3+1=

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

cinta sunbae

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Rabu, 3 Februari 2010

doa cinta prolog

Ini sebuah cerita. Kisah seorang gadis dan juga seorang pelajar perempuan yang lahir pada 08 November 1993. Kisah yang menceritakan kehidupan dan kenaifan seorang pelajar. Adakah anda percaya dengan kekuasaan Tuhan? Adakah anda yakin dengan ibadah yang telah anda lakukan? Dan yang paling penting, adakah anda percaya permintaan berunsur doa yang hampir saban hari anda lakukan, mampu mengubah segala-galanya? Anda percaya? Tidak percaya? Semuanya bermula di sini……….

14 Januari 2010 (jam 9.37 malam)
[Assalamualaikum. Hari ini adalah hari Khamis. Akhirnya bermulalah lambaian baru 2010. Tahun baru jadi diari mesti la baru juga kan? So, firstly I want to Introduce myself. Pada 08 November 1993 jam 8.40 pagi, aku diberi nama Arisa Humaira binti Hamdan. Sejak aku dilahirkan sehingga kini, aku masih bernaung di tempat yang sama. Bernaung di negeri Pulau Pinang, berbumbung di daerah Seberang Jaya serta berlindung di bawah rumah teres dua tingkat. Sejak dilahirkan, aku mula mengenali opa itu Ayah dan apa itu Mak. Jika disebut Hamdan bin Yaakub, maka itu ayahku. Jika disebut pula Asma binti Mohamad, maka itulah ibu yang telah mengandungkan aku selama sembilan bulan.]

14 Januari 2010 (jam 10.53 malam)
[Aku sambung kembali. Apabila aku mula mengenali apa itu kehidupan, aku turut mengenali apa itu hubungan kasih sayang di antara keluarga. Aku merupakan anak ketiga dari empat orang adik-beradik. Semuanya aku miliki. Seorang kakak, seorang abang dan seorang adik. Walaupun jarak umur antara aku dan kakak aku hanya menjangkau tiga tahun, tetapi aku benar-benar menghormatinya. Kini dia melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia( UKM ) selama tiga tahun dalam bidang geologist. Masa berlalu begitu pantas sehinggakan sudah tahun kedua dia berada di sana. Itulah Aya Hajira binti Hamdan.]

14 Januari 2010 (jam 10.59 malam)
[Abangku? Dia hanya berumur setahun tua dari aku. Maksudnya? Maksudnya kini dia sudah berumur 18 tahun. Bagaimana hubunganku dengan saudara-saudaraku? Mmmm…. Akan aku ceritakan satu persatu kerana cerita “ Doa Cinta “ bakal bermula melalui diari ini. Aku kembali semula ke topik asal. Abangku kini masih menunggu peluang pekerjaan. Melanjutkan pelajaran? Ah! Tidak mungkin. Lelaki bernama Muhammad Aarez Hasim binti Hamdan tidak pernah berminat untuk menyambung pelajaran ke mana-mana universiti mahupun kolej. Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM )? Itu masih menunggu.]

14 Januari 2010 (jam 11.07 malam)
[Muhammad Anaz Hamza binti Hamdan itulah adik lelakiku. Seorang pelajar berumur 15 tahun dan kini berada di tingkatan tiga. Keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)? Aku sendiri tidak ingat. Tetapi apa yang aku tahu, huruf ‘A’ langsung tidak tersemat di sijil tersebut. Secara realitinya, ayahku lebih menaruh harapan pada aku dan kakakku. Seorang anak perempuannya sudah pun melanjutkan pelajaran di universiti. Pasti timbul keinginan di hati tuanya untuk melihat seorang lagi anak kandungnya melangkah kaki ke menara gading. Jadi, akulah yang menjadi harapannya kini.]

14 Januari 2010 (jam 11.14 malam)
[Mampukah aku menunaikan segala impian kedua-dua orang tuaku? Insyaallah, kuasa Tuhan mengatasi segala-galanya. Kini tibalah giliran untuk aku menceritakan segala-galanya berkaitan diriku sebelum bermulanya “ Doa Cinta”. Aku seorang pelajar tingkatan lima. Bersekolah di mana? Biarlah menjadi rahsia. Pada tahun lepas, aku mula menjebakkan diriku dalam subjek sains tulen. Kimia, Biologi, Fizik dan Matematik Tambahan sudah ku lalui jalan pembacaan dan pengiraannya. Hanya insan yang pernah menjebakkan diri dalam pelajaran ini saja yang mengetahui kesusahan dan kepayahan memahami dan mengingati setiap fakta. Baiklah! Akan ku sambung keesokkan hari. Maaf!! Aku masih perlu menghadirkan diri ke sekolah pada esok hari.]

15 Januari 2010 (jam 4.41 petang)
[Ayahku seorang pesara Majlis Pembandaran Pulau Pinang(M.P.P.P). Mankala ibuku pula hanyalah seorang suri rumah. Adakalanya keluargaku mengalami masalah kewangan. Namun apakan daya. Hanya Allah saja tempat untukku mengadu. Tinggalkan segala kesedihan. Mulakan menjadi diari hidup yang baru. Bukankah itu yang lebih wajar? Bagaimana cara untuk mengenali aku? Huh! Aku hanya seorang yang simple. Adakalanya aku banyak bersuara. Tetapi atas sebab-sebab tertentu, aku akan menjadi seorang yang pendiam. Maknanya, ada perkara yang perlu ku runsingkan.]

15 Januari 2010 (jam 4.47 petang)
[Adakalanya juga aku seorang pemarah. Tapi aku tidak akan menjadi seorang yang pemarah jika kesabaranku tidak digugat. Aku juga seorang yang amat mudah menangis. Itulah namanya murah air mata. Aku pantang dicabar. Walaupun demikian aku hanya akan menyahut cabaran jika aku benar-benar yakin bahawa aku mampu lakukannya. Penampilan diriku? Aku seorang pengawas sekolah. Setiap hari hanya baju kurung yang berwarna biru saja yang menghiasi tubuhku. Ketinggianku 158cm. Beratku sekarang sudah pun mencecah 50kg. Jika kawan-kawanku yang mengetahui berat sebenarku, pasti mereka menunjukkan reaksi terkejut.]

15 Januari 2010 (jam 4.53 petang)
[Kenapa? Kerana susuk tubuhku langsung tidak menunjukkan seperti seorang yang mempunyai berat sebanyak 50kg. Sekali pandang, pasti semua menjangka yang aku mempunyai berat 43kg. Rutin harianku? Setiap hari persekolahan, aku melangkah bangun dari katil pada pukul 6 pagi. Setelah hampir 50 minit aku bersiap, aku bertolak dari rumah ke sekolahku yang berada di Taman Pauh Jaya. Pengangkutan? Ayahku yang mengambil dan menghantarku dengan menunggang motorsikal. Namun sekolah bukanlah destinasi yang pertama aku tuju. Sebaliknya rumah sahabatku, Amirah yang menjadi destinasi pertama.]

15 Januari 2010 (jam 5.01 petang)
[Ponteng sekolahkah? Pastilah tidak. Aku lebih suka pergi ke sekolah bersama-sama dia. Aku mula mengenali dia dengan lebih rapat pada pertengahan bulan Julai. Disebabkan minat yang sama, kami boleh dikatakan Best Friend Forever(BFF). Minat yang sama? Ini yang malu nak diperkatakan. Korea. Itulah minat yang sama. Sehinggakan kami berjanji 10 tahun akan datang, Insyaallah Korea adalah tempat percutian kami berdua suatu hari nanti. Tetapi bukan dia sahaja yang menjadi sahabat baikku. Anis dan Athirah juga merupakan BFF bagiku. Mereka bertiga amat bermakna bagiku. Terlalu bermakna. Berkenalan dan mengenai hati budi mereka selama 3 tahun sudah cukup untuk membuatkan aku menyayangi mereka.]

15 Januari 2010 (jam 5.20 petang)
[Aku pulang dari sekolah pada pukul 2.40 petang. Tepat pukul 3.10 petang, aku sudah pun berada di rumah. Perkara pertama yang aku lakukan adalah makan tengah hari. Rasanya sudah tidak menjadi makanan tengah hari. Sebaliknya menjadi makanan petang. Perkara kedua selepas aku selesai menjamu selera, sudah tentulah menunaikan solat Zohor. Tetapi lain pula pada hari Isnin dan Khamis kerana pada hari itu, aku lebih suka berpuasa. Selesai aku menunaikan solat, aku siapkan segala homework yang masih berbaki, mandi, solat Asar, study, solat Maghrib, tonton televisyen, solat Isya’, study dan akhirnya aku tidur. Begitulah rutin harianku setiap hari.]

15 Januari 2010 (jam 5.28 petang)
[Sikapku? Aku seorang yang clumsy. Aku sentiasa beri maklumat yang salah pada kawan-kawanku. Akibatnya aku sendiri sudah tidak berani memberi fakta yang aku langsung tidak yakin. Clumsy? Aku kerap jatuh tangga. Hanya di rumah. Itu kerana aku sentiasa berebut untuk naik ke bilikku. Akibatnya, kakiku lebam-lebam. Ada lagi? Jika dikira tahun ini, sudah 5 pinggan terpaksa diganti. Disebabkan itu, aku sentiasa mempunyai pinggan baru. Hinggakan ibuku merungut kerana sudah banyak pinggannya yang pecah disebabkan. Bukan aku sengaja memecahkan, tetapi sudah takdir menentukan yang aku akan memecahkan pinggan. Aku sentiasa careless. Itulah aku.]

15 Januari 2010 (jam 5.35 petang)
[Kenal CF.Shinki? Band yang paling terkenal di Asia. Walaupun mereka merupakan warganegara Malaysia, tetapi mereka lebih bergerak aktif di Korea. Boleh dikatakan Korea adalah negara tetap mereka sekarang. Selain Malaysia, mereka juga bergerak aktif di Jepun. Ahli kumpulan mereka terdiri daripada 5 orang. Henry, Micky, Uel, Matt dan Xan. Nak tahu siapa yang menjadi idola Mira(Amirah)? Dia ialah Xan. Seorang yang agak penyabar dan sentiasa dibuli member group dia sendiri. Aku? Dahulu aku tertarik pada Henry. Dia merupakan lelaki yang berada di ranking pertama dalam kategori lelaki yang paling disukai di Asia.]

15 Januari 2010 (jam 5.46 petang)
[Sekarang? Aku sudah tidak kisah semua itu. Tetapi Mira merupakan salah seorang dari anti fan Henry. Kenapa? Kerana sikap Henry yang suka dapatkan perhatian yang menjadi faktor utama Mira membenci dia. Nak tahu satu perkara? Dalam doaku, aku sentiasa meminta supaya Allah mengampuni segala dosa-dosa ibu bapaku, memanjangkan umur mereka, memurahkan rezeki keluargaku, tambahkan kesabaran, keberanian dan keyakinanku, berikanlah kejayaan dalam peperiksaan SPM dan peperiksaan akan datang, jodohkan aku dengan Henry dan temukan aku jodoh yang baik.]

15 Januari 2010 (jam 5.51 petang)
[Terkejut? Itulah aku. Doa itu sentiasa bermain di bibirku setiap hari. Tetapi secara realitinya, wajah Henry sekarang sudah pun semakin kabur di ingatanku kerana aku tidak lagi berminat mengenainya. Walaupun demikian, doa itu sentiasa menghiasi permintaan yang aku hantar pada Tuhan Maha Mendengar walaupun sendiri tidak serius dengan kata-kata. Sejak itu, bermulalah satu cerita, satu kisah dan satu realiti yang bertajuk “Doa Cinta”….]

2 ulasan:

penulis berkata...

assalamualaikum..
new post[just comment]

miera_isya berkata...

nmpk ny mcm best xp nak bca ag bru leh kmplen cite nie good or x...hehehehe.pa2 pn good job