3+1=

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

cinta sunbae

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Sabtu, 4 September 2010

cinta sunbae 12

Isya dan Hakimi melangkah masuk ke dalam sebuah kereta. Sebuah kereta yang dihias indah bersama langsir yang digantung pada setiap penjuru yang mempunyai cermin. Segala perbualan mereka dirakam malah akan disiarkan setelah hari yang terakhir tiba. Isya membisu. Walaupun wajahnya dihias dengan senyuman kepura-puraan, namun hatinya benar-benar memberontak.

“ Ini.” Satu telefon bimbit dihulurkan pada Isya. Isya memandang Hakimi sebelum dia menyambut huluran dari Hakimi.

“ Untuk apa?” Isya menyoal sambil dia membelek-belek telefon bimbit di tangannya. Hakimi mengeluarkan sebuah telefon bimbit. Model yang sama dengan telefon bimbit yang diberikan pada Isya sebentar tadi.

“ Tu couple handphone. Kita akan guna telefon tu sepanjang 7 hari ni.” Hakimi menerangkan serba sedikit.

“ Aa..” Sepatah Isya bersuara. Tanda dia memahami apa yang dikatakan oleh Hakimi sebentar tadi. Hakimi memandang Isya.

“ Kau pernah tinggal kat Korea ke?” Soalan secara tiba-tiba dari Hakimi membuatkan Isya mengalihkan pandangan pada Hakimi.

“ Tak. Kenapa?” Isya menyoal kembali. Hakimi menggeleng kepala.

Nothing.” Isya mengetap bibir.

“ Tak ada soalan yang ditanya tanpa sebab. Kecuali kalau orang tu ada sakit….” Isya menghalakan jari telunjuk ke kepalanya kemudian memusingkan jari telunjuknya dua tiga putaran. Hakimi mencebik. Isya dijeling dengan sebelah mata.

“ Betul jugak. Mustahil manusia kurang ajar macam kau ni boleh tinggal kat Korea kan? English pun belum tentu pass.” Hakimi bersuara dalam senyuman. Dalam situasi sebegini, kata-katanya harus diperlahankan supaya butir-butir bicaranya pada Isya tidak jelas kedengaran pada seorang lelaki yang sedang merekodkan segala perbualan mereka.

“ Apa?? Apa kau cakap??” Isya meninggikan suaranya. Terbelalak matanya memandang Hakimi. Khairul, seorang jurukamera yang bertugas untuk merakamkan segala perbualan dan aktiviti antara Isya dan Hakimi kelihatan terkejut. Kepalanya diinjakkan sedikit ke sebelah kiri untuk memandang riak wajah Isya dan Hakimi.

“ Korang bergaduh ke?” Soalan secara tiba-tiba dari Khairul membuatkan Isya sedikit tersentak. Lelaki itu dipandang tepat.

“ Taklah. Mana ada kitorang bergaduh. Dia tertinggi suara saja tu.” Hakimi cuba menutupi kenyataan sebenar. Isya dipandang tajam sekilas sebelum rengusan kecil dilepaskan. Khairul meneruskan kerjanya semula. Hakimi menundukkan kepalanya memandang telefon bimbit couple di tangannya. Punat-punat telefon ditekan pantas. Sebaliknya, Isya melemparkan pandangannya ke luar tingkap. Beberapa saat berlalu, telefon bimbit couple di tangan Isya bergetar. Kini, pandangan Isya beralih pada mesej yang diterimanya. Tertera nama Hakimi di skrin telefon. Hakimi dipandang sekilas. Tetapi lelaki itu hanya bertindak seperti tiada apa-apa yang berlaku. Pesanan ringkas tersebut dibaca satu demi satu.

Kau ingat! Apa-apa yang kita cakap, kita buat, semuanya tengah dirakam sekarang. Kalau kau tak nak malukan diri kau, lebih baik kau jangan ikut sangat emosi panas baran kau tu!’

Isya menekan punat-punat telefon dengan pantas. Pada saat ini, masing-masing membisu. Seorang di penjuru kiri, manakala seorang lagi di penjuru kanan. Suasana sepi. Tiada kedengaran suara-suara bual yang lahir dari bibir mereka berdua. Khairul mengaru-garukan kepalanya yang tidak gatal. Bukan kali pertama dia merakam rancangan DATING 7 DAYS. Hakimi merupakan artis ketujuh yang terpilih dalam rancangan ini. Tetapi inilah kali pertama dia melihat kedinginan antara pasangan ini. Mereka seolah-olah seperti sudah mengenali antara satu sama lain. Isyarat penerimaan mesej yang kedengaran dari telefon bimbit Hakimi memecahkan kesunyian. Hakimi membaca pesanan ringkas yang diterimanya.

‘ Kau ingat aku ni penakut macam kau ke? Aku tahulah apa yang aku patut buat! Kau tak perlu ajar aku! Kau mengaku sajalah yang kau ni takut aku malukan kau! Senang cerita.’

Hakimi mengetap bibir. Dia benar-benar geram. Kepalanya dipaling ke kanan. Isya dipandang tajam. Pada masa yang sama, Isya turut memalingkan kepalanya ke kiri. Mereka saling memandang antara satu sama lain. Isya mengangkat kening. Senyuman sinis dilemparkan.

“ Yaaaa!!(woiii)…”

“ Korang ni apa yang tak kena? Dingin semacam saja aku tengok.” Belum sempat Hakimi menengking Isya, kata-katanya terlebih dahulu dipintas Khairul. Isya berdehem kecil. Sebaliknya Hakimi membisu.

“ Korang dua ni kan, boleh tak mesra sikit? Rakaman ni bukan cuma korang saja yang akan tengok. Satu dunia akan tengok perangai korang macam mana!” Khairul meninggikan suaranya sedikit. Geram benar dengan sikap yang ditunjukkan oleh mereka berdua.

“ Saya tak pernah setuju pun dengan benda-benda macam ni. Awak jangan salahkan saya kalau saya tak dapat bagi kerjasama.” Tegas Isya bersuara.

“ Hmm.. Awak tak pernah setuju, tapi kawan awak dah setuju pasal show ni. Kalau awak tunjukkan sikap macam ni, dan kemudiannya show ni dikritik hebat, kawan awak yang akan tanggung akibatnya. Dia sukarela jadi penjamin yang episode kali ini akan berjalan dengan lancar.” Bersungguh-sungguh Khairul menjelaskan pada Isya bahawa apa yang berlaku bukan perkara yang boleh dianggap remeh.

“ Kawan saya?” Terpancul soalan itu dari bibir Isya. Wajah Syakirah terbayang di ruang matanya.

“ Ya, kawan awak. Tolonglah, bagi kerjasama untuk jayakan episod ni. Dan kau jugak, Kim! Aku tak tahu apa yang dah jadi antara korang. Tapi tolong jangan ikutkan sangat emosi kau.” Hakimi membisu. Begitu juga Isya. Mahu tidak mahu, mereka terpaksa memberi kerjasama yang baik. Terpaksa menjadi pelakon buat sementara waktu.

“ Boleh mulakan sekarang?” Khairul memandang mereka berdua dengan penuh harapan. Lambat-lambat mereka mengangguk.

“ Bagus! So, boleh duduk rapat sikit?” Isya mengeluh. Secara terpaksa, mereka terpaksa menginjakkan kedudukan mereka menjadi lebih rapat berbanding tadi. Hakimi terpandang sesuatu di jari Isya. Cincin di jari gadis itu menimbulkan tanda tanya buat dirinya. Berdasarkan maklumat yang diterima, Isya adalah pelajar tingkatan lima. Tidak mungkin pada usia sebegini dia sudah bertunang mahupun berkahwin. Isya dipandang. Pada waktu yang sama, Isya turut memandang Hakimi.

“ Apa?” Hakimi disoal.

“ Cincin tu. Kekasih bagi ke?” Isya memerhati cincin di tangannya. Tiba-tiba sahaja, bayangan wajah Aiman muncul di ruang matanya.

“ Aaa, cincin ni. Ada orang yang bagi.” Isya mengukir senyuman yang penuh dengan kepura-puraan. Hati mereka saling berkata-kata. Hanya senyuman di bibir yang menyembunyikan perasaan mereka yang sebenarnya.

Isya: Kau peduli apa siapa yang bagi cincin ni?
Hakimi: Kau ingat aku nak tahu sangat ke siapa yang bagi cincin buruk tu. Setakat cincin buruk tu, kat tepi jalan pun boleh kutip.
Isya: Kau jangan melampau!
Hakimi: Aku peduli apa. Orang macam kau ni, tak layak cakap baik-baik!
Isya: Baik. Aku pun tak kisah, lelaki miang!

“ Encik…” Isya terdiam apabila menyedari bahawa dia tidak pernah mengetahui nama sebenar jurukamera di hadapannya. Khairul pantas mematikan rakaman buat sementara.

“ Panggil saya Khairul saja.” Isya mengangguk.

“ Kita on the way nak pergi mana sebenarnya sekarang ni?” Isya bertanya.

“ Pada mulanya nak bawa kamu makan malam, tapi dah lewat malam ni. So, kita on the way hantar awak balik.” Khairul, lelaki yang berumur sebaya dengan Hakimi menjawab.

“ Apa?? Hantar saya balik??” Terbelalak mata Isya apabila mendengar jawapan dari Khairul. Perkara itu tidak boleh berlaku. Jika alongnya mengetahui dia dihantar oleh lelaki, sudah tentu dia tidak dibenarkan keluar dari rumah lagi.

“ Tak boleh! Tak boleh!” Pantas Isya menghalang. Dia kelihatan gelabah. Jalan di luar tingkap dipandang. Hatinya semakin cemas. Hanya beberapa meter saja lagi mereka akan tiba di rumah Isya. Khairul dan Hakimi menunjukkan riak wajah hairan dengan sikap Isya yang semakin tidak tentu arah. Isya menyeluk poket seluarnya. Telefon bimbit miliknya dikeluarkan. Pantas punat-punat telefon ditekan. Syakirah dihubungi. Selang beberapa saat, panggilannya dijawab.

“ Hello, Kirah! Kau bagi tahu along aku tak yang aku balik lewat sikit malam ni??” Pantas Isya menyoal.

“ Apa kau ni, Isya? Macam orang hilang anak je!”

“ Aku tanya kau ni, Kirah!”

“ Aku dah bagi tahu abang kesayangan kau tu. Jangan la risau.”

“ Jangan risau kau kata! Kau tahu tak, sebab kau aku dah separuh gila sekarang! Kalau along aku dapat tahu apa yang dah jadi sekarang, matilah aku!”

“ Aku dah ceritakan semuanya kat Abang Aiman. Abang Aiman yang akan cover line untuk kau nanti.” Isya menerik nafas lega. Talian dimatikan. Dia percaya, pasti Aiman akan membantunya. Insan yang dia amat sayangi setelah peninggalan seorang abangnya.

“ Kenapa ni?” Khairul menyoal. Wajahnya jelas kelihatan agak risau. Isya menggeleng kepalanya beberapa kali. Bibirnya mengukir senyuman manis buat lelaki itu. Hakimi mencebik.

“ Nampak sangat tengah bohong.” Walaupun suara Hakimi perlahan dituturkan, tetapi itu sudah cukup jelas kedengaran pada Isya. Isya mengetap bibir tanda geram.

“ Kau kisah apa? Apa masalah kau sebenarnya ni?” Isya meninggikan suara. Khairul hanya bertindak sebagai pemerhati. Hakimi bertindak tenang walaupun kata-kata yang bakal dilemparkan pada Isya agak pedas. Hakimi memandang Isya dengan ekor matanya.

“ Macam-macam masalah aku dengan kau. Kau kisah? Kau pun bersikap dingin dengan aku kan? So, apa masalah kau dengan aku? Atau kau sengaja nak tarik perhatian aku? Aku tahu aku kacak. Tapi janganlah sampai…”

“ Diam!!!!!!!!” Isya menjerit. Kedua-dua telinga ditutup. Hakimi terdiam. Khairul kelihatan terkejut. Wajah Isya sudah mula merah padam menahan marah. Kedua-dua tangannya diturunkan dari terus menutup telinga. Nafasnya turun naik dengan cepat. Hakimi dipandang tajam dan tepat.

“ Apa kau cakap?? Aku sengaja nak tarik perhatian kau?? Kau kacak?? Yaaa!!! Kau dengar sini!! Aku memang benci dengan kau! Lelaki miang! Semua benda pasal kau aku benci!! Muka pun belum tentu asli! Entah-entah dah buat plastic surgery kat Korea. Biar pun satu dunia dah jatuh hati dengan kau, tapi kau jangan lupa! Aku tetap akan jadi musuh kau! Lelaki miang!!!!” Khairul terpaku. Wajah Hakimi mula berubah menjadi merah padam.

“ Kita dah sampai.” Teguran dari pemandu membuatkan Isya pantas memalingkan kepalanya. Pintu kereta dibuka. Tanpa sepatah kata, dia melangkah keluar dari kereta.

“ Isya!” Khairul memanggil. Sepantas itu, Isya memalingkan kepalanya memandang Khairul.

“ Awak tak nak Kim hantar awak depan rumah ke?”

“ Tak nak!! Tak ingin pun!!” Pantas Isya memberi jawapan. Dengan wajah yang kemerah-merahan menahan marah, dia melangkah pergi. Hakimi mencebik.

“ Aku lagi tak ingin.” Hakimi bercakap sendiri. Khairul mengeluh. Kerjanya kini menjadi semakin sukar. Dia melangkah ke tempat duduk belakang. Melabuhkan punggung di sebelah Hakimi.

“ Kau tahu kan dia masih sekolah lagi?” Khairul menyoal. Hakimi dipandang tepat. Hakimi sekadar mengangguk.

“ Esok kau kena ambil dia dari sekolah tanpa pengetahuan dia. Untuk surprise.”

“ Apa?? Aku kena ambil dia??” Terbelalak mata Hakimi apabila mendengar arahan dari Khairul. Khairul memandang Hakimi sekilas sebelum dia mengalihkan pandangannya kembali ke hadapan.

“ Ya. Kau kena ambil dia. Itu salah satu aktiviti antara kau dengan dia esok.” Hakimi mengeluh.

1 ulasan:

Tyrah berkata...

gilerr best citer niii.... bile nk smbg?
ermm...kak aishah bz ea? kalu ade mse post new n3 ea.... bestt ar citer niii....