa terdiam. Pembohongannya terbongkar kini.

“ Saya suka dia.” Farisa bersuara perlahan. Wajahnya ditundukkan. Dia tidak mampu untuk menatap wajah Faruq kerana dia tahu dia sedang bermain kayu tiga sekarang ini.

“ Apa??” Faruq terkejut. Tidak disangka kata-kata itu yang bakal keluar dari mulut Farisa. Selama ini dia benar-benar mencintai Farisa. Sudah 3 tahun mereka digelar pasangan kekasih. Namun mungkin tidak untuk kali ini.

“ Dia lebih sayangkan saya.”

“ Jadi kau nak kata aku tak sayangkan kau selama ni??”

“ Kita break. Lebih baik abang cari perempuan yang sesuai dengan abang. Abang sedar la. Selama ni abang cuma dipermainkan oleh perempuan je! Walaupun rupa abang mampu buat gadis lain cair, tapi harta abang lebih berguna dari abang!” Farisa turut meninggikan suara. Sepantas itu juga, penampar Faruq melayang ke wajah Farisa.

Faruq tergamam. Farisa membuka mata. Berdirinya seorang gadis di hadapannya membuatkan Farisa turut tergamam. Bukannya dia yang ditampar tetapi gadis di hadapannya. Gadis itu yang menghalang mukanya dari ditampar Faruq.

Muka Faiqa terpaling ke kanan. Pipinya terasa perit. Benar-benar perit. Inilah kali pertama pipinya ditampar sebegini kuat. Namun pipinya langsung tidak disentuh sebaliknya dia memandang ke wajah Faruq yang masih terpana.

“ Kau tak boleh berkasar dengan perempuan sampai macam ni. Faruq yang aku kenal bukan macam ni.” Faiqa bersuara.

“ Apa kau buat kat sini? Dan apa hak kau nak campur urusan aku?” Faruq bersuara tegas. Wajah Faiqa dipandang tajam.

“ Aku cuma tak nak kau berkasar dengan dia.” Faiqa bersuara lagi. Farisa masih terpana. Dia hanya melihat pertengkaran di hadapannya. Dia tahu gadis di hadapannya ini adalah Faiqa. Gadis yang dimusuhinya selama ini. Disebabkan gadis ini, cintanya pada Faruq seperti sia-sia.

“ Kau tak perlu nak buat baik dengan aku! Dasar perempuan perampas!” Farisa menengking Faiqa. Faiqa mengalihkan tubuhnya menghadap Farisa. Kata-kata Farisa membuatkan Faiqa sedikit tergamam. Dia langsung tidak memahami kenapa Farisa membencinya selama ini. Sedangkan dia tidak pernah melukai Farisa apatah lagi berbuat jahat terhadap Farisa.

“ Kenapa kau benci aku? Kenapa kau kata aku perampas?” Farisa ketawa sinis apabila mendengar pertanyaan Faiqa. Faiqa semakin tidak mengerti.

“ Kau tak tahu atau kau buat-buat tak tahu?” Farisa memandang Faiqa dengan pandangan menikam.

“ Farisa!” Faruq menghampiri Farisa. Tangan kiri Farisa ditarik supaya mengikut langkahnya. Namun Farisa pantas menarik kasar tangannya dari genggaman Faruq.

“ Sebab dia la kita jadi macam ni!” Farisa menengking. Jari telunjuknya dihalakan ke arah Faiqa. Namun pandangannya hanya setia pada wajah Faruq.

“ Kena…”

“ Kau diam!” Farisa lantas memotong kata-kata Faiqa. Faiqa dijeling sekilas sebelum pandangannya kembali semula ke wajah Faruq.

“ Sejak abang kenal dia, abang asyik bercakap pasal dia saja. Setiap hari nama dia yang abang sebut. Walaupun bukan kebaikan dia yang abang sebut, tapi hati abang seolah-olah ada pada dia.” suara Farisa kembali kendur. Namun air matanya mula bertakung. Faiqa tergamam mendengar kata-kata yang keluar dari bibir Farisa sebentar tadi. Kenapa dia yang disabitkan dalam hal ini?

“ Abang selalu cerita tentang kedegilan dia selama ini. Tentang pergaduhan dia dengan abang. Abang cerita segalanya tentang dia.” Farisa bersuara lagi. Kali ini air matanya mula mengalir perlahan. Faiqa dan Faruq hanya terdiam.

“ Mungkin abang dah mula sukakan dia. Mungkin abang sendiri tak tahu perasaan abang sekarang ni.” Farisa menyambung. Kakinya segera mengatur langkah untuk meninggalkan Faruq. Namun langkahannya terhenti apabila tangannya ditarik Faruq. Faruq memandang Farisa dengan pandangan sayu.

“ Abang cintakan Far. Bukan dia.” Faruq cuba menyakinkan Farisa. Tangan Farisa digenggam erat. Farisa hanya tersenyum kelat.

“ Abang. Sebenarnya abang sukakan dia. Mungkin abang masih tak menyedari cinta abang pada dia lagi. Abang, mulai saat ini kita dah tak ada apa-apa hubungan lagi. Abang jagalah dia baik-baik.” Farisa memaksa dirinya untuk mengukir senyum. Farisa menolak lembut tangan Faruq dari terus mengenggam tangannya seraya kakinya diatur meninggalkan Faruq dan Faiqa. Faiqa masih tergamam dengan kata-kata Farisa.

“ Faruq.” Faiqa bersuara setelah lama mendiamkan diri. Faruq memandang tajam ke arah Faiqa.

“ Apa lagi? Kau dah nampak! Sebab kau hubungan aku dengan Farisa musnah.” Faiqa pula menjadi tempat untuk Faruq melepaskan amarahnya.

“ Kenapa kau marah aku pulak? Aku tak tahu apa-apa pun.” Faiqa masih termangu dengan insiden yang berlaku sebentar tadi.

“ Kau dengar sini Faiqa! Aku langsung tak suka perempuan macam kau ni! Bukan saja tak suka. Nak pandang kau pun aku meluat!” Faruq menengking. Faiqa terdiam seketika. Faiqa tersenyum sinis ditambah hati yang terluka mendengar kata-kata Faruq sebentar tadi. Wajah Faruq dipandang tajam. Air matanya sudah mula bertakung.

“ Kenapa aku yang dijadikan tempat untuk kau lepaskan kemarahan?? Kau ingat kau sapa?? Kau langsung tak ada hak nak cakap macam tu kat aku!!” Faiqa menengking. Air matanya cuba ditahan sedaya upayanya. Faruq terdiam. Dia tahu dia tidak mampu untuk mengawal kemarahannya sebaik mungkin. Malah, Faiqa pula yang dijadikan tempat untuk dia melepaskan kemarahannya.

Faiqa tergelak kecil. Faruq terus saja mengalihkan pandangan ke arah Faiqa. Namun Faiqa langsung tidak mengangkat muka untuk memandang Faruq.

“ Kenapa la aku bodoh sangat. Kenapa aku bodoh sangat sampai aku boleh suka kau?” Faruq benar-benar terkejut dengan pengakuan Faiqa.

“ Kau suka aku Fai?” Faruq cuba mendapatkan kepastian.

“ Tak. Bukan lagi sekarang. Mustahil untuk aku suka lelaki macam kau lagi. Kau dengar baik-baik Far. Mulai hari ini, kita dah tak ada apa-apa hubungan. Kau bukan kawan aku lagi. Aku dah tak nak jumpa kau!” Faiqa berlari meninggalkan Faruq. Air matanya kini berjatuhan setitik demi setitik.

“ Faiqa!” Faruq melaung memanggil Faiqa yang sudah pun melangkah jauh meninggalkannya. Namun laungannya langsung tidak diendahkan Faiqa. Faruq mengejar Faiqa dari belakang. Tangan Faiqa disambarnya. Akibat daripada itu, tubuh Faiqa terdorong ke belakang.

“ Lepaskan aku.” Faiqa bersuara tegas. Matanya merenung tajam mata Faruq.

“ Aku minta maaf. Aku…” Faiqa menarik kasar tangannya dari genggaman Faruq walaupun Faruq masih tidak menghabiskan kata-katanya lagi. Tanpa mempedulikannya, Faiqa terus melangkah laju meninggalkan Faruq.

“ Faiqa!” Faruq memanggil Faiqa sekali lagi. Namun buat kali yang kedua, Faiqa masih tidak mempedulikan Faruq. Faruq mengeluh. Apa yang dikatakan pada Faiqa sebentar tadi bukan lahir dari hatinya. Mungkin benar apa yang dikatakan Farisa. Dia mencintai Faiqa.

2 ulasan:

fzm2 berkata...

waaaaaaaa
syiaaaan nye
faiqa!!!
faruq,puj0k dye blk!
huhuhu

keSENGALan teserlah.. berkata...

sgt kesian..
ngeeeee..
apedaaa...
smbng2..